Difahamkan pendaftaran kanak-kanak OKU di Jabatan Kebajikan Masyarakat semakin bertambah.
Apakah statistik Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak sama. Atau hanya di beberapa negeri tertentu, kadar kelahiran sihatnya semakin merosot.
Shafie Apdal orang Sabah yang dilantik mengetuai Perhubungan UMNO Kedah berkata, di Kedah tidak ada pembangunan. Kerajaan negeri cuma mewarisi pembangunan yang telah diusahakan oleh kerajaan terdahulu.
Mungkinkah Shafie bermaksud, pembangunan telah difaraidkan oleh UMNO dan BN kepada Menteri Besar dan Exco-exco di Kedah.
Lembu punya susu sapi dapat nama ?Tak gitu !
Maka Helmi Khalid Setiausaha Akhbar MB Kedah pun memberitahu wartawan bahawa kenyataan Shafie itu melucu, menggelikan dan melawak.
Kata seorang ahli UMNO penyokong Ahmad Bashah Hanifah, Helmi patut berani bertanya Shafie, 'Sabah macamana. Pemimpinnya pandai bercakap dan berpidato. Satu Malaysia sudah merdeka 52 tahun. Kasihan rakyatnya ketinggalan jauh beratus batu di belakang akibat kebangangan pemimpinnya termasuk Shafie'.
Apa kata exco-exco Kedah. Diam tanda setuju dengan Shafie ?
[ Heboh di merata-rata, Exco-exco Kedah unik kerana tidak ada keberanian untuk bersuara ]
Seperti kata Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi bahawa melambatkan keputusan di mahkamah bermakna membawa kezaliman kepada 'pelanggan' yang memohon keadilan.
Tidak kira samada mahkamah rendah atau mahkamah persekutuan, jika pintu keadilan anda diketok rakyat dan salam diberi, bermakna tugas anda telah bermula untuk menyelamat dan mengadili sesuatu.
Gaji anda dibayar rakyat untuk menjalankan tugas sebaik mungkin dengan mengabdikan diri kepada Allah swt atau The God.
Namun jika itupun tidak dapat dilakukan, lebih baik serahkan amanah itu kepada yang sanggup memikulnya. Usah dihina tugas mulia itu.
Harus diingat, doa mereka yang dizalimi tiada sekatan menuju kepada Allah swt.
Negeri Kedah Darul Aman dahulunya diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kini selepas pilihanraya kedua belas pada tahun 2008, ianya diperintah oleh PAS yang bernaung dengan Pakatan Rakyat.
Rata-rata penduduknya terutama sekali golongan peniaga khasnya yang berurusan di pasar malam, pasar minggu, pasar sehari dan pelbagai nama lain mengharapkan supaya kerajaan baru ini dapat membuat beberapa perubahan di tapak perniagaan mereka.
Pertama, mereka mahu kutipan sewa yang dikenakan tetap mengikut hari berniaga. Jika dikenakan sekaligus, agak berat bagi mereka melunaskannya.
Keduanya, jika boleh kemudahan asas seperti surau, bilik air dan paip air disediakan.
Ketiganya, biarlah tapak yang disediakan tidak menganggu orang ramai. Sebagai contohnya, tapak pasar Khamis di Simpang Empat berhadapan Klinik Kesihatan Mergong dikatakan tidak sesuai. Ia mengganggu lalu lintas sejak sekian lama.
Keempat, peniaga pasar seperti itu mahu supaya ada agensi-agensi yang membekalkan maklumat asas berniaga, pemasaran dan sebagainya kepada mereka.
Kelima, ada yang berharap supaya kerajaan prihatin memberikan sedikit modal perniagaan kepada yang baru memulakan perniagaan.
Keenam, peniaga berharap barangan yang dibekalkan kepada mereka dapat dikawal harganya. Lebih dari itu ada agensi yang memantau perkara ini.
Malah mereka yang mesra pengguna berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan sentiasa turun padang dan memantau harga barangan di situ.
Dengan bantuan kerajaan negeri sekarang dalam perkara yang dibangkitkan, ramai peniaga menjangka rakyat dapat membezakan peranan dan hasrat kerjaan sekarang dan dahulu.
Difahamkan ramai peniaga pasar malam dan ahli keluarga mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat.
Ketua Hakim Negara bidas pihak sengaja lengahkan kes - BH 16 Januari 2010
PUTRAJAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, hari ini menegur tindakan segelintir peguam bela, timbalan pendakwaraya dan hakim yang sengaja melengah-lengahkan perbicaraan sesuatu kes.
Beliau berkata, ini kerana kes yang tiada keputusan atau penghakiman adalah satu kezaliman nyata kepada individu terbabit.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Persidangan Perundangan Tahun 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Purtajaya (PICC) di sini, hari ini.
‘If we desire respect for the law, we must first make the law respectable’ kata Louis D.Brandeis.
Apakah kelewatan seperti ini dalam kes yang membabitkan begitu ramai orang, menangguhkan keputusan merupakan satu kebaikkan, penghormatan, keadilan atau jalan keluar?
Bagi pecinta demokrasi, mereka menganggap ianya satu penganiayaan terhadap aktiviti rakyat dan negeri dan tidak sepatutnya dimaafkan tindakan itu.
