Friday, August 22, 2008

Kenapa Abdullah naik rel


KUALA LUMPUR 21 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak berpuas hati dengan perkhidmatan rel di ibu negara dan mahu tindakan segera diambil untuk memperbaikinya.
(Utusan Malaysia).

Dengan tak semena-mena Abdullah kerabat rel komuter dan LRT. Kenapa ?

Ada beberapa sebab agaknya. Sudah tentu dengan ketidakpuasan hati memanda perdana menteri dengan sistem pengangkutan tersebut, sesuatu perlu dilakukan. Diantaranya, anugerahkan projek baru di atas nama memperbaiki sistem pengangkutan awam.

Siapa yang bakal menerima habuan ini ?

Beberapa bulan yang lalu, wang RM4 bilion dikhaskan untuk tujuan tersebut dan dengan alasan supaya rakyat tidak mengalamai kepayahan namun hasilnya 'tak nampak apa-apapun'.

Selepas ini saya mencadangkan agar Abdullah cuba menaiki bas awam, ke hospital-hospital kerajaan yang sudah dilupakan oleh wakil rakyat BN untuk menilai sendiri 'kecanggihan perubahan' di sana, ke pejabat-pejabat kerajaan yang seperti pasar dan beberapa agensi lain.

Tindakan luar biasa Abdullah mesti ada udang di sebalik batu.
(Foto:Utusan Malaysia)

1 comment:

Anonymous said...

kita rakyat memang selalu terpaksa membayar harga yang mahal bila mengunakan kemudahan yang dibina dgn duit rakyat, yang kaya depa yang merana kita. renung-renungkanlah jawapan CEO ERL tentang harga tambang ERL yang teramat mahal dan kemudahan yang ada tidak dapat dimanfaatkan oleh kebanyakan rakyat. hanya orang tertentu saja yg mampu itupun setengahnya terpaksa berkoraban makan tengahari kerana terpaksa.

Renung-renungkanlah kenyataan berikut daro CEO ERL yang bergaji besar:

Pertama sekali pihak Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) selaku pengendali perkhidmatan tren KLIA Transit ingin mengucapkan terima kasih atas maklum balas yang diberikan berhubung kadar tambang baru kami. Kami menghargai keprihatinan dan pandangan yang diberikan, dan mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membuat penjelasan.

Untuk makluman, kadar tambang kad perjalanan bulanan sememangnya telah diberikan kadar diskaun yang tinggi untuk sektor tertentu walaupun dengan kadar tambang baru ini. Sebagai contoh, diskaun yang diberi adalah 50% berbanding kadar tambang sehala biasa untuk sektor perjalanan dari KL Sentral ke Putrajaya. Harga tambang kad perjalanan bulanan sepatutnya dibandingkan dengan harga tiket penuh [apabila membelinya pada masa perjalanan].

Pihak ERL tidak dapat berterusan untuk menampung kadar diskaun yang begitu besar untuk pemegang kad perjalanan bulanan KLIA Transit pada tahap kadar tambang yang lama, oleh sebab itu sedikit kenaikan harga adalah perlu. Kenaikan harga yang terakhir dibuat dua tahun yang lepas dan sejak dari itu kos operasi dan penyelenggaraan secara keseluruhannya telah meningkat dengan besar.

Pihak kami sedar bahawa tujuan asas pembinaan kemudahan pengangkutan awam adalah untuk kebaikan pengguna awam tetapi sebagai sebuah entiti perniagaan terdapat faktor lain yang perlu diambil kira bagi memastikan kesinambungan perniagaan tersebut. Dalam keadaan kos pengendalian yang semakin meningkat, satu cara bagi sebarang syarikat pengangkutan awam untuk terus memberikan kadar diskaun yang tinggi adalah melalui pemberian subsidi kadar tambang oleh pihak kerajaan, yang mana tidak berlaku pada ketika ini. Langkah kenaikan harga bermula dari 01 Julai 2008 dibuat setelah mengambil kira faktor-faktor tersebut dan juga sejajar dengan tahun kewangan syarikat yang baru.

Kami percaya bahawa bagi pengguna yang tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja di Putrajaya, kadar tambang baru ini masih lebih murah jika dibuat perbandingan dengan memandu kenderaan sendiri yang melibatkan kos seperti petrol, tol dan kos penyelenggaraan. Tambahan pula dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan seperti ketepatan masa, keselesaan dan ciri keselamatan, harga yang dikenakan kepada pengguna adalah amat berpatutan.

Seperti yang dinyatakan di atas, pihak ERL akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada kadar yang berpatutan. Justeru itu untuk makluman, pintu kawalan automatik yang baru akan dipasang di stesen-stesen yang mempunyai aliran pengguna yang tinggi seperti stesen KL Sentral, Putrajaya dan KLIA. Pintu automatik baru ini adalah berbeza dengan pintu automatik yang sedia ada kerana ia berupaya untuk menerima aliran pengguna yang tinggi dalam masa yang lebih pantas. Kami menjangkakan ianya akan dipasang dalam tempoh beberapa bulan bergantung kepada penghantaran dari pembekal.

Pada hakikatnya, kami hanya mengurangkan diskaun yang diberikan kepada pemegang kad perjalanan bulanan. Harga pakej ini adalah jauh lebih rendah daripada harga biasa.

Pihak ERL menghargai sokongan yang telah diberikan oleh pengguna selama ini dan berharap akan terus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna.

Salam hormat,

Dr Aminuddin Adnan
Ketua Pegawai Eksekutif
Express Rail Link Sdn Bhd