Thursday, October 22, 2009

Mampukah Iran elak mencontohi Iraq

Peristiwa pengeboman berani mati di wilayah Baluchestan Iran pada 18 Oktober 2009 yang mengorbankan enam Komander tentera Pengawal Revolusi dan 57 orang awam dikira sangat memalukan negara Iran.

Dalam kejadian tersebut lebih 150 orang dipercayai cedera. Setakat ke hari ini, militan Sunni Jundallah mengaku melakukannya.

Iran pula mula menuding jari ke arah Amerika Syarikat, Britain, Pakistan dan Arab Saudi.

Mohammad Ali Jafari, Ketua Pengawal Revolusi Iran memberitahu media bahawa mereka mempunyai dokumen yang menyokong kenyataannya itu.

Mahmoud Ahmadinejad Presiden Iran mendakwa Abdul Malik Rigi ketua Jundullah yang berada di Pakistan sebagai dalang serangan itu.


Walaubagaimanapun, Amerika dan Pakistan menafikan sekeras-kerasnya penglibatan mereka di negara berkenaan.

Apapun, kita berharap Iran tidak akan menjadi seperti Iraq. Cakap-cakap besar Saddam memerangkap bukan sahaja dirinya tetapi juga rakyat dan negara Iraq.

Tentera Iraq membelot di saat-saat negara memerlukan pengorbanan mereka.

Rakyat Arab Iraq membalas dendam di atas apa yang disifatkan sebagai kezaliman Saddam terhadap diri mereka.


Kapal dan peralatan perang Iraq dilarikan ke negara lain. Akhirnya Iraq ditelanjangkan dari segi moral dan material.


Ini belum lagi Iran diserang secara besar-besaran.
Peristiwa 18 Oktober tidak sepatutnya berlaku di negara itu.

Di mana kehebatan Pengawal Revolusi dan tenteranya ?


Jangan-jangan indah khabar dari rupa.

Wednesday, October 21, 2009

Siswa UM komuniskah ?

Mahu belajar tinggi hingga ke menara gading. Menghabiskan masa yang panjang, wang yang banyak, suasana yang baru dan melalui pertembungan budaya di tempat yang jauh dari kampung, lalu cuba dibudak-budakkan pemikiran anak-anak itu.

Di atas alasan apa sekalipun baik tekanan politik atau Akta Universiti dan Kolej Universiti, Naib Canselor Universiti Malaya Ghauth Jasmon tidak sepatutnya melalui wakil atau agennya melaksanakan sistem paksaan atau sistem tidak berperikemanusiaan di UM.

Kecualilah para pelajar Persatuan Islam dan dari Persatuan Bahasa Cina itu mengamalkan ajaran songsang atau mahu mencetuskan keganasan.

Inilah masalahnya dengan mereka yang bermentalitikan kelas ketiga biar di mana berada dan apa jawatan yang disandang.

Jika NC UM tidak berkeupayaan mengamal yang makruf dan nahi mungkar (terbaik), letak sahaja amanah rakyat itu kebahu orang yang lebih layak.

Gaji yang anda terima bukanlah dari mana-mana parti politik, tetapi ianya adalah wang rakyat termasuk hasil titik peluh orang kampung dari kalangan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Apakah mendengar pandangan kedua yang juga merupakan nilai-nilai teras* universiti merupakan risiko kepada mahasiswa untuk diambil tindakan tatatertib termasuk dibuang universiti.

Mendengar pandangan kedua di universiti dan dalam proses pembelajaran itu boleh membuatkan mereka menjadi komuniskah ?

*Nilai teras UM:



Tuesday, October 20, 2009

Politikus Malaysia dapat semua percuma

Menteri Malaysia dapat percuma. Isteri pun dapat. Anak cucu pun diberi habuan. Tujoh keturunan makan tak habis. Tembolok sendiri diisi.

Rumah percuma, tanah percuma, kereta percuma, tol percuma, elektrik, air, tempat letak kereta, 'barang' percuma, rawatan, pendidikan, makan angin percuma dan apa lagi percuma ?

Dikatakan isteri Menteri Kesihatan dapat kereta percuma berharga RM600.000.00. Itu yang dikatakan. Belum lagi apa yang tidak dikatakan.

Rakyat juga menderita di atas nama ekonomi global.

Rakyat juga kena sesuaikan diri dan berubah selera mereka.

Orang politik yang memerintah - apa yang dia tahu tentang kenaikkan harga barang.

Semua dapat percuma selagi rakyat diperbodohkan.

Rakyat dapat gelanggang futsal dan kolam mandi - main dan mandilah tujoh keturunan !

Monday, October 19, 2009

Cerita raja dan rakyat di Perak

Tajuk dari Malaysia Today. Benarkah kenyataan ini ? - alkerohi

Mengapa Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan?

Oct 19th, 2009 - Terjemahan di sini.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

Sunday, October 18, 2009

Samy ada di mana-mana

Sudah 19 bulan Samy Vellu, Presiden MIC meninggalkan tugasnya sebagai Ahli Parlimen Sungai Siput Perak.

Penduduk kawasan tersebut masih ingat apa yang Samy pernah ucapkan sebelum pilihanraya kedua belas.

"Sapa berani lawan sama saya. Ampat puloh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)".

Samy bukan sahaja dikenang sebagai politikus tetapi juga sebagai seorang pelawak yang kerapkali kelakar dan menghiburkan.

Ketika menjawab soalan wartawan berkaitan tanah runtuh, Samy pernah berkata, "Apa ? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mau jatuh, dia jatuh la.."

Apabila MIC dan Samy disalahkan kerana tidak mendapat sokongan masyarakat Tamil dan menerima kekalahan teruk di dalam pilihanraya yang lalu, beliau berkata, "rakyat marah sama BN bukan sama saya".

Kali ini, masyarakat di Sungai Siput betul-betul berharap agar Samy bersara dari politik.

"Usia sebegini, lebih baik tinggal di rumah dan menghiburkan anak cucu. Sudah banyak masa dihabiskan dalam politik " kata Selvam dari Keroh.

Mati badan dikandung tanah, nama Samy ada di mana-mana.

[Gambar UM]

Saturday, October 17, 2009

Parti UMNO bersuara retorik mengisi politik negara

Parti politik mempunyai kuasa dan hak yang sepenuhnya dalam menentukan dasar dan masa depan sesebuah negara.

Bukan semua parti dapat berbuat seperti itu. Hanya mereka yang memerintah, ada kepandaian dan telus sahaja boleh mengeksploitasi keadaan.

Kelmarin, UMNO sebuah parti politik di Malaysia mengakhiri persidangannya untuk kali keenam puloh setelah berada dipersada politik Malaysia selama 63 tahun.

Ia bukan sahaja menjadi tunggak dalam komponen Barisan Nasional tetapi mendominasi pemerintahan negara.

Setiap kali persidangan banyak isu yang dibincangkan. Meliputi soal-soal politik, ekonomi, sosial, keselamatan, pendidikan, agama, dasar luar dan sebagainya.

Semoga dengan persidangan terbarunya itu, segala kepincangan dan kelemahan dalam negara seperti rasuah, isu polis, SPRM, ISA, kenaikan harga barang, soal tol, kesihatan, pelajaran percuma sehingga ijazah pertama, Akta Percetakan, Dasar Ekonomi Baru yang mengenyangkan segelintir orang, agensi negara dilintang pukang dan pelbagai lagi dapat diperbetulkan.

Sebelum ini, masyarakat Melayu di Pulau Pinang bukan sahaja terpinggir malah menjadi pelarian di tanah air sendiri. Kedah dan Perak menjadi tempat penghijrahan mereka.

Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah ketinggalan dalam banyak hal.

Bukankah 'malapetaka' ini adalah impak tersasar atau cuai dari dasar parti dan kerajaan yang diberi peluang untuk memerintah ?

Sudah 60 kali bersidang, UMNO dilihat masih gagal menjadi sebuah parti politik yang berjaya.

Peranan parti secara kolektif tidak kelihatan dan diterapkan untuk pengurusan masyarakat dan pentadbiran negara. Cuma beberapa individu dan kroni yang menguasai parti cuba dan sedang menterjemahkan hasrat dan kehendak mereka lalu rakyat dan negara ditinggalkan dalam samudera kekalutan.

Persidangan demi persidangan selama ini ibarat hangat-hangat tahi ayam. Meninggalkan kesan dan membawa kemajuan yang amat sedikit berbanding beberapa parti politik dan negara lain yang sama usia dengannya.

