Saturday, November 17, 2007

Kita Sokong Siva SUHAKAM

Semasa mula-mula memegang jawatan Presiden CUEPACS, N. Siva Subramaniam diharapkan dapat membawa perubahan di dalam kesatuan sekerja yang terbesar itu.

Ketika di bawah kepimpinannya, banyak tuntutan kesatuan itu dikatakan tertangguh dan memerlukan tindakan segera.

Saya difahamkan, dalam beberapa road-show ke Perlis, Kedah, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri yang lain, anjuran CUEPACS di bawah kepimpinan barunya Saudara Omar Osman, banyak rungutan yang dikemukakan ahli CUEPACS terutama sekali tentang Siva.

"Jangan jadi macam Siva sudahlah. Sudah dapat Dato', dia sudah bernada lain..." kata mereka mengingatkan Presiden baru kesatuan yang mereka menjadi ahlinya .

"Dulu kita sokong Siva SUHAKAM ini. Lepas tu lain macam pula dia" merungut mereka lagi.

Terkini, apabila Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak agar Pesuruhjaya Suhakam, Dato’ N. Siva Subramaniam meletakkan jawatan daripada suruhanjaya tersebut berikutan kenyataannya bahawa polis tidak menggunakan kekerasan dalam perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 November lalu membuatkan ramai yang teringat akan gelagat Siva semasa memimpin kesatuan sekerja tersebut.

Kata mereka lagi, "Orang macam Siva tidak sepatutnya berada di dalam satu organisasi yang menuntut keadilan dan menjadi orang tengah. Lebih-lebih lagi SUHAKAM. Dia ini senang berubah mengikut selera".

Tuesday, November 13, 2007

Adakan BERSIH serentak di beberapa lokasi

Agenda pertama BERSIH telah diadakan dengan jayanya pada 10 November 2007. Isu berapa ramai yang terlibat dalam perhimpunan itu adalah soal kedua. Jika ditanya kepada Zainuddin Maidin, sudah tentu dia akan mengatakan, "hanya 400 orang sahaja".

Namun, dalam peristiwa keramat itu, pelapor beritanya bukan dari RTM sahaja. Malah media alternatif dari Malaysia dan dari media antarabangsa termasuk para blogger juga terlibat.

Kini, RTM melalui tv1 dan tv2 saban hari menyiarkan berita , rencana, kupasan dan temubual daripada pelbagai pihak. Hasilnya, orang ramai semakin percaya dengan kecacatan maklumat dan masej yang ingin disampaikan. Masyarakat semakin nampak betapa pembohongan yang dilakukan oleh RTM.

Hatta, menteri bengap politik dari UMNO, Nazri Aziz dan menteri mangkak realiti kehidupan dari parti yang sama, Zainuddin Maidin didapati gagal mempromosikan demokrasi ala Malaysia. Lantaran penyiaran Al Jazeera juga cuba dikawal mereka.

Masyarakat Malaysia semakin gelisah dengan kenaikkan harga barang-barang. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan oleh Menteri Penggunanya yang gemar berpidato seorang diri di hadapan cermin.

Ramai yang sependapat dengan cadangan Anwar Ibrahim agar agenda kedua BERSIH hendaklah menghimpunkan lebih ramai manusia bukan sahaja dalam menuntut pilihanraya yang bersih malah melahirkan ketidakpuasan tentang kenaikkan harga barang-barang, peningkatan kos sara hidup, pembasmian rasuah dan sebagainya.

Mereka juga mencadangkan agar perhimpunan kali ini dapat diadakan serentak di beberapa buah negeri. Biarlah Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Terengganu dijadikan sasaran berikutnya.

Selama ini beribu masalah dibangkitkan. Namun lena PM Malaysia sedap seperti itu juga. Tiba-tiba apabila terhidu gelombang kuning, penasihatnya yang juga menantunya, Khairy Jamaluddin orang pertama yang bersuara dalam Perhimpunan UMNO meminta pihak Polis menyekat aktiviti murni BERSIH.

Selepas dua hari menantunya yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan yang seolah-olah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa termasuk PDRM, maka bersuaralah pula PM yang serba tidak tahu ini.

Rupa-rupanya ada ubat untuk membuka mulut PM Malaysia yang selama ini digelar dan dianggap sebagai 'bisu'.

"Perhimpunan dan luahan hati" berpuloh ribu manusia merupakan ubat mujarab yang ada pada rakyat untuk memulihkan minda kabinet PM Malaysia yang 'mangkak' itu.

Pada hemat saya, Musa Hassan Ketua Polis Negara cukup bimbang dengan risiko yang bakal diterimanya jika dia melaksanakan arahan membabi buta KJ dan budak-budak di tingkat empat dalam isu seperti ini.

