We Are Malaysian. Adakah ?
Terlalu ramai yang menulis tentang blogger Nat. Terlalu ramai yang membuat bantahan terhadap tangkapan polis itu. Ramai sangat yang nampak betapa malapnya prosidur polis dalam menjalankan tugas mereka. Adakalanya tangkap dulu dan siasat kemudian. Adakalanya siasat dulu tangkap kemudian. Ada masanya tangkap dan dilepaskan. Ramai juga yang ditangkap tanpa dibicarakan. Lalu disumbat di 'Guantanamo Malaysia'. Adakah ?
Nat bukan menggadai atau menjual negara. Bukan merompak harta negara. Bukan membunuh. Bukan juga memperkosa anak gadis sesiapa. Bukan rasuah. Semuanya bukan.
Oghang Penang kata, "cukup sighu dan mangkuk ayon punya prosidia. Tak bulih ka bagi salam dulu. Habak tujuan mai. Nak ajak pi pekena nasi kandaq ka.. nak pi mana ka, bagitaula kat tuan rumah. Kedai mamu mana . Senang hati semua..."
Apapun kita bersyukur Nat dilepaskan.
Apa yang paling penting disebalik peristiwa tersebut adalah jangkaan, risiko, permuafakatan, jaringan sokongan dan persahabatan sesama warga Malaysia atau Malaysian.
Syabas dan tahniah !
2 comments:
malaysia kan negara Polis, ex PM pun dia berani buat inikan pula kita rakyat biasa.
Reformasi untuk PDRM
sejahtera sdra
sangat menakut& menjijikkan. mereka (polis)boleh dtg dan ambil kita bila-bila masa sj. namun semangat dlm memperjuangkan pembebasan blogger Nat perlu dicontohi. jika rakyat pelbagai fahaman politik boleh bersatu dlm isu-isu sebegini nescaya malaysia boleh bebas dr menjadi negara polis. tk sdra.
Post a Comment