Friday, May 14, 2010

Wajarkah DUN Kedah dibubarkan

Manafaatkah Dewan Undangan Negeri Kedah dibubarkan?


Bagi kerajaan PAS ia boleh membawa masalah besar padanya manakala bagi Barisan Nasional setidak-tidaknya ada sedikit keuntungan politik menyebelahinya.

PKR pula seperti melukut ditepi gantang. Lebih-lebih lagi calonnya yang menjadi 'Bebas'. Mereka bukan sahaja tidak akan memperolehi apa yang dikejar, malah akan keciciran apa yang dikendung.

Buat masa ini DUN Kedah mempunyai 36 kerusi. PAS 16, PKR 3, DAP 1, BN 14 dan Bebas 2 kerusi.

Bermakna Azizan Razak perlu melipat gandakan usahanya menlingkungi apa yang sudah ada. Memperbaiki beberapa kelemahan pentadbirannya yang memang kelihatan ada.

Saya yakin ADUN PAS langsung tidak terlibat dalam khabar angin mengkhianati amanah rakyat dengan melompat parti. Biarkan Zulkifli Noordin, budak Baling yang mewakili Parlimen Kulim dengan jeritan politik hangitnya.

Orang yang tidak kukuh asas pendiriannya itu mungkin pula dibiayai oleh Najib Razak untuk memburukkan kerajaan Kedah sepertimana pengakuannya ia ditawar cukup lumayan untuk mengaibkan Najib Razak suatu ketika dahulu.

Apa yang saya yakin dia sudah mengetuk pintu kehancuran masa hadapan politiknya sepertimana Bashah Hanipah yang sudah gagal di Kedah.

Ketika ini, membubarkan DUN Kedah hanya akan merugikan kerajaan sedia ada.

Ia sesuai dilakukan apabila keadaan sudah mendesak. Namun keadaan mendesak ini hanya kelihatan diwajah-wajah Bashah dan Zul sahaja.

Kata peribahasa, hati orang yang bodoh itu dimulutnya dan lidah orang yang cerdik itu dibelakang hatinya.

Seorang dikatakan 'gila' menjadi Menteri Besar walaupun UMNO dahulu sudah berkali-kali menolaknya dan seorang lagi mahu kelihatan sebagai penyelamat UMNO di dunia sebelah utara semenanjung biarpun reputasinya sendiri dalam parti Melayu itu tidak seberapa.

2 comments:

azmie said...

dgn issue yg ada, mungkin sekarang masa yg paling sesuai utk bubarkan dun. tapi sanggup ke bn nak pilihanraya? kaki kipas umno di kedah mmg pandai bercakap, tapi yang nak menanggung nanti bos depa di kl tu. dengan 6 prk dah brp juta duit hangus? jgn lupa sabah & sarawak belum buat pilihanraya dun lagi. kecualilah najib mmg tak dak akai sungguh, mungkin dia seronok kalau kedah bubar dun.

Anonymous said...

Hampa citer apa ni...pandangan saya yang tengah dok belengaih luar dalam la ni geng-geng hampalah...pandai kata main politik ja..tapi nasib pembayar cukai masih terhegeh-hegeh hampa tak ambik kisah...