Tuesday, June 29, 2010

Saman trafik : Rakyat didahulukan

Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyaman pemandu-pemandu mula menimbulkan keresahan.

Ada yang memberitahu bukan kesalahan terbaru sahaja yang PDRM saman malah kejadian empat atau lima tahun dahulu dikorek dan dibawa ke hadapan.

Tiada potongan diberikan ketika hendak membuat bayaran.

Bila sudah bayar di kaunter bayaran saman PDRM, pemandu yang disenarai hitam masih belum dapat berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan cukai jalan.

Ramai yang merungut. Ada yang mengambil masa empat atau lima hari untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kata mereka, PDRM pandai menyaman tetapi tidak cekap dalam urusan perkomputeran bagi membatalkannya sesudah bayaran dilakukan.

Orang kampung pula menuding jari ke arah Najib Razak. Ada yang marah-marah mengatakan pilihanraya sudah dekat. Kerajaan Barisan Nasional kurang wang.

PDRM digunakan untuk memenuhi hasrat Perdana Menteri - rakyat didahulukan.

Entahlah. Apa guna saman yang bertahun kebelakang didahulu dan diutamakan !

Bukankah mahkamah pernah membuat keputusan bahawa saman ekor tidak sah ?

Jangan-jangan jadi macam judi sukan. Lontar isu dan tarik balik atau kurangkan kadar saman.

Maka Najib, Umno dan BN akan dipuji.

3 comments:

Luahan rasa said...

saya juga salah seorang mangsa saman ekor.yang peliknya tahun lepas semasa nak memperbaharui cukai jalan,saya tak mengalami apa2 masaalah.tapi bulan ni bila nak buat urusan yang sama saya diberitahu ada enam saman yang harus dijelaskan.salah satunya saman pada tahun 2008.yang peliknya kalau saman tu dikeluarkan pada 2008,mengapa jun 2009 semasa nak baharui cukai jalan saman tu belum dikemaskinikan.mengapa ambil masa yang terlalu lama.....sampai dua tahun.kalau difikir2kan,betul juga apa yang anda tuliskan ini.semakin hari semakin jadi carca marba undang2 dinegara kita.

Anonymous said...

hehehe... saman ekor yang lama tu, betul ke?? entah-entah saman tu tak wujud pun, sengaja diada adakan tak... nak buat camno... tak bayar tak bergerak... hmm... bayar je la..

Jahannam najib said...

Yang peliknya Polis bertindak seolah-olah ketua bagi rakyat di Malaysia.