Friday, December 5, 2008

Apa kata Tok Guru tentang Tarikat Samaniah

Di Keroh

Pengikut tidak diajar solat batin

Dari : Kosmo

ABDUL LATIFF (kanan) bersama kenalannya melihat laporan akhbar Kosmo! di Kompleks Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu kelmarin.


PENGKALAN HULU (Keroh)- Jemaah Tarikat Samaniah tidak mengajar pengikutnya menghalalkan solat batin atau meninggalkan sembahyang lima waktu.

Menurut Penaung Jemaah Tarikat Samaniah, Datuk Abdul Latif Abdul Rahman, amalan yang diperturunkan oleh pengasas tarikat tersebut, Allahyarham Muhammad Saman Kati tidak pernah mengandungi unsur sedemikian.

"Tarikat Samaniah mendapat kelulusan Majlis Fatwa Negeri Perak selain ia pernah dibentang dan dibincangkan pada Seminar Tasauf Islam anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di Kuala Lumpur pada 1985 lalu.

"Malahan apa yang saya amalkan selama ini tidak pernah menyentuh soal menghalalkan solat batin dan tidak pula mengamalkan apa-apa ajaran lain yang menyalahi hukum Syarak," jelas beliau ketika ditemui Kosmo! di kompleks Pondok Pak Teh yang diasaskannya di Kampung Kuak Hulu di sini semalam.

Beliau menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam keterangan gambar yang disiarkan Kosmo! pada 2 September lalu yang menyatakan pengikut tarikat tersebut menghalalkan solat batin.

Beliau yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perak memberitahu, sepanjang hayatnya, Muhammad Saman sering memperingat dan menekankan kepada pengamal tarikat tersebut mengenai kepentingan ilmu-ilmu tauhid dan fikah.

"Tujuan tarikat ialah membolehkan pengamalnya memperingati Allah pada setiap masa dan bukannya memperoleh kedudukan, pangkat atau selainnya sama ada di dunia atau di akhirat,'' katanya.

Namun beliau tidak menolak kemungkinan ada pengamal yang tidak memahami sepenuhnya ilmu tarikat Samaniah dan terpesong.

Sebagai penaung, beliau sentiasa memantau pusat utama ajaran tarikat Samaniah iaitu di Madrasah Islamiah, Batu 4 1/2, Kampung Pasir, Kamunting kira-kira 120 kilometer dari sini.

"Meskipun saya jarang ke sana, saya akan terus ikut perkembangan ahli kerana tidak mahu ajaran ini disalah tafsir,'' katanya.

12 comments:

Sedang Mencari said...

Patut penaung pun joint lah sekali. Kat area Kuantan pun ada juga khabarnya samaniah ni...Baru tau btul ker tidak...

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
jika ada kelapangan, saya akan cuba dapatkan pandangan pak teh(tok guru) ini. apapun, selamat berblog.

Si Kurap Warisan said...

Assalamualaikum..

Inilah yang dikatakan fitnah.. jelas dan nyata.. yang dilemparkan oleh Pegawai JAIS yang telah gagal menjalankan tanggungjawab di dalam menghuraikan kebenaran amalan Tareqat Sufiah Samaniah dan Naqsyabandiah.. Ke ini telahpun dibicarakan di mahkamah syariah dan didapati tiada bukti yang ada tentang apa yang dilakukan sebaliknya ianya hanyalah fitnah yang diperolehi daripada kata-kata orang.. Malangnya pihak JAIS tidak mengeluarkan nama tareqat ini dalam senarai sebaliknya mebiarkan nama amalan ini tercemar di dada dada akhbar

AFRAR YUNUS said...

salam sdra,
semoga pihak jabatan agama dapat menjelaskan lagi isu ini.

Anonymous said...

Tarikat Samaniah bukanlah amalan yg terpesong..

Pembetulan pada nama Madrasah Tuan Guru Haji Mat Saman, yg sebetulnya ialah Madrasah Islahiah.

AFRAR YUNUS said...

salam hamba allah,
terimakasih.

Syafizul said...

Tarikat Samaniah ini bukan memesongkan akidah umat ISLAM ... Cuma JAIS dan Dato`Rahman palil aje yang buta sejarah ajaran ISLAM ...

Anonymous said...

di manakah salasilah tarekat samaniah yang ada sekarang? cuba terangkan...siapakah yang menjadi mursyid sekarang?

semutar said...

Mohon dijelaskan perkembangan tarekat Samaniah di Malaysia. Kerana saya juga pernah dibaiah oleh tuan Guru Haji Abdul basir bin Khatib Kuang pada 1984.

Anonymous said...

Salam,sy nak bertanya, adakah tariqat sammaniah di perak ini sama walasilah/salasilahnya dgn tariqat sammaniah wa naqsyabandiah yg mana terdapat d pulau meranti puchong selangor?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra yg bertanya,
berikan saya sedikit masa. saya berada di luar. selepas bertemu 'pak teh' saya akan nukilkan di sini.
tk

Anonymous said...

Aslm, saya berminat untuk mengetahui perkembangan tarekat Samaniah di Malaysia. Sila email azmanmajid@hotmail.com