Friday, September 5, 2008

Gerakan akan tinggalkan BN atau ugutan saja ?

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pemangku presiden parti Gerakan yang juga mantan Ketua Menteri Pulau Pinang seolah-olah memberi kata dua kepada BN.

Katanya, sekiranya UMNO gagal berubah, Gerakan akan mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional.

Dari awal lagi Gerakan dilihat sebagai satu pati yang bukan kaki bodek . Pernah satu ketika dahulu saya terbaca kenyataan akhbar pemudanya meminta kerajaan mengkaji sebelum menaikkan kadar tambang haji jamaah Malaysia sedangkan Umno yang mendakwa parti Melayu yang membela Islam langsung tidak memberikan apa-apa reaksi dalam isu tersebut.

Begitu juga Gerakan lantang bersuara dalam isu tol, kenaikkan harga minyak, harga barang-barang makanan dan sebagainya. Berbanding dengan Umno, parti 'mengisi tembolok sendiri' - jauh beza pemikiran kepimpinan Gerakan dengan mereka.

Koh berkata ia tidak akan tergesa-gesa meninggalkan BN . Satu ketika dahulu Koh merupakan anak buah dan anak didik Anwar Ibrahim juga. Sejak kebelakangan ini beberapa kepimpinan parti baik MCA dan Gerakan sudah mula mendekati dan memilih PKR.

Apakah Gerakan juga akan menuju ke destinasi yang sama ?

Menurut laporan Bernama, Koh mahukan perubahan sikap dan pendekatan yang lebih adil dan saksama antara parti-parti komponen di dalam BN.

Koh berpandangan, luahan hati rakyat perlu diutamakan. Katanya, ketidakpuasan sudah mula kelihatan lebih-lebih lagi dari dalam BN sendiri.

Koh melahirkan kebimbangan jika suara-suara yang tidak puas hati itu diabaikan nescaya parti Gerakan akan hanyut satu hari nanti.

BN seperti sudah tidak relevan lagi di mata kaum Tiong Hua. Apakah kata dua Tsu Koon betul-betul akan terjadi atau hanya merupakan satu ugutan untuk dipenuhi tuntutan politik terhadap Abdullah Ahmad dan BN yang dilihat semakin lemah itu ?

No comments: