Tuesday, January 5, 2010

Besi buruk besi lama askar satu kilo tujuh kupang


Besi buruk, besi lama. Tujuh kupang satu kilo. Besi buruk, besi lama tujuh kupang satu kilo !

Besi askar besi buruk !

Tanya pegawai kecik dia mau jual ka. Jangan tanya pegawai besaq. Dia tak tau apa.

Pegawai besaq serupa askar Iraq. Dia boleh jual negara. Dia tak tau apa. Kasi wang, dia kenyang, lu jalan !

Besi burukkkkkk... tapi baik punya maa. Heli ada, jet ada. perisai ada, semua pun ada !

Satu kilo tujuh kupang.....saptamarga...

Monday, January 4, 2010

Sultan Kelantan dipindah ke HKL

Sultan Kelantan dipindah ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan selanjutnya.

Sunday, January 3, 2010

'Tuan Alla' sudah lama digunakan

Semasa saya kecil-kecil dulu, kami sekeluarga pernah tinggal di belakang pekan Keroh iaitu kampung yang pada awalnya diwujudkan kerajaan untuk mengumpulkan mereka yang dipercayai boleh mendatangkan kemudratan kepada keselamatan negara.

Di Perak, Kampung Baru seperti ini memang terdapat dikebanyakkan daerahnya yang pada ketika itu tidak dapat lari dari ancaman komunis.

Seingat saya, kami berpindah dari pekan ke Kampung Baru ini ketika usia saya dalam sebelas atau dua belas tahun. Komunis pun sudah hampir lumpuh pada ketika itu.

Jiran-jiran saya terdiri dari kaum Tiong Hua, Tamil dan orang Melayu sendiri.

Orang Tamil dan Cina tidak segan-silu atau takut menggunakan perkataan "Tuan Alla" merujuk kepada Tuhan atau Allah.

Bagi kami, ia seperti sudah menjadi biasa atau adat. Tiada siapa yang irihati, marah atau mengamuk. Masing-masing faham dan mengerti apa yang cuba disampai atau diungkapkan.

Nampaknya keputusan Mahkamah Tinggi pada Khamis yang lalu membenarkan Herald menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya telah mendatangkan polemik.

Jika tidak silap, orang Arabpun menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Sahihnya, bukan semua Arab itu adalah Islam.

Jika begitu, saya tidak pasti bagaimanakah caranya kita hendak berdakwah kepada orang bukan Islam. Adakah perlu kita gunakan perkataan Allah atau Tuhan merujuk kepada kebesaran Mahakuasa itu ?

Atau kita akan mengatakan bahawa 'kitab' itu diturunkan dan bukannya Al Quran itu diturunkan ?

Apapun, biarlah mereka yang berilmu memberikan keputusan mereka mengikut nas agama dan bukannya mengikut kefahaman atau pandangan politik.

Sumpah cara Islam : Tiada keputusan ?

Friday, January 1, 2010

Kenapa gula sahaja

Sempena tahun baru 2010, kerajaan Barisan Nasional yang terdiri dari parti-parti komponen utama seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain lagi telah menghadiahkan kepada rakyat satu Malaysia kenaikan harga gula.

Susah nak cari kerajaan sebegini.

Hasil DEBnya ramai penduduk Malaysia telah menjadi jutawan lebih-lebih lagi orang Melayu UMNO.

Jika boleh naikkan sama harga petrol, beras, tepung, minyak masak, susu kanak-kanak, dan lain-lain keperluan dapur.

Tambang bas sekolah juga boleh dinaikkan, kadar pengangkutan awam, yuran sekolah dan universiti pun baik juga dinaikkan.

Swastakan hospital-hospital di seluruh negara. Kenakanlah sedikit bayaran. Sebagai contoh sekali rawatan RM25.00.

Tentu bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi Dasar Ekonomi Baru akan tersenyum puas.

Selamat berjuang, jangan terus bangang

Kepada parti politik baik dari kalangan yang memerintah atau dari kalangan pembangkang, pilihanraya Mac 2008 sudah 22 bulan berlalu.

Masih tak habis-habis ber'politik' kepartian. Rakyat juga yang susah.

Oleh itu kurangkan politik kepartian dan tambahkan usaha untuk meningkatkan tahap kehidupan rakyat baik dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan kesihatan.

Supaya politikus Malaysia tidak terus kelihatan bangang.

Selamat perjuangkan hak-hak rakyat.

Thursday, December 31, 2009

Ambulan Hospital Alor Setar tertelan duit pesakit ?

Ambulan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah tertelan wang pesakit berjumlah RM2500.00.

Betulkah ? Betul apa ?

Dakwaan itu atau penafian itu. Jika tak betul, dakwa pesakit itu.

