Tuesday, March 11, 2008

Abdullah Ahmad, letak jawatan dan bawa sama penghisap darah

Abdullah Ahmad tidak seperti Koh Tsu Koon, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang. Koh sanggup meletak jawatan sebagai pemangku Presiden parti Gerakan setelah prestasinya dan prestasi parti Gerakan begitu jijik sekali dalam pilihanraya kedua belas pada 8 Mac 2008. Koh kelihatan seperti bermaruah dalam hal ini.

Abdullah sama perangai seperti Samy Vellu. Setelah orang India Malaysia memberikan markah merah dikad prestasi wakil yang mereka sokong selama ini, wakil yang mereka anggap sama seperti tuhan dan wakil yang sepatutnya membantu mereka, Abdullah dan Samy dengan muka tak malu masih mahu mengekalkan kuasa.

Sikap Abdullah dan Samy di'ciplak' oleh Tajol Rosli, bekas Menteri Besar Perak. ADUN Pengkalan Hulu (Keroh) di kampong saya. Tajol yang saya ibaratkan seperti lalang, entah dimana dia sekarang. Masih menangiskah dia?

Tajol pernah melalui stiausaha politiknya, Hasbullah Othman, marahkan saya kerana surat empat muka saya kepada beliau yang mencadangkan pembangunan di Hulu Perak. Tajol dan Hasbullah masih kekampungan. Tidak dapat menerima pandangan yang bernas.

Saya kurang mengerti kenapa masih ada pengundi di kawasan saya yang mahukan Tajol. Demokrasi agaknya.

Adakalanya saya berfikir-fikir untuk bertanding dalam pilihanraya di tempat saya . Menjadi wakil kepada masyarakat di Hulu Perak terutama sekali di Keroh. Membangunkan minda penghuni kampung’ku’. Membangunkan mereka dari segi kerohanian juga.

Apa kata AJK UMNO Bahagian Pengkalan Hulu (Keroh) dan Gerik pada ketika saya melontarkan fikiran saya itu ? Mengejutkan.

“Kalau hang takdak duit, hang jangan cuba bertanding. Sekarang masa duit. Apa yang hang boleh buat kalau setakat ayak liok(air liur) sahaja. Tak kira parti mana hang masuk”. Inilah agaknya yang diajar oleh Tajol kepada anak buahnya di Keroh dan Gerik.

Maka akan rebah dan menangislah kroni Tajol dengan runtuhnya legasi ‘UMNO dan duit” itu.

Apapun, Abdullah Ahmad, PM Malaysia sewajibnya sudah pergi. Abdullah pembawa bencana politik di Malaysia. Kata Tun Dr Mahathir, “dia sepatutnya bertanggungjawab dengan kekalahan teruk ini”.

Apa lagi Abdullah. Masih belum fahamkah ?

Berangkatlah. Bawa bersama Samy, Tajol, Shafie Afdal dan Rafidah serta konco-konco penghisap darah rakyat Malaysia selama ini.

Rumah sudah berkata pergi, kuburpun sudah berkata mari. Apakah masih mahu tunggu arahan Khairy?

(gambar dari Detikdaily)

2 comments:

Anonymous said...

salam.

read your blog, brave and daring writings, seems that you are friend to Tajol rosli.

cuma mahu bertanya, apakah anda tidak berasa gentar yg tulisan anda mungkin akan membangkitkan kemarahan kawan lama, spt tajol?

keberanian dlm tulisan yg ditonjolkan saudara adalah dihargai dan patut dicontohi, bukan seperti penulis2 di utusan, yg menjadi tikus dibawah genggaman kalimullah.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra
pernah saya bekerja dgn berita harian dan akhbar politik yg lain. namun tidak khusyuk. adakalanya berita kita ditapis dan selalunya dipotong.apakah pandangan yg berlainan dgn parti pemerintah perlu dilabelkan sbg pengganas. tidak sdra. adakah polemik yg sihat tidak perlu dibenarkan. demokrasi ala malaysia tidak menggembirakan. kata anwar ibrahim, jika takutkan ombak, usah berumah di tepi pantai. selamat berjuang sdra. tk.