Saturday, September 5, 2009

PAS sokong bonus untuk CUEPACS

KUALA LUMPUR, 4 Sept: PAS menyokong penuh tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata pemberian bonus sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 20 September ini amat wajar kerana penjawat awam semakin terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang ramai.

"PAS melihat kakitangan awam sekarang ni cukup terbeban dengan kos sara hidup terutamanya dengan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Jadi pemberian bonus itu dapat meringankan beban mereka untuk menyambut hari raya nanti," Katanya kepada Harakahdaily.

PAS mencadangkan kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam sekurang-kurangnya satu setengah bulan gaji sebelum Aiilfitri bagi meringankan beban mereka.

"PAS cadang kerajaan bagi bonus minimum satu setengah bulan gaji supaya mereka dapat buat persiapan raya,"ujarnya.

Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Mengikut perkiraan CUEPACS, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian.

(Dari Harakah)

Friday, September 4, 2009

Speaker Kedah : Kita bukan gila kerusi Siputeh

“Kita bukan gila kuasa atau gilakan kerusi Kota Siputeh” .

Demikian apa yang dijelaskan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dato’ Dr Abdul Isa Ismail ketika dihubungi sebentar tadi.

Kata beliau, “kita hendak menegakkan hak dan keadilan sepertimana yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri.

“Mana-mana ADUN yang tidak menghadiri sidang dewan dua kali berturut-turut , maka Seksyen 51 perlembagaan negeri memperuntukkan hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang” jelas beliau lagi.

Dalam hal ini, bukan sahaja ADUN Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif telah tidak menghadiri sidang dewan berkenaan malah telah menimbulkan rungutan dari masyarakat pengundi di kawasannya sendiri tentang ketidakhadirannya itu.

DUN Siputeh terletak di bawah Parlimen Jerlun yang diwakili oleh Mukhriz Mahathir.

Ditanya apakah tindakan beliau seterusnya dalam menangani isu ini. Beliau berkata, “seperti yang diputuskan oleh YAB Ustaz Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah, kita akan failkan kes ini ke mahkmah. Biar mahkamah sahaja yang menentukan siapa yang betul”.

Jelas beliau lagi, “Dengan membawa kes ke mahkamah , kita berharap tidak akan ada lagi tafsiran masing-masing tentang undang-undang ini"

Apa terjadi jika mahkamah membuat keputusan tidak mengikuti perlembagaan Negeri Kedah sepertimana yang berlaku di Negeri Perak ?

Dato’ Dr Abdul Isa Ismail berkata, “biarlah rakyat yang menentukan dan sekurang-kurangnya mereka tahu apa yang berlaku”.

Monday, August 31, 2009

Merdeka

Merdekanya Malaysia


Saya bangga dan sanjung negara kita tetapi benci dengan pemimpin pengkhianatnya.

Sunday, August 30, 2009

Ramai yang mula masuk UMNO


Selepas pilihanraya Manek Urai di Kelantan dan Permatang Pasir di Pulau Pinang sudah ramai pengundi dan masyarakat di Malaysia mula masuk UMNO.

Mereka jatuh hati dan tertarik dengan falsafah perjuangan parti itu.

Bukankah keputusan pilihanraya tersebut mencerminkan sokongan hebat itu ?

Saturday, August 29, 2009

Kepala lembu : Apa sudah jadi

Penduduk seksyen 23 Shah Alam. Apa sudah jadi ?

Nasib baik bukan di atas nama Islam !





(Foto:The Malaysian Insider)

Friday, August 28, 2009

Muhyiddin takutkan Singapura


Ketika menjadi Menteri Besar Johor Muhyiddin Yassin pernah digertak oleh bekas Perdana Menteri republik Singapura pada waktu itu, Lee Kuan Yew.

Itu seperti apa yang didakwa oleh Muhyiddin beberapa hari yang lalu.

Muhyiddin Yassin menjelaskan perkara ini ketika membuat penafian tentang dakwaan kononnya beliau pernah menjual tanah kepada Singapura ketika menjadi Menteri Besar negeri itu.

Muhyiddin berkata beliau tidak pernah menjual seinci tanahpun pada Singapura.

Muhyiddin mengaitkan isu loji pemprosesan air di Sungai Linggiu, Johor berdasarkan perjanjian diantara Johor dan Singapura pada 1961 sebagai syarat yang wajib dipatuhi oleh Johor.

