UMNO terus memerintah, DAP seronok lihat keris
Sebenarnya saya bersimpati sungguh dengan parti-parti pembangkang di
Kenapa agaknya?
Pengundi terutama sekali pengundi Melayu mudah termakan dengan sogokkan. Wang RM50.00, kain batik, gula dan lawatan sambil belajar diantara sogokkan yang ‘memabuk dan mengasyikkan’ mereka. Keduanya, kebanyakkan pengundi Melayu tidak suka membaca. Pengetahuan mereka agak kurang berkaitan isu-isu semasa. Ketiganya, bagi mereka kekalkan sahaja apa yang ada asalkan tidak memomok dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu. Keempat, pemimpin parti pembangkang gagal memanafaat dan menjuarai isu-isu kelemahan pemerintah. Kelima, kerjasama sesama parti pembangkang sangat rapuh.
Lihat sahaja DAP. Pantang mendengar nama ‘Islam’. Mereka solah-olah phobia. Islam seperti menggigit mereka. Entah berapa ramai pemimpin dan pengikut DAP sudah di gigit. DAP gagal membandingkan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dengan kerajaan sekular lain. Berapa ramai orang Cina dan
Bagi UMNO pula pada hemat saya, mereka hendaklah menggunakan apa cara sekalipun untuk terus kekal berkuasa sepertimana ia sedang mengamalkan melalui prinsip ‘matlamat menghalalkan cara’. Jangan sampai pembangkang yang ada sekarang menang. Jika UMNO dan BN menjadi pembangkang bermakna untuk seratus tahun akan datang, ia bukan sahaja akan hilang segala-galanya termasuk kekuasaan, kekayaan, pengaruh dan martabat tetapi juga akan menjadi satu parti politik yang ‘ghaib’. Satu lagenda tanpa nisan. Sukar bagi anak cucu mengingati atau untuk menjadikan bahan rujukkan di masa hadapan.
Kenapa begitu ?
Percayalah, jika ditakdirkan BN kalah dalam pilihanraya, ia tidak akan dikembalikan kepada kuasanya oleh rakyat. Rakyat pelbagai kaum akan gembira dengan kerajaan baru pada ketika itu sepertimana apa yang sedang dirasai oleh penduduk di Kelantan. Pada masa itu, kita akan lihat pemimpin UMNO, MCA, MIC dan lain-lain kerabat komponen BN akan hilang arah manakala ahli parti-parti tersebut akan gembira dengan teriakkan, "kami pernah ditipu oleh pemimpin kami demi politik mereka".
Malah ketika itu juga, satu persatu empayar kegagahan, kekuasaan, kemewahan projek dan sebagainya - hasil anugerah akan jatuh dan berkecai. Ramai orang-orang besar daripada bekas kerajaan BN akan tumbang dan bergelimpangan .
Kecuali sesuatu yang luar biasa atau sesuatu yang tidak diduga berlaku di kalangan parti pemerintah baru ketika itu seperti rasuah, segala masalah sosial, penyelewengan, perebutan harta negara dan pemusnahan manusia.
Lim Kit Siang dan DAP seharusnya memberanikan diri mencuba sesuatu yang baru dan lebih baik. Perubahan dan pembaharuan akan menentukan masa hadapan orang Melayu,
Kemerdekaan Malaysia ke 50 sudah di hujung sana namun bagi DAP isu social contract, negara Islam, negara sekular, negara demokrasi, negara Hadhari dan sebagainya masih kabur dan terawang-awang.
Atau, adakah peristiwa menghunus keris sesuatu yang disukai DAP dan pemimpinnya - lalu ingin berulangkali melihatnya seperti pertunjukkan 'silap mata' ?
4 comments:
Benarkah?adakah saudara pun turut disogokkan dengan perkara seperti ini. Adakah rakan sebangsa saudara dan saya sendiri sanggup diperlakukan sedemikian. Saudara…adakah saudara terfikir bangsa kita begitu bodoh dan sedungu demikian rupa. Jangan hanya kerana kain, duit dan bersiar-siar sanggup mengundi. Sebenarnya banyak lagi sebab mengapa orang melayu menyokong pemerintah. Kalau saya lahkan, tidak akan sokong pemimpin yang hanya tahu bercakap tak tahu buat kerja, melihat kesalahan orang, buta kesalahannya sendiri,mencerca orang, diri sendiri pun sama atau lebih teruk. Jadi jangan hanya jadi tin kosong. Cakap banyak hasilnya kemana? Nasihat saya mulakanlah langkah dalam diri sendiri dahulu, bila berjaya membantu diri, keluarga, masyarakat barulah boleh bercakap:>
sdra,
pada 18.7.07 anda meninggalkan komen di alkerohi di bawah tajuk Pembaharuan Kerajaan Ulama Kelantan. Saya khuatir anda dari kumpulan 'Cyber troppers'yg dimaksudkan sdra RPK. e mel saya alkerohi@gmail.com.
durian meluahkan kekecewaannya kerana keluarganya tidak mendapat projek umno. kasihan dia.
sdra
ada perangkaan menunjukkan orang melayu yang bekerja, ada kedudukan, bependapatan sederhana dan ke atas, tidak mengundi kr mereka berada dalam kedudukan selesa.
2.yg disogokkan adalah golongan di bawahan
3.berdakwah tak payahlah tunggu sampai semua ahli keluarga, semua orang kampung kita jadi baik. jika tidak Rasulullah saw sendiri tdk akan berdakwah kr bapa saudaranya merupakan orang yg paling kuat menentang deen yg dibawa Rasul.
Post a Comment