Sunday, May 3, 2009

Dr Asri : Rakyat ada hak mengkritik raja-raja


Di dalam Islam tidak ada sesiapa yang mengatasi undang-undang. Seperti kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohamad Asri Zainul Abidin - masyarakat tidak terlepas dari hak untuk dikritik.

Beliau diminta mengulas isu derhaka yang timbul di Perak baru-baru ini.

Perak menjadi perhatian apabila politiknya menjadi kelam kabut akibat pergeseran dua parti politik utama selepas beberapa bulan pilihanraya umum kedua belas Mac 2008 yang lalu.

Malah katanya raja-raja juga tidak terlepas dari kritikan. Rakyat berhak mengkritik raja-raja.

Pemerhati politik berada di dalam kekaburan dan meramalkan banyak perkara di luar jangkaan boleh berlaku. Buat masa ini belum ada lagi hero atau penyelamat yang dapat mengatasi kemelut politik di Perak.

Datuk Seri Nizar Jamaluddin Menteri Besar awal, asal dan dikira sebagai sah dari parti Pakatan Rakyat telah digantikan oleh Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider tersebut, bekas mufti itu juga berkata jangan samakan Melayu dengan Islam. Islam diturunkan untuk seluruh umat dan bukan hanya untuk orang Melayu sahaja.

Setiausaha Per Pengguna Islam sokong ISA

Seperti yang diketahui umum blog ini tidak merestui apa-apa tindakan menyokong tangkapan tanpa bicara seperti yang diperuntukan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Oleh kerana saya adalah diantara mereka yang menyokong perjuangan hak-hak pengguna, tindakan Dato' Dr. Ma'amor Osman Setiausaha dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyokong ISA saya kira sebagai tidak bertamadun.

Justeru, mulai petang ini saya akan ‘buang’kan link Persatuan Pengguna Islam yang saya letakkan diblog saya.

Selagi Dato' Dr. Ma'amor Osman tidak berhenti memperjuangkan ISA, selagi ia tidak berhenti dari Persatuan Pengguna Islam atau selagi ia tidak dipecat dari Persatuan itu – yang mana terlebih dahulu, maka selagi itu saya tidak akan memberikan apa-apa ‘nilai’ terhadap berita persatuan tersebut.

Saturday, May 2, 2009

Israel mahu mengganyang nuklear Iran

Benjamin Netanyahu Perdana Menteri baru Israel memberitahu majalah Atlantic bahawa Israel akan menyerang kemudahan nuklear Iran jika Presiden Amerika Barack Obama gagal melakukannya.

Benjamin seolah-olah meletakkan Obama dalam tekanan. Katanya, "bertolak ansur Obama dengan Iran dihormati tetapi jika ianya mengambil masa, kami terpaksa melakukannya sendiri. Tiada pilihan lain kecuali menghancurkannya".

IAEA mengesahkan keupayaan Ira
n membina nuklear bagi tujuan peperangan masih jauh untuk dicapai.

Namun bagi Israel, provokasinya untuk melihat Amerika dan negara-negara sekutunya menjalankan misi tersebut tidak kira apa kaedah digunakan.

Negara sekecil Israel melompat-lompat dihadapan muka pemimpin bangsa Arab seolah-olah tikus melompat dihadapan kucing yang tidak bergigi.

Sesungguhnya pemimpin bangsa Arab perlu menjaga Israel agar istana, kedudukan, kewangan dan kuasa mereka yang selama ini digunakan untuk berfoya-foya tidak diganyang Netanyahu.

Ahmadenijad Presiden Iran bukanlah dari kalangan pemimpin-pemimpin 'haprak' negara-negara bangsa Arab itu.
(eramuslim)