Friday, December 25, 2009

Keluarga MB Kelantan mencetuskan malu pada PAS


Waktu Ariffahmi mahu dilantik menjadi orang besar Perbadanan Menteri Besar Kelantan, tidak ada sesiapa yang menasihati Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besarnya supaya tidak berbuat demikian.

Ini termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri yang ada pengetahuan tentang undang-undang.

Itu seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Kelantan. Bermakna MB itu tidak sedar kemungkinan boleh berlakunya conflict of interest.

Namun sejak isu ini tercetus, bukan seorang malah terlalu ramai yang menasihatkan MB Kelantan itu termasuk menasihati menantu kesayangannya Ariffahmi agar segera meletakkan jawatannya di perbadanan yang diketuai oleh mertuanya.

Perbadanan tersebut bukan milik individu mertua Ariffahmi tetapi adalah milik rakyat.

Siapalah Hj Mahfuz Omar, Pemuda PAS dan penasihat-penasihat lain dihadapan Ariffahmi dan Nik Amalina (gambar di atas).

Masuk angin keluar asap. Masuk telinga kiri keluar ikut telinga kanan. Mencurahkan air didaun keladi. Bikin tak serupa cakap. Dua kali lima dengan UMNO dan BN - sesuai agaknya ?

Nampaknya, sesudah dinasihati oleh orang dalam dan di luar parti, kasih sayang Nik Aziz kepada Ariffahmi suami kepada Nik Amalina Nik Abd Aziz mengatasi prinsip perjuangan demokrasi apatah lagi prinsip yang kononnya PAS perjuangkan.

Sudah pasti 2010 akan membuka tirai dengan bahan jenaka Ariffahmi, Nik Aziz, Nik Amalina, demokrasi dan Islam ala PAS.
(Foto:Malaysiakini)

3 comments:

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

mungkin ada hikmah disebalik musibah...mudah2an ada manfaat bersama.

ini tidak bermakna ambil sikap tunggu dan lihat,akibatnya jadilah kaduk naik junjung...

MANSOR JUNUS said...

TGNA adalah pemimpin yang tulus. Melantik menantunya adalah kesilapan yang besar dari mula lagi. membesar2kan ceritanya adalah kebodohan yang kedua. Bukan orang lain yang merosakan Pak Lah, menantunya juga. Awas.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra cicit hj hassan
kita sebenarnya sokong tok guru tetapi kemelut keluarga pasti akan menyusahkan semua pihak. harap-harap selesai segera.
tk sdra

II.salam sdra mansor
lebih baik teguran datang dari dalam. tepaksa menggunakan media (alternatif) juga. jika tidak, ada media perdana lebih hebat membesar-besarkan cerita ini.

tk sdra