Sunday, October 17, 2010

Bonus : Najib diberi tiga pilihan

Ramai penjawat awam tidak dapat menerima penjelasan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkaitan pemberian bonus.

Kata mereka, sepatutnya apabila ekonomi sudah diwar-warkan pulih, keadaannya semakin baik berbanding ekonomi di zaman Mahathir Mohamed dan Abdullah Badawi.

Sedangkan pada ketika Perdana Menteri keempat dan kelima itu, kerajaan boleh memberikan bonus sebulan gaji.


Kakitangan Persekutuan dari Pulau Pinang yang menyokong UMNO memberitahu Najib Razak mempunyai tiga pilihan dalam menyelesaikan kemelut ini;

  • Memberikan bonus sebulan gaji, atau
  • Memberikan saguhati RM2,000.00 kepada setiap kakitangan tanpa mengira gred, atau
  • UMNO yang sudah dibenci itu akan hilang kerajaan dalam pilihanraya ketigabelas ini.
Sementara itu Dato' Mahfuz Omar Naib Presiden PAS memberitahu "Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum"

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.

Bajet Permata Rosmah 2011 dikatakan bersesuaian dengan kehendak isteri Perdana Menteri yang suka berbelanja boros ketika membeli-belah.

Sepasang kasut Rosmah Mansor dianggarkan bernilai lebih empat kali ganda dari RM500.00 yang diberikan kepada setiap penjawat awam.

"Belum lagi harga pewangi, baju dan seluar dalam isteri-isteri menteri kabinet Malaysia yang dahulunya dibeli di luar negara" kata seorang kakitangan di Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Saturday, October 16, 2010

Macam-macam kategori Taska di Malaysia

Ada Taska di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ada Taska Jabatan KEMAS (Kemajuan Masyarakat). Ada Taska Jabatan Perpaduan. Ada Taski ABIM, ada PASTI PAS. Ada Taska di bawah Jabatan Agama Negeri.

Ada yang campur adukan Taska dan TADIKA.

Terkini, ada Pusat Asuhan PERMATA di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Semuanya ada. Dianggarkan cuma 10% sahaja Taska JKM yang ada lesen.

Kenapa Taska, Tabika, Taski, Pasti dan lain-lain tidak ada lesen ? Ini kena tanya Meme Zainal Rashid Ketua Pengarah JKM Malaysia.

Seorang lagi kanak-kanak Taska mati di Putra Jaya

Mereka berkata-kata tentang bajet Rosmah


Selepas ini agaknya Rosmah tidak perlu membeli-belah di luar negara. Bukankah abang Bangsawan dah mansuhkan cukai 300 barang keperluan termasuk seluar dalam.

Selamat wang rakyat.

Jangan-jangan Shahrizat berfikir, "bajet gangguan seksualkah itu".

(Kartun diubahsuai dari UM)

Friday, October 15, 2010

Bajet Permata Rosmah 2011

Belanjawan negara atau bajet 2011 selesai dibentangkan oleh Najib Bangsawan sebentar tadi.

Kadar tol empat lebuhraya milik PLUS tidak akan dinaikkan selama lima tahun berkuatkuasa serta merta. Sepatutnya kadarnya diturunkan terlebih dulu sebanyak 30%-40%. Ia mencekik darah rakyat Malaysia.

Pinjaman 100% untuk membeli rumah pertama bagi golongan muda. Sesuatu yang baik.

Cukai jualan telefon mudah alih dimansuhkan. Baik untuk penduduk supaya dapat mengakses maklumat dan perubahan dunia dalam sekelip mata.

Peperiksaan PTK kakitangan kerajaan dimansuhkan. Malangnya akan diwujudkan satu penilaian baru pada Jun 2011. Wajar pandangan CUEPACS diambil kira.

Imbuhan RM500.00 untuk kakitangan kerajaan. Lebih baik di zaman Mahathir dan Abdullah Badawi - penjawat awam diberi bonus sebulan gaji.

Elaun Imam dinaikkan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sesuatu yang wajar.

Peruntukan untuk Orang Asli dipertingkatkan. Sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

Potongan cukai LHDN kepada anak-anak yang memberikan jagaan kepada ibubapa diperluaskan. Langkah yang baik.

Gaji pokok minima Pengawal Keselamatan dinaikkan - wajar.

Peruntukan Taska Permata tajaan Rosmah Mansor melebihi RM100 juta. Kenapa perlu bertindan dengan Taska Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat ?

Thursday, October 14, 2010

PAS bergayut pada dahan rapuh

Malas nak ulas panjang-panjang pemilihan calon dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berjalan sekarang.

PKR parti yang cukup banyak masalah. Parti yang dikaitkan sebagai adik tiri UMNO.

