Friday, December 31, 2010

Kedah : Lantikan Mukhriz melepaskan ular bisa

Bermulalah episod baru perjalanan UMNO dalam menghadapi politik cantas-mencantas di Kedah setelah pelantikan Ahmad Bashah Hanipah sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya diumumkan oleh Setiausaha UMNO Teuku Adnan Teuku Mansor.

Pemerhati politik membayangkan bahawa untuk membuang terus Bashah yang mempunyai kelulusan akademik yang rendah dan rentetan perkhidmatannya yang tidak cemerlang dari politik Kedah dikira sebagai menghina diri dan penyokongnya.

Lagipula bukankah Bashah merupakan salah seorang dari 22 ADUN di Kedah yang pernah dipanggil menghadap Dr Mahathir Mohamed di Jabatan Perdana Menteri dalam isu melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar kelapan.

Apakah Bashah akan membiarkan anak mantan Perdana Menteri itu terlepas ?

Melantik Mukhriz sebagai Timbalan Ketua UMNO Kedah bermakna melepaskan ular-ular tua yang berbisa ke gelanggang pilihanraya ketigabelas.

Jika tidak mematuk sesama sendiri, menggeletek pun memadailah.

Seperti kata Bang Din Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu bahawa Mukhriz terlalu mentah di arena politik.

Shamsudin adalah orang kuat Johari Baharom panglima perang G7 yang berjaya menyahkan Mahathir dari poitik Kedah satu masa dahulu.

Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menyifatkan pelantikan Mukhriz dibuat hanyalah kerana mengenangkan bapanya.

Sama seperti pelantikan yang dibuat terhadap Najib (pdrm) penghisap darah rakyat Malaysia dan Hishamudin Tun Hussein.

"Dari segi kelayakan lebih ramai ahli UMNO yang mampu mengetuai mereka tetapi bukankah UMNO parti anak beranak" kata Wahab Din penyokong kuat Johari di Jitra.

Ramai penyokong UMNO menuding jari di atas apa yang mereka sifatkan kesilapan Majlis Tertinggi dalam memilih calon. Bahkan Shapie Apdal pun di'sepak' keluar dari peta politik Kedah biarpun Tun Mahathir memberikan sokongan seratus peratus kepada orang Sabah itu.

"Mukhriz masih budak-budak dalam politik. Tidak menonjol berbanding KJ yang lantang. Pelantikannya memberikan isyarat kepada Bashah supaya cari kotak dan bungkuslah barang" marah seorang penyokong Azeez Rahim dari Pulai, Baling.

Pengundi di Megat Dewa dan Jerlun memberitahu, sangat sukar menemui Mukhriz di kawasannya.

Mahfuz Omar pula mengatakan Mukhriz jarang sekali hadir mesyuarat bahagian di Kubang Pasu kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ

Jika bapanya pernah tinggal di Titi Gajah Jitra, Mukhriz pula sudah berhijrah dan tinggal dibanglo berjuta ringgit di Kuala Lumpur.

Seorang wartawan veteran membayangkan bahawa UMNO tdak mempunyai calon untuk dijadikan Menteri Besar.

Najib pdrm kini sedang menari mengikut rentak Mahathir. Pengaruh Mahathir sudah mula kembali.

"Kita boleh beri markah 9 kepada KJ. Mukhriz yang berahi dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sama seperti bapanya boleh diberi markah 1.5 sahaja" kata Kak Kiah bekas jawatankuasa Wanita Negeri.

Apapun, pilihanraya ketigabelas yang dijangka akan diadakan diantara Mac-Mei 2011 pasti akan mempamerkan kehebatan jaguh-jaguh politikus di Kedah.

Bukan diantara PAS dan UMNO tetapi sesama jaguh-jaguh kampung UMNO.

[pembetulan : sanusi junid sebagai mb kedah yang ke 7 dan bukan ke 8. harap maaf ]

Wednesday, December 29, 2010

Veto Malaysia sama dengan veto PBB ?

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mempunyai lima kuasa besar yang seringkali menggunakan kelebihan veto.

Negara-negara besar itu ialah Amerika, Rusia, England, Cina dan Perancis.

Di Malaysia terdapat 'kuasa veto' ditangan sembilan pemimpin negeri dan seorang pemimpin persekutuan.

