Friday, August 21, 2009
Wednesday, August 19, 2009
Pilihanraya kecil di Kedah ?
Satu lagi pilihanraya kecil di Kedah ?
Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dato' Dr Abdul Isa Ismail memaklumkan bahawa ADUN Kota Siputih (N3) Abu Hassan Sharif sudah hilang kelayakan sebagai ADUN apabila dua kali tidak menghadiri sidang DUN itu.
Untuk pengetahuan, Abu Hassan menang dengan majoriti 495 undi. Ia dimenangkan oleh tangan-tangan ahli PAS yang membalas jasa Tun Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri Malaysia.
Masih ingat betapa Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir diletakkan sebagai calon UMNO oleh partinya pada pilihanraya yang lalu untuk dikorbankan ditangan PAS.
Di Kedah, UMNO dan PAS adalah macam adik beradik...Lebih-lebih lagi di Parlimen Jerlun dimana adanya DUN Kota Siputih.
Jika jadi pilihanraya, sapa nak letak calon. UMNO atau PAS ? Dua-dua boleh diundi ?
Dalam keadaan 'biasa' PAS boleh undi UMNO dan dalam keadaan biasa juga UMNO tidak akan mengundi PAS !
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/19/2009 07:45:00 PM
3
comments
Labels: politik
Permatang Pasir : Calon ibarat air dari syurga
UMNO kekurangan calon yang betul-betul bersih. Tidak kira di dalam pemilihan cawangan, bahagian, negeri dan peringkat kebangsaan.
Terbaru, calon UMNO bagi kawasan Permatang Pasir Rohaizat Othman dikatakan terpalit dengan pecah amanah sehingga membuatkan Majlis Peguam membatalkan lesen amalan guaman Rohaizat.
Sesama ahli UMNO sudah menjadi perkara biasa menerima mereka yang perasuah, kaki minum, perogol, pemecah amanah dan sebagainya. Kini Najib Razak dan Muhyiddin Yassin hendak meluaskan empayar amalan negatif mereka kepada orang di luar UMNO.
Minggu sudah Tun Mahathir Mohamed membayangkan keresahan beliau mengenai gejala buruk UMNO ini.
Hari ini bekas Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah pula sangat resah dengan cara pemilihan calon oleh pucuk pimpinan UMNO yang mahu mengekspot amalan buruk seperti itu ke dalam masyarakat yang lebih luas.
"Kita nak rakyat meletak kepercayaan kepada wakil kita sebagai ketua. Dia tidak mempunyai kelayakkan menjadi calon bagi jawatan awam" kata Tengku merujuk kepada calon UMNO Permatang Pasir.
Apa yang hendak dihairankan. Amalan jijik UMNO sudah menjadi seperti darah daging mereka. Itulah yang dianggap sebagai terbaik. Setelah tapis berkali-kali dari telaga yang kotor, keluarlah air yang bersih seperti itu.
Maka air itu bukan sahaja Najib dan Muhyiddin yang meneguk, seluruh ahli UMNO gembira meminumnya.
Bagi UMNO, kelazatannya seolah-olah seperti air dari syurga agaknya. Entahlah MCA, Gerakan dan MIC merasakannya seperti apa ?
Bagi mereka yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat, aromanya sahaja sudah menterjemahkan bahawa itulah kekasih UMNO.
Maka terbayanglah rasuah, pecah amanah, mengisi perut sendiri, rogol dan sebagainya.
Mahukah memilihnya. Tun Mahathir, Tengku Razaleigh dan ramai lagi sejak awal-awal sudah menolak amalan kriteria memilih calon seperti itu.
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/19/2009 02:18:00 PM
0
comments
Labels: politik
Monday, August 17, 2009
Ong Tee Keat dijual ?
Apakah betul masa hadapan Ong Tee Keat yang memegang jawatan Presiden MCA sejak Oktober 2008 itu adalah yang paling singkat dipersada politik Malaysia seperti yang diramalkan sendiri oleh kebanyakkan masyarakat Tiong Hua ?
Ramai yang beranggapan Ong Ka Ting berjaya melepaskan masalah dalaman parti mereka kepada Tee Keat bersesuaian dengan masanya.
Tee Keat bukan sahaja kelihatan bermasalah dengan orang-orang kanannya lebih-lebih lagi dengan Chua Soi Lek, malah dikatakan tidak bersedia sepenuhnya untuk menerajui parti politik kaum peniaga itu.
