Sumpah cara Islam : Tiada keputusan ?
Nasib kita baik sedikit kerana tinggal di negara
Hatta Islam dikatakan agama keganasan.
Bila timbul masalah atau persoalan, maka Persatuan Ulamanya, Muftinya, Ustaz-ustaznya, pemimpin-pemimpin politiknya dan rakyat biasanya boleh memberikan pandangan ikut selera masing-masing. Malah saban hari bercakaran menonjolkan merekalah yang terbaik.
Bagi kita yang sering berdampingan dengan rakan-rakan pelbagai kaum, terpaksa menerima hakikat kemuskyilan mereka dan terpaksa juga menerima makna senyuman sinis mereka bahawa pengamal Islam sejak 1400 tahun yang lalu masih belum mempunyai cara bersumpah secara Islam.
Apatah lagi dalam hal-hal yang lebih penting jika ianya timbul.
Esok apabila masyarakat bukan Islam di Malaysia pula mula ketawakan kita secara terbahak-bahak, maka usah disalahkan mereka.
Mungkinkah pelajar-pelajar agama kita menerima ilmu yang tidak cukup, ilmu yang salah atau ilmu yang masih dalam pembelajaran ? Atau politik Islam perlu sama seperti politik barat ?
Atau, masing-masing akan menuding jari menyalahkan empat mazhab yang belum boleh membuat kata putus dalam hal seperti ini.
(Foto:Malaysiakini)
2 comments:
salam Tuan,
Belum apa-apa dah menunjukan keslipannya...sisaiful ni bersumpah tapi sebut Allah SAW...SAW tu hanya untuk Rasulullah SAW.. dah gelabah SWT jadi SAW...sila lihat blog dari rakan2...
salam sdra kl,
imam muda masjid tersebut yg menyaksikan majlis sumpah itu terpaksa membuat kenyataan membela diri. entah apa yg cuba disampaikannya. kasihan mereka.
Post a Comment