Apakah itu veto ?

Kuasa veto merujuk kepada hak yang diberi kepada seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menolak sebarang keputusan undang-undang yang diluluskan oleh beberapa ahli yang lain biarpun secara majoriti.

Tak serupa tapi macam nak sama.

Tetapi di Malaysia, perlembagaannya dikatakan adalah yang paling tinggi dan berdaulat.

Tuesday, December 28, 2010

Amah rogol menteri Malaysia

"WikiLeaks mendedahkan bahawa seorang amah dari Indonesia berjaya merogol seorang menteri kanan Malaysia.

Ketika isteri menteri berkenaan, Mak Datin hadir mesyuarat, menteri tersebut yang pandai bercakap kaku lidahnya dihadapan amah tersebut.

Ketika kejadian tiga tahun lalu, amah tersebut dikatakan berusia 15 + 30 + 20 tahun.

Bapa menteri paling kanan di Malaysia seorang cucu ulama dipercayai maklum akan peristiwa yang menimpa ahli kabinetnya itu.

Beliau mendiamkan diri dan menyorok-nyorokkan kejadian hitam berkenaan.

Ramai yang percaya amah berkenaan seorang yang pintar undang-undang dan dengan mudah membolosi sempadan negara.

Tidak ada perkara syubhat yang dilakukan oleh bapa menteri kanan itu" kata seorang jurucakap palsu WikiLeaks.

Sunday, December 26, 2010

Kakitangan awam perlu dikurangkan

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam selain mencari jalan meningkatkan produktiviti kerja golongan itu bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, berdasarkan jumlah rakyat negara ini yang dianggap masih belum terlalu ramai, kadar penjawat awam di negara ini adalah tinggi berbanding kadar di negara maju.

"Malaysia mempunyai 1.2 juta kakitangan awam sedangkan rakyatnya cuma kira-kira 28 juta. Bandingkan pula dengan Korea Selatan yang mempunyai 48 juta rakyat tetapi hanya mempunyai dua juta penjawat awam.

"Begitu juga dengan Jerman yang hanya mempunyai dua juta kakitangan awam untuk 82 juta rakyatnya dan Jepun dengan hanya 4,449,900 penjawat awam berbanding 126,804,433 rakyat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Pendidikan Sempena Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-25 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Cuepacs, Omar Osman serta dua timbalannya, Azih Muda dan Husain Mohd. Yasin.

Beliau berkata, jika pengurangan kakitangan dan peningkatan produktiviti dilakukan, ia mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mempercepatkan proses kemajuan negara.

"Di negara-negara maju hari ini, kebanyakan rakyatnya rajin bekerja dan melakukan tugas secara 'pelbagai kerja'. Melalui cara itu, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit kepada seseorang kakitangan awam kerana beban kerjanya bertambah.

"Produktiviti pula berkait rapat dengan sikap rakyat itu sendiri. Jika di negara maju, para eksekutifnya hanya akan pulang pada pukul 10 malam sementara profesor dan mahasiswa universiti pula akan pulang selewat 12 malam. Budaya rajin bekerja ini yang perlu kita bentuk," katanya.

(BH 21.1210)

Saturday, December 25, 2010

Najib hisap darah rakyat Malaysia

UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak mampu menyelesaikan beratus-ratus masalah rakyat termasuk isu saman ekor yang sudah berlanjutan bertahun lamanya.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia mahu menswastakan pula sistem pengutipan saman ini.

Setelah 53 tahun memerintah, kerajaan UMNO tidak ada wang. Ini dapat dilihat apabila kesatuan sekerja menuntut bonus tahunan mereka.

Bukan sahaja setakat itu.

Harga petrol ditingkatkan. Bayaran pengangkutan awam naik. Harga barang keperluan pengguna naik. Perkhidmatan naik. Utiliti naik. Semuanya naik.

Malaysia sebenarnya sebuah negara yang sangat kaya. Getah, kelapa sawit, bijih, minyak, balak, emas dan memiliki berpuluh hasil keluaran lain. Ke mana pergi hasilnya ?

Seorang ketua UMNO bahagian diberi paling busuk satu juta melalui projek-projek ihsan, bayangkan berapa juta di'kebas' oleh mereka.

Belum lagi setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri-menteri, isteri-isteri mereka, kaum kerabat dan kroni mengagih-agihkan khazanah negara.

UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan kroni melahap isi - rakyat biasa dan penjawat awam menghirup kuah dan menjilat tulang.

Dalam mengisi kemerdekaan - jasa rakyat biasa dikenang dengan menghisap darah mereka.

Najib penghisap darah rakyat Malaysia. Selamat berpesta kenaikan harga barang-barang dengan istilah 1Malaysia "PENYELARASAN SUBSIDI".

Penyelarasan subsidi bermakna harga barang naik dan darah rakyat Malaysia disedut oleh pemimpin yang sedang berkuasa.

Isu gambar : Kasihan MB Kedah

Apabila isu logo 1Malaysia diharamkan di negeri Selangor, maka Kedah pun bangkitkan isu gambar Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah yang tidak dibenarkan dipamerkan di sekolah-sekolah di Kedah sejak 2008 lagi.

Azizan tak salah apa-apa.

Malah, hubungan MB Kedah itu dengan UMNO bagai adik-beradik bertambah erat.

Dah nak masuk pilihanraya sekali lagi - depa dok tidoq.

Sebelum pilihanraya keduabelas, bukan main banyak isu tentang kelemahan UMNO dan BN yang dibangkitkan PAS.

Selepas pilihanraya, terlupa nak bangkitkan isu ini atau tak mau hubungan Azizan dan UMNO menjadi keruh ?

Thursday, December 23, 2010

Rosmah kata phuihh, jatuh pemimpin pembangkang

Orang Kedah kata 'hingaq' saja.

Orang kampung itu menambah, bila harga barang pengguna naik, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali dari PAS, DAP dan PKR hanya tau hingaq saja.

Najib Penghisap Darah Rakyat Malaysia [Najib pdrm] begitu seronok dan selesa dengan tindakannya dan tindakan kabinetnya menaikan harga barang-barang keperluan pengguna.

Najib pdrm tahu pembangkang di Malaysia tidak mempunyai kekuatan yang cukup untuk menghadapi kerajaan Barisan Nasional.

Susah-susah Najib pdrm melayan kerenah pembangkang, dia kedepankan saja Rosmah Mansor - yang dilawakkan mempunyai kekuatan yang menyamai kekuatan Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Di dalam negara yang kekuatannya seimbang, kerajaan yang memerintah begitu gelisah dan berfikir beberapa kali untuk mengambil tindakan yang melawan arus dengan rakyat.

Di Malaysia, tak payah tunggu Najib pdrm. Rosmah saja akan kata - phuihh !

Bergelimpanganlah Parti Pembangkang, Persatuan Pengguna dan kumpulan pendesak yang kelihatan letih dalam memperjuangkan hak-hak pengguna.

Jika begitu tidak salahlah dikatakan, salah satu faktor kenaikan harga barang keperluan pengguna adalah kerana kelemahan parti pembangkang.

Sunday, December 19, 2010

Jika PR menang peringkat persekutuan, 10 insentif menanti

KEPALA BATAS, 19 Dis — Pakatan Rakyat (PR) menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 insentif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  • Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
  • Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
  • Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah
(Dari TMI)

Thursday, December 16, 2010

Speaker Parlimen : Apa kata negara Komanwel

Seolah-olah orang kampung dari negeri yang buta huruf dilantik menjadi speaker Parlimen Malaysia.

Nak ulas panjang-panjang terasa negaraku ini semakin terhina selepas 53 tahun merdeka.

Apa kata Speaker Parlimen negara-negara Komanwel tentang mutu dan kualiti 'speaker' ini ?

Monday, December 13, 2010

Sampai bila hospital terus korbankan pesakit


Jikalah menteri, isteri, anak-anak dan kroni merekalah yang menjadi mangsa hospital swasta atau kerajaan - anda pasti tiada suara-suara dari atas sampailah ke bawah yang meminta siasatan dijalankan dan tindakan diambil ?

Jika orang kampung ?

Saban hari "orang kampung" di Malaysia dimangsa dan dikorbankan di atas nama rawatan dan kesihatan.

Kebanyakkan media-media tempatan mendiamkan diri kerana menjaga kroni.

"KURANG AJAR sungguh ketua-ketua kementerian berkenaan, ketua-ketua hospital berkenaan dan ketua-ketua media berkenaan ! "