Sunday, January 2, 2011

Surau dan masjid Selangor : Tak pakai baju dan seluar dalam ?

Ada kawan-kawan bertanya, jika memakai pakaian luaran tetapi tidak memakai baju dalam atau seluar dalam, seseorang itu boleh tak berada di perkarangan surau atau masjid di Selangor?

Kasihan YB Ahli Parlimen Serdang.

Tidak sahaja yang bukan Islam, penganut Islam pun tertanya-tanya dengan 'ajaran baru' Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ni.

Eloklah JAIS keluarkan panduan dan peraturan supaya kekeliruan masyarakat dapat diatasi.

Setelah 1432 tahun, Islam kelihatan semakin bercabang. Tak salah jika ada masyarakat antarabangsa yang melihat Islam sebagai membimbangkan.

Saya teringat sekitar tahun 1970-an dan 80-an. Ramai pelancong wanita yang masuk ke dalam Masjid Negara di Kuala Lumpur dengan pelbagai fesyen pakaian mereka.

Beberapa bulan yang sudah, saya melihat senaman Tai Chi dilakukan oleh masyarakat wanita Melayu di perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Apa yang kita tahu, Islam telah berada di seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia. Islam adalah satu tamadun yang cukup tua. Sama tuanya dengan kewujudan manusia.

Entahlah. Adat mahu dijadikan agama atau agama mahu dijadikan adat.

Jangan menjual beli agama kerana politik sudahlah.

Nik Aziz pertahan Teo senamrobik di masjid
Jabatan Agama paling corot dalam perkhidmatan awam

8 comments:

DR 1221 said...

salam

ini bukan soal adat, ini soal agama.

kenapa dulu pas tak berdakwah ? baru sekarang nak berdakwah atau nakkan undi ? cuba realisitik sikit.

janganlah ada kelonggaran terhadap agama semata2 untuk mengambil orang lain.

pisangmalaysia said...

halo Dr..

Lu punya title Dr tapi komen macam Dr.cucuk lengan sendiri je. Apa lu ingat dakwah tu oleh org PAS sahaja ka? Bukan ke kewajipan semua orang?, terutamanya pihak yang mempunyai kuasa? Siapa yang berkuasa di Malaysia lebih 50 tahun...kah kah kah ...Geli hati kambing...Dr ni salah platform, politik itu hanya satu pendapat, bukannya tempat cari makan..lu silap la doktor...(psss--lu minat KTM(Kuda,Toto, Magnum) ka Dr?Cantik Avatar tu..he he

- gua?petani sekolah bawah pokok jer.

Stone525i said...

DR 1221,

ya ini bukan soal adat, ini soal agama, saya setuju.

Nak realistikkan? Kenapa YB Teo masuk masjid tanpa menutup aurat bising 1Malaya tapi bila bini najib yang katek tu juga masuk masjid tanpa menutup aurat siapa pun tak bising??

Anonymous said...

UMNO ajar Jabatan Agama, amalkan seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

aidono said...

Syabas pisangmalaysia. jawapan padat dan tepat utk dr cucuk lengan sendiri. Title dr tu berapa ringgit ekk?

Siti Asmah said...

Saya tanya cucu ulama UMNO Abdullah Badawi, rogol orang bolehkah. Mana blogger UMNO. Mana Mufti, mana Ustaz mana Majlis fatwa ? India masuk masjid boleh, Cina tak boleh.Jika tak boleh berikan pandangan, itu sebabnya orang ramai kata Mufti, Ustaz haramjadah.

kulatlapok said...

sALAM TUAN MACAMANA TENTANG YG INI....SILA KLIK DIBAWAH http://kulatlapok.blogspot.com/2011/01/isu-aurat-ustaz-jamil-khir-baharom-yg.html

Tun M (J) said...

Salam Tuan
Ibarat bapa yang kurang didikan agama mengajar anak melalui kefahamannya tanpa mengambil kira ajaran sebenar. Itulah Jamil Khir Baharom. YB serdang tidak boleh pakai pakaian sukan. Isteri Jamil, isteri Najib dan isteri menteri-menteri bersukan macamana. Kita tunggu dan lihat.