Jika betul, kasihan pesakit itu. Ibarat - sudah jatuh ditimpa tangga, terpijak tahi, digigit anjing pula. Jangan apa-apakan ambulan itu !

Jika rajin, baca di sini.

Wednesday, December 30, 2009

Pengundi PP mahu Lim Guan Eng

Rata-rata pengundi Cina Pulau Pinang mahu agar kerajaan kepimpinan Lim Guan Eng diberi masa sekurang-kurangnya tiga penggal untuk melakukan perubahan.

Begitu juga dengan pengundi pelbagai keturunan di Pulau Mutiara itu.

Jika Pakatan Rakyat Pulau Pinang dapat membuktikan keupayaan dan janji-janji mereka, nescaya pengundi akan terus memberikan sokongan untuk PR memerintah selamanya.

Itu seperti yang diberitahu oleh beberapa bekas pemimpin MCA Sungai Petani kepada saya.

Kata mereka lagi, dahulu akhbar Cina memainkan sentimen bahawa PAS tidak boleh dipercayai, akan melaksana undang-undang Islam, melarang penjualan babi dan arak serta pelbagai lagi.

Kini masyarakat Tiong Hua sudah tidak mempercayai dakyah akhbar-akhbar berkenaan kerana kaum kerabat mereka sudah ada pengalaman manis di negeri Kelantan.

Mereka membawa saya melihat pondok Rukun Tetangga dan Gelanggang Futsal di belakang Central Square Sungai Petani tempat yang pernah kaum Cina menyambut Chap Goh Me dan acara Tahun Baru Cina.

"Sekarang kita tidak boleh membuat apa-apa sambutan di sini. Adakah ini mungkin angkara pihak berkuasa tempatan yang adakalanya tidak sehaluan dengan kerajaan negeri ?" tanya mereka.

Isu tempat sembelihan babi, rumah mayat, perkuburan Hindu dan beberapa isu lain di Kedah masih boleh ditelan oleh masyarakat bukan Islam dengan perkiraan bahawa pihak PBT tidak sehaluan dengan kerajaan negeri.

Seorang Exco Kerajaan memaklumkan bahawa projek di belakang Central Square tersebut bukan di dalam bidang kuasa kerajaan negeri tetapi di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Kedah perlu memberikan penerangan tepat tentang perkara ini supaya mereka juga menerima peluang memerintah bukan sahaja selama satu atau dua penggal tetapi untuk selamanya seperti mana masyarakat pengundi Pulau Pinang berjanji untuk berbuat demikian terhadap Lim Guan Eng.

Sunday, December 27, 2009

Rais Yatim mahu Tun M selamat

Adakah Rais mahu supaya Najib selamatkan Tun M dalam kes pembaziran wang RM100 B seperti yang didakwa ?

Nazri Aziz : Kamilia patut cabar Muhyiddin letak jawatan

Nazri Aziz menteri yang dipertanggungjawabkan tentang Parlimen mahukan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Kamilia Ibrahim menghalakan cabarannya itu supaya Ketua Whip meletakkan jawatan kepada Muhyiddin Yasin dan tidak kepadanya.

Katanya, beliau bukan ketua whip.

Tegas Nazri, sepatutnya ahli parlimen yang tidak hadir meletakkan jawatan beramai-ramai.

Baca di sini.

Bagimana pula dengan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak hadir pada sesi itu?

Saturday, December 26, 2009

Alor Setar : Sesak di Bangunan Persekutuan Anak Bukit

Kakitangan perkhidmatan awam jabatan-jabatan persekutuan di Alor Setar yang diarah berpindah ke Bangunan Persekutuan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit melahirkan kekesalan kerana terpaksa tunggu lama untuk masuk semula ke kawasan pejabat berkenaan semasa hendak memulakan tugas pada waktu pagi.

Mereka terpaksa ke 'pusingan u' sejauh satu kilometer ke hadapan dan berpatah balik dalam jarak yang sama sebelum dapat masuk ke kompleks pentadbiran tersebut.

(Sila klik gambar untuk melihat pandangan sebenar. Kenderaan bertali-arus di pusingan u untuk berpatah balik. Kompleks pejabat membelakangi gambar)

Kesesakan sejauh satu hingga dua kilometer itu sering menatijahkan kad perakam waktu mereka merah.

Mereka berharap agar pihak Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perdana Menteri sebagai penyelaras projek berkenaan mengambil tindakan pantas untuk samada membina jejambat susur keluar ke bangunan itu atau memasang lampu isyarat.

"Walaupun sejak dua minggu ini ada polis trafik yang diminta membantu, namun kami percaya ianya adalah penyelesaian untuk jangka waktu pendek sahaja" kata Abdullah Ali yang bertugas di Jabatan Perangkaan.
(Foto:alkerohi)