Saturday, February 27, 2010

Mahathir dikata tahu pembunuh Altantunya

Isu Altantunya Shaaribu bukan sahaja mengekori kemana sahaja Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur berada, malah polis dan badan kehakiman satu Malaysia pun sudah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia kerananya.

Rata-rata rakyat Malaysia termasuk di kampung-kampung dan di bandar-bandar sudah tidak meletakkan harapan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk apa-apa tindakan dalam kes ini.

Beberapa orang penduduk di Jerlun dan Kubang Pasu yang ditemui berkata, mereka yakin sudah tentu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tahu siapa sebenarnya yang terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.

Ini berdasarkan (pengetahuannya) tentang kes dalam kelambu Anwar Ibrahim pun Mahathir tahu cerita, takkanlah samada Najib terlibat atau tidak, beliau tak tahu tanya orang kuat Johari Baharom di Megat Dewa.

Kata mereka, rakyat Malaysia akan berterima kasih banyak-banyak kepada Tun jika beliau boleh mendedahkan samada penglibatan pemimpin tertinggi negara seperti yang dihebohkan satu dunia ini, betul atau sebaliknya.

Ramai yang berpendapat, jika tahu, sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan apa yang terpendam demi kebaikan agama, bangsa dan negara.

"Malu kita dan UMNO dibuat isu ini. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai integriti dan ketelusan" kata penyokong kuat Mukhriz Mahathir.

Jika terjadi apa-apa kepada Najib, bukankah Muhyiddin sedang menanti untuk menerajui UMNO, Barisan Nasional dan sebagai Perdana Menteri.

"Patah tumbuh, hilang berganti. Tangkap Najib, Muhyiddin sedia ganti".

Friday, February 26, 2010

Terima kasih TNB Alor Setar

Ibubapa yang merayu baru-baru ini agar TNB mempertimbangkan cadangan mereka - merakamkan ucapan terima kasih kepada TNB Alor Setar kerana sudah ada perubahan pada lampu jalan.

Zamri Mahathir menelefon memberitahu mereka berasa lega dengan tindakan TNB itu.

Thursday, February 25, 2010

Ekonomi pulih, CUEPACS kena tipu ?


Ekonomi sudah pulih. Bukan saya yang cakap. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia yang keenam meuar-uarkan begitu.

Samada dia bercakap benar atau samada CUEPACS kena tipu.


Seorang ketua UMNO dapat satu projek beratus juta. Untung berjuta-juta.

Mereka makan isi, masyarakat biasa dan penjawat awam menjilat tulang.

  • Baca jika rajin : CUEPACS mengamuk kah apa di bawah ni?

CUEPACS saran jangan buat OT, baik buat kerja sendiri jika tidak dibayar

Jika Lutfi pun boleh dibiarkan keseorangan


Apabila orang macam Ahmad Lutfi Othman pun terabai dari segi pengurusan kesihatannya, apatah lagi jaminan ahli-ahli PAS atau Pakatan Rakyat yang 'cokea' di kampung-kampung.

Dalam menerajui Harakah sebagai Ketua Pengarangnya, peranannya bukanlah kecil anak.

Melibatkan dasar parti dan negara, memperjuangkan kehendak dan inspirasi ahli-ahli parti politik yang meletakkan harapan dan tanggungjawab ke bahunya demi merealisasikan cita-cita itu.

Terdedah pula pada pelbagai risiko dan ancaman akta-akta dracula di Malaysia.

Engiogram yang dilakukan memerlukan pemasangan stent di saluran darah jantung Lutfi yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi.

Saya hairan apa jadi dengan peruntukan tabung negara bagi penyakit kronik. Difahamkan, jika adapun pembiayaan, dipaksa menjalani prosedur di hospital-hospital kerajaan yang memakan masa terlalu panjang dan tidak salah dinyatakan, pesakit akhirnya menjadi mangsa hospital-hospital itu. Meninggal dunia dan kuranglah satu kes dalam senarai menunggu.

Bagi kerajaan Pakatan Rakyat, berapakah sumbangan yang telah dibuat untuk kos rawatan ini. Kerajaan Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah - mungkin kah mereka menderma dalam senyap?

Apa yang pasti, Husam Musa Exco Kelantan ada menghulurkan peruntukan dari tabung Kijangnya.

Malang, seorang ketua pengarang akhbar seperti Lutfi, yang memainkan peranan yang sangat besar bukan sahaja untuk PAS tetapi juga untuk Pakatan Rakyat, dibiarkan tergedik-gedik menguruskan cubaan yang menimpanya.