Jika Lenin dan Hitler yang digelar dengan pelbagai aib dan julukan boleh dan mencuba diawal kesingkatan masa memerintahnya membawa negara dan rakyat keluar dari kepompong kekampungan, kenapa tidak UMNO selepas 53 tahun negara merdeka ?

Adakah disebabkan perjuangan sebenar dan ketelusan sebagai satu alat dan satu bangsa yang bertamadun sudah menghakis jati diri pemimpin-pemimpin UMNO semua peringkat lalu berteriak retorik dipelbagai pentas aktiviti masyarakat dan negara melangkau sepanjang setengah abad pengisian politik dan kemerdekaan Malaysia ?

Happy Deevali

Happy Deevali kepada penganut agama Hindu.

Friday, October 16, 2009

Belanjawan 2010 : CUEPACS harap bonus dua bulan

Cuepacs: We seek 2 months' bonus for civil servants

(Dari NST 16.10.2009)

KUALA LUMPUR: Cuepacs is asking the government to give two months’ bonus this year to the 1.2 million civil servants in the country.

Cuepacs president Omar Osman said the two-month quantum was endorsed at the union’s three-hour special congress meeting held today.

He said they were looking forward to good news to be announced in the 2010 Budget next week.

Speaking to reporters at the Hari Raya celebrations attended by the Chief Secretary to the Government Tan Sri Mohd Hassan Sidek today, Omar said Cuepacs had already sent the request in a letter to the prime minister in July.

The government had paid a one-month bonus to civil servants in 2007.

On the government's decision to implement a time-based promotion for the 300,000 support group in the civil service, he regretted that it was not yet implemented.

“Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had announced the scheme in July,” he pointed out.

Under this exercise, those with 15 years or more of service and were stuck on the maximum salary scale for years were eligible to be promoted beginning that month.

Omar said the delay was apparently due to those affected having their staff records being checked and verified.

“We are requesting that the evaluation be speeded up as some 200,000 workers are affected,” he said.

Thursday, October 15, 2009

Nor Mohamed, Kalimullah dan KJ perlu disiasat

KJ juga perlu disiasat. Itu kata Anwar Ibrahim dan Angkatan Muda Keadilan.

Kekayaan luar biasa yang ia miliki datang dari mana ?

Adakah ECM Libra yang menjutawankannya atau sahabat karibnya Kalimullah Hassan. Menurut sumber yang rapat dengan Kalimullah, beliau sendiri hanya pernah memiliki sebuah 'motosikal berwarna kuning' sahaja pada tahun 1980-an. Beliau juga dikatakan menjadi kaya dalam sekelip mata.

Nor Mohamed Yakcop bekas Menteri Kewangan Malaysia merupakan orang yang perlu disiasat sama. Baling batu sorok tangannya dalam banyak kes melibatkan negara masih belum dibongkarkan.

Satu ketika dahulu Ezam Md Nor beria-ia sangat membuat laporan dimerata tempat tentang perkara ini.

Pada fikiran pemerhati politik yang juga merupakan orang awam, Nor Mohamed, Kalimullah dan KJ perlu disiasat kerana banyak dakwaan mengatakan mereka membaham kekayaan negara.

Tentu Tun Dr Mahathir Mohamed bersetuju dengan pendapat awam ini dan akan meminta Najib mendahulukan kehendak rakyat.

Tuesday, October 13, 2009

Dr M : Buat kajian kemenangan luar biasa Isa Samad

Tun Dr Mahathir berkata, kemenangan Isa Samad amat mengkagumkan.

Di dalam blognya, Dr Mahathir berpendapat ada baiknya jika kajian yang mendalam dibuat berkenaan sebab-sebab kemenangan yang luar biasa ini tercapai.

Agaknya Tun khuatir jika kemenangan ala-Khairy Jamaludin diperolehi oleh Isa Samad. Bukankah Mukhriz Mahathir dikatakan dipancung di saat-saat terakhir dalam perebutan jawatan Ketua pemuda UMNO Malaysia.

Tun melahirkan ketidakpuasannya. Difahamkan ada tuduhan KJ menggunakan sistem 'khairat' atau 'wakaf' politik.

Akhirnya KJ yang menang. Isa pula bagaimana ?


Bagi Najib - takda apa-apa. Kesilapan teknikal sahaja.