Atau, menimbang-nimbang perlukah arahan diterima daripada orang yang pantang dicabar demi melingkupkan masa depannya di hadapan rakyat.

Sudahlah Rahim Noor bekas KPN meninggalkan perkhidmatan Polis Malaysia dengan begitu hina. Apakah Musa ingin mengulangi kejelekkan tersebut ?

Biar siapa jua memberikan arahan. Baik PM atau menantu PM.

Perhimpunan yang dibenarkan undang-undang tidak sepatutnya menjadikan Musa dan PDRM sebagai kambing hitam PM dan menantunya.

Mana ada catatan sejarah tamadun bangsa dan negara yang menyatakan, 'kebangkitan rakyat telah dimusnahkan oleh pemerintah dan bala tenteranya".

Untuk sementara waktu memang ada, tetapi bukan untuk selama-lamanya.

Saturday, November 10, 2007

10-11: Tahniah, Ada Ubat Untuk Mulut PM Malaysia

Wah ! Hebatnya pecinta demokrasi di Malaysia. Akhirnya mereka berjaya melakukannya.
Tahniah, BERSIH.
Tuntutan BERSIH hanyalah supaya pilihanraya secara bebas diadakan di Malaysia.

gambar:detikdaily

Pasti ! Sudah ditemui ubat pembuka mulut PM Malaysia sekarang.

Lihat di sini dan di sini.

Friday, November 9, 2007

Akibat Gelombang Kuning, Si Bisu Boleh Bersuara

Gelombang Kuning - 17 jam dari sekarang.

Kesan pertama gelombang, si bisu dan kaki tidur boleh bersuara.

"SAYA PANTANG DICABAR...."

Sistem negara dimakan anai-anai

Apakah yang tiba-tiba mengejutkan BPR dari lena mereka. Adakah sebelum pilihanraya ke 12 ini, tangan-tangan ghaib sudah bersedia untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih kronik ? Isu yang rakyat dan negara sedang hadapi.

Saya tidak menyebelahi kakitangan kerajaan yang sedang dikejar BPR selepas pendedahan penyelewengan yang dilakukan mereka oleh Ketua Audit Negara. Namun, mustahil tidak ada seorangpun Ketua Setiausaha kementerian dan Menteri kementerian tertentu yang terlibat dalam skandal seperti yang didedahkan.

Seperti kata Ezam Mohd Noor, sekurang-kurangnya seorang Menteri Besar dan seorang menteri sepatutnya sudah diambil tindakan oleh BPR walaupun pada hemat Ezam mereka empat orang kesemuanya.

Perhimpunan Agong UMNO yang sedang berlangsung sekarang ini menjadikan kakitangan kerajaan sebagai kambing hitam. Apa tidaknya ? Pembahas-pembahas politik UMNO yang menganggap diri mereka maksum menghentam kakitangan pentadbiran awam dari pelbagai sudut setelah kaki, tangan dan mulut kesemua pentadbir awam diikat.

Ramai yang beranggapan, segelintir pembodek-pembodek parti dari kalangan kakitangan awam juga terpalit dengan lontaran isu pembahas-pembahas yang ‘bersih’ ini.

Di Malaysia, hanya dua golongan sahaja yang ada kekebalan dari segi undang-undang 'rimbanya'. Pertama, poitikus yang memerintah dan kroni mereka. Kedua, wartawan media perdana yang membodek parti pemerintah.

Politikus di Malaysia seolah-olah sudah tidak lagi mengenal jalan kebenaran. Bagi mereka matlamat boleh menghalalkan cara. Golongan kedua, iaitu wartawan media perdana yang saya kira sebagai ‘tikus’ kerana berani menudung sajikan fakta sebenar isu-isu semasa demi mengejar sesuap nasi untuk diri sendiri dan untuk anak isteri mereka.

Bomoh-bomoh politik ini yang cuba mengalihkan isu sebenar kepada pihak lain sudah tentu sedar akan tindakan tidak bertamadun mereka Baik dari segi agama dan juga moral.

Sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara yang kaya. Namun, kekayaan negara sedang di 'ratah' dan dinikmati oleh segelintir orang sahaja.

Pagar-pagar keselamatan yang diharapkan untuk menjaga kemakmuran rakyat seperti PDRM dan BPR sudah gagal berfungsi kerana sistem dalamannya sendiri yang sedang bermasalah.

Untuk mengubah dan menggantikan sistem sediada, rakyat terutama sekali orang Melayu penyokong parti pemerintah perlu mewujud dan membangkitkan kesedaran minda demi mewarnakan semula hasrat pembangunan, keharmonian dan pengisian kemerdekaan.

Kita ambil sahaja satu masalah diantara banyak masalah yang sedang mengelilingi dan menekan setiap penduduk di bumi Malaysia. Masalah ini mengakibatkan keresahan dan kesengsaraan kepada masyarakat. Faktor itu adalah 'cengkaman' hasil kenaikkan harga barang-barang yang mengakibatkan meningkatnya kos sara hidup. Nilai pendapatan harian, bulanan dan tahunan semakin mengecut.