Usaha kerajaan-kerajaan ini menghayati soal kebajikan satu negeri dipuji tetapi didapati masih tidak meluas jika dilihat apa terjadi dalam kes seperti ini ?

Wednesday, February 24, 2010

Exco Kedah mungkin baru, MBnya macamana ?

Depa dok tanya exco saja muka barukah. Takdak ka ura-ura dapat MB baru ?

Azizan Razak belum sedia meletakkan jawatan. Banyak yang perlu dilakukan. Kata Shafie Apdal, Azizan buat masa ini mewarisi apa yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional.

Agaknya, tidak seperti Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Guan Eng anak jantan. Boleh buktikan serta-merta dengan faktanya sekali apa yang telah kerajaannya lakukan.

Di Kedah, hubungan adik beradik diantara PAS dan UMNO menyukarkan Azizan meluahkan perasaan terpendamnya. 'Diluah mati mak bapa, ditelanpun mati tok nenek'.

Sebelum pilihanraya kedua belas, pelbagai isu dibangkitkan tentang kelemahan Barisan Nasional, UMNO dan Mahadzir Khalid.

Kini semua itu telah diserap biarpun dahulu ianya 'racun paling bahaya'.

Exco Kedah Mungkin Dibarisi Muka Baru

ALOR SETAR, 24 Feb (Bernama) -- Beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah, mungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.

"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," katanya Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.

Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada Parti Keadilan Rakyat.- BERNAMA

Tuesday, February 23, 2010

Blogger Kedah bila nak berjumpa

Blogger Perak berjaya mengadakan perjumpaan di Parit Buntar Perak pada 19 Februari 2010 yang lalu.

Bagaimana pula dengan blogger di Kedah.

Kelmarin saya sempat bercakap dengan Setiauasaha Akhbar YAB Menteri Besar Kedah, saudara Helmi Khaled berkaitan hal ini dan mencadangkan agar beliau dapat mengusahakan pertemuan ini jika tidak keberatan.

Exco Penerangan Kedah, YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib mungkin boleh menjadi pengerusi dan mengaturkan agenda majlis.

Pada hemat saya, Dato' Hj Mahfuz Omar, orang lama dalam penerangan peringkat kebangsaan boleh menjadi penasihat.

Selepas pertemuan pertama dan pelantikan jawatankuasa yang sepatutnya, jemputan boleh dibuat kepada wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang menjadi blogger di Kedah dan saudara kita di Perlis.

Mungkin juga selepas itu Saudara Lutfi Othman dan Zulkifli Sulong boleh diminta pandangan atau untuk membentangkan input.

Selagi banyak bahan-bahan tempatan di Kedah boleh digunakan, komuniti blogger tidak seharusnya berdiam diri.

Kerajaan negeri perlu memainkan peranan kerana selama inipun kelihatan blogger bergerak tanpa bantuan apatah lagi pengiktirafan Kerajaan Negeri.

Jangan apabila sudah terantuk baru tergadah.

Monday, February 22, 2010

Hello Ezam, Raja Petra buhong la..


[Mai dari Utagha]
Hello Ezam ! Hello Annuar Shaari !

Hello, hello, hello !!!

Mana pi depa dua ni. Bukan apa, nak confirm sat berita Raja Petra tuleh tu. RPK kata, di atas nama kempen bebaskan Anwar Ibrahim, hampa 'sapu' duit berjuta-juta dari Soros. Soros yang mula-mula Mahathir gelar dia sebagai penyangak mata wang tu..

Ezam...macam tak caya ja

Bukan, tak pecaya kat hang Ezam. Tak percaya kat RPK.

Hang memang hebat Zam. Satu Malaysia kata lagu tu.. Lebih-lebih lagi parti baru hang UMNO tu. Depa pecaya hang ataih bawah. Kalau bulih, nak bagi hang jawatan Naib Presiden UMNO. Ganti Zahid Hamidi.

Mau ka ?

Sunday, February 21, 2010

Apa kata Sultan Kelantan ?

Kata putus Sultan Kelantan dalam hal ini

Hina mahkamah: Isteri kedua Sultan Kelantan saman Sultanah

KOTA BARU, Feb 21 — Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra memfailkan saman menghina mahkamah ke atas Sultanah Kelantan kerana ingkar mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan beliau menziarahi baginda di hospital di Singapura.

Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana pada 31 Dis 2007.

