Jika DUN Terengganu dibubarkan lagi ?
Pilihanraya umum kedua belas membuatkan saya rasa sedikit kesal dengan landasan berfikir pengundi Melayu di Terengganu.
Kenapa ?
Rupanya mereka menongkah arus. Tidak bersama dengan kebangkitan seluruh rakyat
Namun, apakah soal Idris Jusoh atau seperti yang dihebohkan di Terengganu berkaitan Syarikat Jusoh tidak menimbulkan apa-apa hal kepada orang Melayu di Terengganu. Patrick Badawi diibarat seperti kaum keluarga yang mulia atau Robbin Hood agaknya.
Ahh! Apa ada dengan moonsun-cup. Biarlah wang rakyat beratus juta dibelanjakan. Biarlah hasil petroleum hilang dilautan. Asalkan penduduk Terengganu boleh mendapat makanan harian. Begitukah ?
Abdullah seronok Shahidan diperbodohkannya ?
Dahulu, UMNO mengatakan Lim Kit Siang penderhaka. Tidak sampai dua minggu pun selepas itu, UMNO berdiam diri apabila Shahidan Kassim menderhaka kepada istana. Kini, UMNO mengambil tindakan terhadap orang yang taat kepada istana Terengganu. Apakah ajaran yang
Diajaknya sama pihak Polis yang kelihatan dicucuk hidung. Peristiwa Batu Burok diwayangkan sebagai demonstrasi beruk jalanan dan ‘perhimpunan ganas’ yang bukan budaya kita.
Apa kata Musa Hassan Ketua Polis yang dicucuk hidungnya tentang peristiwa tunjuk perasaan di KOMTAR Pulau
Polis menggunakan dua Akta yang berlainankah ? Mungkin Nazri Aziz yang menggelarkan Ahli Parlimen pembangkang sebagai 'wayar putus' mempunyai jawapannya.
Biar Polis
Kemelut politik di Terengganu kini mencerminkan dua wajah. Wajah mana yang kelihatan menyebelahi dan memperjuangkan hak rakyat. Istana ? Tetapi, pastinya bukan wajah Idris Jusoh dan kunco-kunconya.
Apa kata orang Terengganu jika Dewan Undangan Negeri Terengganu ditakdirkan dibubarkan sekali lagi ?
Menongkah arus lagi atau melakar sejarah membuat perubahan.
No comments:
Post a Comment