Katanya pada waktu itu, Perdana Menteri Singapura mendesak mahukan bekalan air yang mencukupi untuk Singapura dari Johor.

Tanpa segan silu, Muhyiddin menjelaskan, "Lee berkata pada saya, kalau tidak bekalkan air atau hentikan bekalan air ke Singapura, kita akan berperang dengan Johor. Ini benar"

Rupanya Muhyiddin yang menjadi Menteri Besar selepas pilihanraya ketujuh diantara tahun 1982 hingga 1995 takut kepada Singapura.

Samada dia takut betul-betul takut atau pura-pura takut, itu soal lain.

Kini sebagai Timbalan Perdana Menteri, apakah perasaan takutnya itu masih ada jika ia digertak sekali lagi oleh Lee bahawa bukan sahaja Johor tetapi Malaysia juga akan diserang jika kehendak dan kepentingan Singapura tidak dipenuhi oleh pemimpin negara ini.

Malangnya dalam isu tersebut, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim dipalitkan sama dalam soal yang dikira menjatuhkan maruah Malaysia.

Lebih malang lagi bagi rakyat dan negara Malaysia ialah mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri dari Johor yang boleh dengan mudah digertak dan sangat takut kepada Singapura.

Tetapi apabila di dalam negeri dan dengan rakyatnya, pelbagai ugutan, kecaman dan ancaman dibuat oleh menteri-menteri UMNO yang ‘malu berani, mati takut’ ini.

Mereka sanggup ke negara Cina memohon maaf kes berkaitan bogelkan wanita negara itu tetapi apabila mengetahui ianya wanita Melayu Malaysia, dianggap pula sebagai tiada nilai kemanusiannya.

Layak dan sesuaikah Muhyiddin yang penakut itu menjadi Timbalan Perdana Menteri ?

Tuesday, August 25, 2009

Permatang Pasir : PAS menang

PAS menang di Permatang Pasir.

Berita Malaysiakini.

Monday, August 24, 2009

Kedah dalam masa tambahan ?




16 - 1 - 4 - 1 - 14

Ibarat permainan bolasepak, adakah masa hadapan politik di Kedah sudah boleh dikira sebagai dalam masa tambahan ?

Dengan kerusi PAS 16, DAP 1, PKR 4, Bebas 1 dan Barisan Nasional 14 - akan adakah lagi kejutan yang bakal dibuat oleh mereka yang mendiami Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Angin bertiup kencang bahawa akan ada lagi setidak-tidaknya dua lompatan jarak jauh jika usaha membendungnya secara radikal tidak dilakukan. Entah betul entah tidak.

Belum reda lagi dengan isu kuota tanah Melayu 50%, isu tempat penyembelihan babi, projek pembangunan di Kedah dan beberapa isu besar yang lain, skala bacaan kejutan politik di Kedah berada pada paras bahaya juga.

Anwar Ibrahim perlu melakukan sesuatu untuk membantu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dalam menangani 'orang-orang'nya yang berada di luar kawalan Pakatan Rakyat.

Apakah Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Mahdzir Khalid dan juga Tun Mahathir sedang berdiam diri dalam hal ini. Sebenarnya mereka tidak senang duduk selagi Kedah masih dipangkuan Pakatan Rakyat.

Beberapa jabatan dijadikan kuda tunggangan Barisan Nasional dalam membantu parti itu merampas kembali Kedah.

Cuma yang leka adalah dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri.

Untuk Kedah kembali ke tangan Barisan Nasional bukanlah sesuatu yang mustahil. Namun harus diingat ia bukanlah juga sesuatu yang mudah.

Seperti yang saya tulis sebelum ini, mujurlah pentadbir Kedah sekarang sehaluan dengan pemerintahnya. Jika tidak, hanyut sudah ia mengekori Perak.

Dalam situasi seperti ini kerajaan tidak seharusnya dibiarkan bersendirian.

Peranan jentera parti kelihatan terlalu lemah. Apa sudah jadi dengan khidmat mereka ?

Sunday, August 23, 2009

ADUN Kedah keluar PKR

Mohammad Radzhi Salleh Exco Pelancongan Kedah (gambar kanan) mengistiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

ADUN Lunas (N34) itu tidak melepaskan jawatan Exco.

Fasa baru perkembangan politik Kedahkah ?

PKR lagi.