Difahamkan juga Chua Jui Meng bekas menteri kesihatan tidak sehaluan dengan presiden MCA sekarang dalam banyak hal. Belum lagi mereka yang menentangnya secara senyap.
Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang dikatakan memakan belanja RM4.6 billion bakal menghancurkan masa hadapan politik beberapa pemimpin MCA. Adakah Tee Keat akan terheret sama.
Isu terbaru iaitu derma RM10 juta dari Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing, walaupun dinafikan oleh Tee Keat ada menerimanya, sudah pasti membuka tajuk baru polemik dalaman parti MCA biarpun menerima campur tangan Timbalan Presiden UMNO.
Saya selalu menjangkakan bahawa kaun Cina merupakan politikus dan pemerhati politik yang baik buat masa ini. Keputusan pilihanraya kedua belas membuktikannya.
Apakah MCA akan berjaya mengadakan pilihan baru kepimpinan dalam partinya. Ramai yang menjangkakan jika ini berlaku, presiden berusia 53 tahun ini tidak akan bertahan lama.
Apapun, Tee Keat perlu membuka langkah kearah perdamaian yang lebih positif sebelum kaum peniaga menjualnya keluar dari parti MCA atau stidak-tidaknya dari senarai kepimpinan mereka.
Api perkelahian di dalam MCA masih menyala walaupun peralihan kuasa sudah berlalu. MCA juga kelihatan seolah-olah belum berhenti berperang sesama sendiri.
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/17/2009 09:29:00 AM
1 comments
Labels: politik
Saturday, August 15, 2009
SPRM, Polis kelas tiga, sembang macam kelas pertama
Dulu Tun Mahathir kata Anwar Ibrahim mencederakan diri sendiri ketika di dalam tahanan. Zaman reformasilah masa tu.
Kasihan Rahim Noor yang tension mengawal Kuala Lumpur. Dia takut golongan reformasi bakar Seri Perdana. Apabila Anwar ditangkap, dia belasahlah.
Jiran-jiran Rahim... Apa habaq Rahim sekarang ?
Kes Beng Hock pula - Forensik Malaysia buat kerja macam tahi kucing. Pergi siasat kes yang melibatkan negara. Kes yang melibatkan perhatian dunia.
Peralatan yang dibawa tidak cukup. Lepas tu buat macam-macam andaian ikut kepala dia sendiri.
Sama dengan pegawai penyiasat polis dan SPRM. Cara kerja 'kelas tiga' . Sembang hebat, mahu kelas pertama.
Musa Hassan dan Ahmad Said Hamdan, apa habaq ? Makan gaji yang rakyat tidak halalkan buat apa ? Tak malukah ?
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/15/2009 07:38:00 PM
0
comments
Labels: undang-undang
Friday, August 14, 2009
Hj Mahfuz : Malaysia tempat ke 9 di dunia kes H1N1
Ahli palimen Pokok Sena merangkap Naib Presiden PAS Malaysia, Dato' Hj Mahfuz Omar meminta Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abd Razak meletakkan jawatan kerana tidak tahu apa yang harus diutamakan terutama sekali dalam kes penularan wabak H1N1 di Malaysia.
Mahfuz kesal dengan sikap Perdana Menteri yang tidak memberikan respon terhadap cadangan supaya mengadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan penularan wabak bahaya itu.
Malaysia menduduki tempat ke sembilan (9) di dunia dengan kematian 56 orang setakat ini.
Bagi saya, ianya bukan setakat itu sahaja. Bahkan sangat-sangat memalukan kerana kita mempunyai Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan yang bebal, lambat bertindak dan sangat berahi dengan publisiti murahan di awal penularan kes Influenza A(H1N1).
Jika beginilah cara bertindaknya Kementerian Kesihatan yang sejak dahulu lagi mempunyai cukup banyak masalah, kita khuatir anggaran kematian yang dijangkakan oleh bad
an kesihatan sedunia bagi Malaysia akan mencapai sasaran 5,000 hingga 28,000 orang.
Rombakan besar-besaran perlu dilakukan terhadap Kementerian yang masih bermenatalitikan penjajah ini. Menteri dan Ketua Pengarahnya perlu meletakkan jawatan.