Apa tidaknya, membiarkan Perak dan rakyatnya dikasari dan menangis dengan bantuan manusia tidak normal.
Siapakah lebih tertinggi dalam struktur pentadbiran dan undang-undang di Malaysia ?
Tun Mohamed Suffian B Hashim bekas Ketua Hakim Negara (1974-1982) menyifatkan, hanya perlembagaan sahaja yang tertinggi di Malaysia.
Perkara 4(1) Undang-undang Persekutuan menyatakan bahawa “Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu”.
Namun pada pandangan Tun Suffian, mahkamah mempunyai kuasa yang besar juga terhadap bahagian perundangan dan eksekutif memandangkan:
oIa mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan
oMempunyai kuasa mentafsirkan sesuatu undang-undang
oMempunyai kuasa mengistiharkan sesuatu undang-undang bertulis persekutuan atau negeri sebagai tidak sah; dan
oMempunyai kuasa mengistiharkan sesuatu tindakan kerajaan sebagai tidak sah di sisi undang-undang.
“Mahkamah boleh tanpa takut atau pilih kasih menjalankan kewajipannya” beliau menulis.
Walaubagaimanapun, seseorang hakim boleh dipecat dengan melantik tribunal di atas syor Yang DiPertuan Agong dan Agong boleh menggantung tugas-tugas hakim sementara menanti siasatan oleh tribunal itu.
Dalam kes di Perak Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei 2009 yang lalu.
Sehingga ke hari ini mahkamah belum dapat mendengarkan keputusannya tentang kesahihan Menteri Besar di negeri itu .
‘If we desire respect for the law, we must first make the law respectable’ kata Louis D.Brandeis.
Apakah kelewatan seperti ini dalam kes yang membabitkan begitu ramai orang, menangguhkan keputusan merupakan satu kebaikkan, penghormatan, keadilan atau jalan keluar?
Bagi pecinta demokrasi, mereka menganggap ianya satu penganiayaan terhadap aktiviti rakyat dan negeri dan tidak sepatutnya dimaafkan tindakan itu.
Apa tidaknya, membiarkan Perak dan rakyatnya dikasari dan menangis dengan bantuan manusia tidak normal.
UMNO dikaitkan dengan bermacam-macam cerita. Pengeboman di gereja pun dikaitkan dengan UMNO.
Di sini ada surat atau warkah lama yang mengaitkan UMNO dengan loteri. Siapa agaknya penulis surat itu. Ketika surat ini ditulis, negara kita masih Malaya lagi . Belum merdeka. Surat berkenaan diakhiri dengan kata-kata "Merdeka".
Apabila ada pihak mengatakan MARA terpaksa memotong peruntukan untuk pinjaman dan biasiswa untuk anak-anak kita kerana kerajaan hampir kehabisan dana, ada pemimpin kerajaan menafikannya.
Terbaru, dikatakan pelajar-pelajar Asrama Penuh tidak akan disediakan makanan pada dua hari di hujung minggu.
Mana mereka nak cari makan ?
Ada beberapa orang kawan menelefon memberitahu, sudah ada guru-guru yang bersedia untuk menjual mee, burger dan bermacam lagi di kawasan asrama sekolah. Mungkin akan tumbuh Medan Selera Sekolah Tun Abdul Razak, sebagai contohnya.
Itupun jika ada kebenaran dari Muhyiddin Yassin. Dibuat kroninya sahaja yang mendapat habuan, maka gigit jari-jemari guru-guru yang sudah bersedia ke garisan itu.
Apapaun, ramai yang tertanya-tanya, mahu bangkrapkah Malaysia.
Esok lusa akan kedengaran pula masalah sosial naik dengan mendadak akibat ramai pelajar berhenti dan diberhentikan sekolah.
Ibubapa di Baling, Keroh, Cerok Tok Kun dan beberapa daerah lain telah mula melahirkan kebimbangan tentang masa hadapan anak-anak mereka.
Betulkah sudah sampai masanya anak-anak kita akan menghadapi saat genting seperti itu?
Membakar rumah ibadat bukanlah jalan menuju apa-apa penyelesaian hatta untuk menangani isu Allah yang dipolemikan hasil keputusan Mahkamah Tinggi.
Baik PAS, PKR, ABIM, ATM dan Perdana Menteri mengutuk kejadian itu.
Kini bergantung kepada kepandaian Menteri Dalam Negeri dan Polis pula untuk membawa mereka yang terlibat kemuka pengadilan.
Setakat ini dipercayai tiga gereja yang terlibat iaitu di Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, Gereja Assumption Petaling Jaya dan Gereja Life Chapel di Damansara.
Ada sumber yang mengatakan empat. Namun, Ketua Polis Negara mengesahkan tiga setakat ini.
Kita bimbang ada musuh dalam selimut yang cuba menangguk diair yang keruh.
Seperti sudah diketahui keputusan mahkamah berkaitan kes Kota Siputeh, Shahrizat Abdul Jalil Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melangkah memulakan kempen pilihanraya di Dewan Undangan Negeri tersebut.
Esok, Khamis 7 Januari, Shahrizat dijangka akan berada di sempadan Daerah Kubang Pasu dan Sanglang bersama wanita UMNO Kedah.
Apa khabar ahli PAS Parlimen Kubang Pasu dan ahli PAS Parlimen Jerlun?