PAS dan DAP lagi bergaya berbanding parti itu namun Abdul Hadi Awang Presiden PAS lebih berkeyakinan Anwar Ibrahim sebagai ketua dalam Pakatan Rakyat. Apa nak jadi dengan PAS ini ?

Ialah, phobia Terengganu hanya dapat diperintah selama satu penggal sahaja masih menghantui Hadi agaknya.

PAS perlu mendepankan diri sebagai ketua dan bukan sebagai pengikut.

Ini bukan masa bergayut pada dahan yang rapuh.

Wednesday, October 6, 2010

Syarikat Air Dato' Azizan (SADA) di Kedah

SADA (Syarikat Air Darul Aman) ada kena mengena dengan Syarikat Air Dato' Azizankah ?

Tidak. Cuma orang UMNO Kedah yang kata begitu.

Depa perli Azizan yang ada banyak maklumat berguni-gunilah kot tentang UMNO dan BN Kedah.

Masihkah kau ingat suatu masa dulu SANJUN (Sanusi Junid) ada berguni-guni aduan tentang Osman Aroff ? Atau Ezam Md Nor yang ada berkotak-kotak surat atau dokumen rahsia melibatkan UMNO, BN dan Malaysia?

Simpan saja Azizan rahsia-rahsia penyelewengan itu. Bukankah di Kedah PAS dan UMNO macam adik-abang dan adik-beradik.

Jika UMNOlah yang ada rahsia-rahsia itu, bukan sahaja Azizan, malah PAS dan Pakatan Rakyat Kedah sudah dilondehkan oleh UMNO dan kelihatan berjalan -jalan di Tanjung Bendahara sambil ketawa bersendirian.

Orang Kedah marah PAS dan Azizan bukan sangat kerana harga air naik tetapi kerana sindrom bisu Azizan sebelum ini sangat-sangat berdarah-dagingkan UMNO.

Bukankah Azizan membisu dalam kebanyakkan penyelewengan UMNO dan BN sebelum ini di atas dasar adik-beradik. Selepas dibelasah UMNO dan BN Kedah, Azizan cuba memuntahkan apa yang terlekat dihalkumnya.

Lama-lama nanti orang Tamil Bukit Selambau kata, Azizan dan Abdullah Badawi ada macam surpa (serupa) lah. Abdullah sudah kasi buang, Azizan pun kasi tarik sama !

Bolehlah baca, jika rajin :

SADA

Friday, October 1, 2010

UMNO tak kelihatan jaga kita pun - Wartawan Utusan

Wartawan Utusan juga merupakan manusia. Mempunyai hati dan perasaan.

Biarpun pihak editorialnya selalu membelasah musuh mereka tanpa fakta dan bukti yang nyata, difahamkan wartawaan biasanya tidak sehaluan dengan ketua mereka itu.

Kata Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ), Hata Wahari yang juga merupakan wartawan senior di media tersebut, "Kita lihat
Utusan ini milik Umno, tetapi saya tengok tak ada pun Umno jaga (kebajikan) kita. Kita berlari memperjuangkan hak sendiri."

Malu pun ada. Geram pun ada. Utusan nak memperjuangkan hak Melayu.

Melayu yang diketuai oleh UMNO.


Sudahlah UMNO ! Utusan pun tak boleh jaga, nak jaga Melayu dan Malaysia. Carilah lagi khazanah negara untuk memenuhkan tembolok sendiri, anak isteri dan kroni. Jagalah tembolok itu selagi Melayu belum sedar.

Melayu diperbodohkan selama 53 tahun.

Baca di sini.

(Foto : Malaysiakini)

Monday, September 27, 2010

Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?

Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.

Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.

Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.

Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.

Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.

Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.

Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.

Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.

Saturday, September 25, 2010

Mahathir mula serang Najib Bangsawan

Ramai yang rasakan Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri mula menyerang Najib Bangsawan. Ahli UMNO sendiri berpendapat Najib menghidap 'sindrom bisu' dalam banyak hal sejak kebelakangan ini.

Sindrom ini pernah dihidapi oleh Abdullah Badawi.

Pentadbiran Abdullah pernah dikaitkan dengan kerajaan tiga beranak dan 'kerajaan 4K'.

Najib Bangsawan pula dikaitkan dengan kerajaan NKRA - Najib kerja Rosmah arah.

Rosmah Mansor adalah isteri kedua Najib Bangsawan. Ada yang mengatakan, beliau sangat digeruni oleh ahli kabinet. Entah ya entah tidak ?
(Karikatur UM yang diubahsuai)

Friday, September 24, 2010

CUEPACS tuntut bonus dua bulan

Baca di sini.

Depa bagitau, seorang Ketua UMNO masing-masing dapat satu projek. Busuk-busuk dapat berjuta-juta untung di atas angin. Busuk habis, katakan satu juta seorang sudahlah. Banyaknya duit !