Cuba bayangkan jika kabinet Malaysia yang dihinggapi penyakit H1N1 ini dan bilangan yang ada tidak sampai 50 orang itu mati, sudah tentu perlu melantik Ahli Parlimen baru membentuk kerajaan Malaysia.
Ini menunjukkan bahawa bilangan 50 orang itu sudah cukup banyak dan mencerminkan kelesuan pemikiran mereka yang menerajui Kementerian Kesihatan.
Atau, nyawa rakyat biasa sudah tidak berharga bagi Najib, kabinet dan Kementerian Kesihatan berbanding nyawa anak-anak menteri, kerabat di raja dan kroni mereka ?
Jika lain-lain kementerian bertindak secara kementerian kesihatan, cubalah bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat Malaysia apabila Kementerian Pertahanan terkejut dan trauma seperti itu dikala negara ini diserang musuh ?
Tidak lagi Malaysia Boleh! Malaysia hancur !
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/14/2009 05:16:00 PM
2
comments
Labels: kesihatan
Thursday, August 13, 2009
Ustaz Asri Rabbani ke rahmatullah
Innalillahi wainna ilahi rajiun
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Takziah untuk Haliza dan anak-anak.
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/13/2009 05:56:00 PM
2
comments
Labels: peristiwa
Wednesday, August 12, 2009
Influenza A(H1N1) : Siapa letak jawatan
Setakat petang tadi, sudah 44 kes kematian akibat Influenza A(H1N1) di Malaysia.
Khabarnya, Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan masih ada. Belum letak jawatan lagi.
Di Malaysia, bila dah naik, baik politikus atau pentadbir awamnya, nak turun cukup susah.
Gam gajah lagi boleh lekang, tapi mereka ni muka tak malu.
Simptom H1N1:
1. Demam panas yang mendadak >38°C
2. Batuk
3. Sakit kepala
4. Sakit-sakit badan
5. Sakit tekak
6. Letih dan lesu
7. Muntah dan cirit-birit
(Info : Malaysiakini)
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/12/2009 08:04:00 PM
0
comments
Labels: kesihatan
Tuesday, August 11, 2009
Dera kanak-kanak : Manusia bertopeng
Teringat kisah beberapa tahun yang lalu, ketika bertugas di Ipoh Perak.
Tersentak melihat bagaimana dua kanak-kanak perempuan didera dengan teruknya oleh ibu kandung dan lelaki simpanannya.
Ketika sampai di tempat kejadian, darah yang banyak mengalir. Basah juga pakaian mereka.
Kanak-kanak ditinggalkan. Ibu dan lelaki simpanannya tidak ada di tempat kejadian.
Bersama jiran tadi telah membawa kedua mereka ke Hospital Besar Ipoh.
Keesokkan paginya menerima panggilan telefon dari hospital tersebut mengatakan bahawa salah seorang kanak-kanak telahpun meninggal dunia.
Ketika menunggu untuk dibedah siasat, saya bersama beberapa kakitangan ke bilik tempat terbujur kakunya jasad anak kecil berusia lingkungan lapan tahun itu.
Baru semalam berbual memujuknya, mententeramkan kedua mereka – hari ini sudah tiada.
Takdir Allah menentukan semuanya tetapi cara ia terbunuh dengan kejam, seperti tidak dapat diterima.
Pengalaman secara terus berjumpa binatang bertopengkan manusia beberapa minggu selepas kejadian merealisasikan bahawa ibu mereka adalah seorang penagih dadah.
Teman lelakinya serupa malah seorang yang gila seks. Dua kanak-kanak menjadi mangsa kejam.
Saya dapat bayangkan apa yang dilalui oleh saudara kandung si mati selepas mengetahui kematian darah dagingnya yang cuma berbeza usia dua tahun dengannya.
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/11/2009 10:24:00 PM
0
comments
Labels: sosial
Najib melambai-lambai di Batu Caves
Apa kata mufti Johor dan mufti Perak. Dulu apabila gambar Anwar di situ, apa yang UMNO dan mufti-mufti tidak kata.
Ada orang kata 'kurang ajar'. Siapa ?
Entahlah !
Ali Rustam tentu hendak tahu, berapa banyak duit diguna untuk meng'ada' dan mentiadakan "Najib" di Batu Caves.
(Gambar : Dari Blog Penarik Beca)
Posted by
AFRAR YUNUS
at
8/11/2009 08:07:00 PM
0
comments
Labels: politik