Pada akhir Disember lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan juga telah mengesahkan Sultan Kelantan telah berkahwin dengan Elia Suhana.

Elia Suhana pernah dilaporkan telah mengunjungi baginda beberapa kali tahun lalu. Baginda menjalani rawatan di Singapura sejak pertengahan tahun 2009.

Saturday, February 20, 2010

UMNO kata rosak anak Penang kerana menantu

Isu Melayu Pulau Pinang tiba-tiba membuatkan ketua-ketua UMNO baik lelaki atau wanitanya menjadi ghairah untuk membangkitkannya.


Masing-masing cuba menobatkan diri sebagai juara tetapi dari luar gelanggang.

Gerakan, MCA, MIC dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional kelihatan tidak berminat pun dengan agenda ini.

Pada hemat saya, Lim Guan Eng betul-betul jantan baik dihadapan atau dibelakang Koh Tsu Koon, Azhar atau UMNO dan BN sendiri.

Siap dengan statistik beliau buktikan jumlah wang dan penerima tender projek di 'Penang' sejak kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. Lebih 40 kontraktor Melayu yang mendapat tender dan bakinya bukan Melayu. Keseluruhan projek berjumlah melebihi RM60 juta.

Bukan itu sahaja, belanjawan berkaitan aktiviti Islam ditambah dari RM12 juta semasa BN kepada RM21.5 juta sekarang.

Dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaksanakan Guan Eng bukan sahaja mendapat kepujian Ketua Audit Negara, malah disokong rakyat pelbagai kaum.

Kerajaannya berjaya membawa 151 projek pelaburan dengan jumlah RM10.156 bilion, 22,215 pekerjaan dapat diwujudkan, sektor infrastruktur dan kemudahan awam dipertingkatkan, projek pembesaran Empangan Mengkuang, menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, program kualiti alam sekitar diutamakan, pertemuan dengan rakyat dan cuba menyelesaikan masalah mereka.

Apa yang lebih utama ialah beliau tidak sombong seperti sombongnya Azhar, Helmi, Mahdzir Khalid dan juak-juak mereka.

Idola pentadbirannya ialah Khalifah Umar Abdul Aziz. Nah, apa lagi?

UMNO - pentadbiran Islam tidak, demokrasi pun haus.

Setakat ini, perangkaan menunjukkan roboh kedai dan roboh gerai di zaman Barisan Nasional di 'Penang' terlalu banyak berbanding di bawah pentadbiran Guang Eng.

Dalam ceramah-seramahnya, Mohamad Sabu sudah lama menyanyikan lagu boria Pulau Pinang yang membawa intipati pembangunan tetapi malangnya kata Mat Sabu, Melayu Pulau Pinang sudah lama dihanyutkan ke Sungai Petani, Kulim, Karangan, Baling, Lunas, Keroh dan sebagainya.


UMNO seperti tidak mahu percaya bahawa ia punahkan kepercayaan dan harapan bangsanya di Pulau Pinang ketika amanah disandarkan kepada mereka. Ketika mereka masih berada dalam gelanggang politik. Ketika mereka melamun mabuk kuasa. Ketika mereka berlumba-lumba memenuhkan kantong dan tembolok kaum kerabat.

Dr Mahathir Mohamed sendiri pernah membangkitkan perkara ini ketika lawatannya ke Pulau Pinang.


Kini UMNO berkata, rosak anaknya di Penang kerana menantu. Tak mahu mengaku juga bahawa mereka salah didik.

Tidak mengapa, biar merangkak jangan menjalar ! Biar rosak sedikit dari jahanam semua.

Friday, February 19, 2010

SPRM dituduh minta rasuah RM250,000.00

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang beribupejabat di Tingkat 14 Plaza Masalam Shah Alam didakwa di mahkamah hari ini di atas tuduhan meminta suapan.

"Berantu" ka apa plaza ni ?

Di plaza ni lah Teoh Beng Hock masuk ikut pintu tapi keluar kot mana, tak tau lagi setakat ni.

Cuba bawa pula Nor Mohamed Yakcop dan Setiausaha Politiknya yang ada duit tunai RM2 juta tu bagi tujuan siasatan ke plaza ni.

Takpa. Pulau Pinang sewa sat plaza ni dari Selangor.

Hampa buleh tengokla, Nor Mohamed berak kapok ka atau berak RM30juta yang Ezam lapor, berak ECM Libra atau berak pertukaran mata wang asing.

Depa kata berantu. Cengkam sampai ke usus.