Adakah sehelai batik, sekampit beras, sekilo gula dan sekali lawatan sambil belajar dapat menggantikan cengkaman yang kian menghimpit?

Berbanding dengan gaji Pak Lah yang hampir mencecah RM60,000.00 sebulan. Bandingkan gaji menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, Menteri Besar dan sebagainya yang berpuloh ribu sebulan. Ini termasuk elaun-elaun lain termasuk elaun pengerusi di sana-sini. Apa yang mereka tahu dan apa yang mereka dapat merasakan tentang kenaikkan kos kehidupan rakyat biasa ?

Memang terkaman ekoran terkejutnya singa yang sedang tidur tidak dapat dielakkan. Tetapi , adakah perlu membiarkan mereka yang mengejutkan singa tidur itu terlepas begitu sahaja?

Atau, mereka ingin melihat anai-anai memamah sistem negara ? Seperti dikeritnya kaki kerusi Nabi Allah Sulaiman.

Untuk berapa lama lagi perlu kita tunggu ?

Pilihanraya sudah dekat. Dakwaan UMNO bahawa hanya konsep Barisan Nasional sahaja dapat memakmurkan negara adalah karut. Kenapa agaknya Amerika, India, Russia, Thailand, Singapura, England dan lain-lain rakyat dan negara di dunia ini boleh hidup tanpa UMNO dan Barisan Nasional ? Adakah wujud UMNO dan Barisan Nasional di sana ?

Jika adapun sistem seperti itu dahulu, ianya telah dimakan anai-anai dan sudah tiada nisannya. Hanya Malaysia dikira lubok terakhir sistem seperti itu.

Perlukah kita membiarkan sahaja semua ini berlaku. Buatlah apapun, bagi ahli kepada parti politik pemerintah dan kroni mereka serta pendokong media arus perdana nampaknya tidak memberikan apa-apa kesan. Bagi PDRM dan BPR pula, apakan daya untuk menjeling apatah lagi untuk bertindak terhadap anai-anai sejenis dengannya.

Thursday, November 8, 2007

Angka Sawan Azimi Daim dari Kedah

Wakil Kedah di perhimpunan Agong UMNO , Azimi Daim dan 'angka- sawan'nya.

Hebat !

Tanpa angka RM RM RM RM boleh jadi sawan. Epilepsy ?

Wednesday, November 7, 2007

KJ : Hentikan Perhimpunan Monyet Jalanan (Bersih)


KJ mahu Perhimpunan Rakyat pada 10 November 2007 ini dihentikan.

"Jangan jadi seperti monyet jalanan..."katanya.

Apakah ini bermakna sudah ada lampu hijau dan arahan kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, PDRM dan segala jentera kerajaan bahawa menantu negara mahu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di'tiadakan'.

Jika berlaku, ini merupakan satu perhimpunan rakyat yang bakal mencatatkan sejarah di Malaysia. Perhimpunan yang dijangka akan dihadiri oleh 100,000 manusia dari pelbagai pelusok tanahair.

Semoga luahan hati rakyat Malaysia dapat direalisasikan.

Monday, November 5, 2007

Hospital Alor Star mengaku buang jari kanak-kanak

Nah ! Apa kata Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star.
Mereka mengaku silap membuang jari kanak-kanak ke dalam mangkuk tandas.

Kita tunggu dan lihat, apakah tindakan terhadap kakitangan berkenaan yang lebih kuah dari sudu itu.

Tanpa tindakan, kakitangan hospital di seluruh Malaysia tidak akan serik. Setiap hari ada saja pesakit yang didera dan dimangsakan.

Apakah ini bukan penderaan mental ?
(Klik di keratan akhbar untuk membaca)

Sunday, November 4, 2007

Kakitangan Kem Kesihatan Mendera


Apa kata Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah ? Apa pula komen Pengarah Kesihatan Negeri Kedah ?

Buang jari dalam tandas

OMAR OSMAN
am@hmetro.com.my
SUNGAI PETANI: Seorang ibu kesal dengan tindakan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang didakwanya membuang hujung jari telunjuk tangan kiri anaknya yang terputus ke dalam mangkuk tandas, kelmarin.

KP Kesihatan Ismail Merican... anda apa khabar ? Ada apa-apa komen?

Selagi anda mengambil sikap bisu, pekak dan buta, selagi itulah masalah penderaan seperti ini akan berleluasa.

Apa tindakan anda ?

Tahniah kepada Menteri Kesihatan Malaysia Chua Soi Lek kerana disebalik setiap aduan kes ada sepuloh kes yang tidak mengadu. Betulkah andaian ini Chua ?