Saturday, November 20, 2010

Ibadah korban boleh sampai hari ini - JAKIM

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini boleh melaksanakan ibadah korban sehingga hari Sabtu, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk melaksanakan ibadah ituselepas solat sunat Aidiladha Rabu lepas iaitu 10 Zulhijjah sehingga hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah atau 18, 19 dan 20 Nov.

Baca di sini.

Friday, November 19, 2010

Doakan kesejahteraan anak Pak Bakaq

Anak Pak Bakaq aka Penarik Beca berada di wad Hospital Kuala Lumpur. Pak Bakaq menarik perhatian pembaca dan mereka yang mengenalinya agar mendoakan keampunan dan belas kasihan Allah swt pada puteranya itu:

Sungguh-sungguh saya merayu kepada semua yang bersimpati, sudilah kiranya mendoakan agar anak saya Muhammad Sadiq, 16, yang kini di Intensive Care Unit (ICU), Hospital Kuala Lumpur dilimpahi keampunan dan belas kasihan Allah s.w.t.; agar Allah yang saya bergantung habis-habisan kepada-Nya mengurniakan ke'ajaiban yang menyembuhkan anak... saya. Bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad s.'a.w.w., tolonglah kami ya Allah!

Banjir Utara : Ramai yang mahu saman Gamuda

Ramai penduduk di sekitar Alor Setar yang terlibat dengan banjir baru-baru ini bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Syarikat Gamuda yang mendapat anugerah membina projek keretapi elektrik dari Ipoh ke Padang Besar.

Mereka mahu agar pihak kerajaan negeri menyelaraskan perjumpaan jawatankuasa bertindak supaya tindakan bersepadu dapat dilakukan.

Siapa yang menjadi urusetianya ?

Thursday, November 18, 2010

Cuti Raya : Chua diketawakan lembu Kelantan


Lembu-lembu di Kelantan ketawakan Chua Soi Lek.

Depa kata bekas Menteri Kesihatan tu sampai tak tau seluruh Malaysia sedang bercuti meraikan Eidul Adha.

Ada negeri yang cuti sehari dan ada yang cuti umumnya dua hari.

Chua mempertikaikan kedai-kedai dan pasaraya tertutup pada hari tersebut.

Di Kelantan Eidul Adhanya lebih meriah dari Eidul Fitri.

Lembu-lembu itu berkata lagi, ingatkan dia mabuk dok tengah mengawan. Rupa-rupanya bukan. Kata seekor dari lembu yang dikira paling bengap di situ, "Presiden MCA ni lebih bengap dari kita".

Wednesday, November 17, 2010

MB Kedah tarik larangan media cetak

MB Kedah tarik balik larangan media cetak arus perdana
2010/11/17 (BH)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam menarik semula larangan terhadap media cetak arus perdana untuk membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan aktiviti kerajaan negeri.

Bagaimanapun, kerajaan negeri masih mengekalkan sekatan itu terhadap dua stesen media elektronik sehingga tempoh tertentu.

Katanya, larangan terhadap dua stesen televisyen iaitu TV3 dan RTM masih dikekalkan berikutan beberapa laporan yang didakwanya lebih bersifat provokasi serta tidak tepat terhadap kerajaan negeri Kedah.

Media cetak boleh buat liputan macam biasa seperti sebelum ini, tetapi untuk TV3 dan RTM ia (larangan) masih dikekalkan hingga tempoh tertentu.

Tuesday, November 16, 2010

EIDUL ADHA

Pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim ke atas anaknya Ismail sesungguhnya merupakan satu iktibar kepada umat manusia.

Korban itu sangat besar ertinya kepada mereka yang mahu memahaminya.

Didoakan semoga iktibar pengorbanan itu dijadikan ikutan oleh kita semua dalam semua aktiviti.

Alahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL ADHA

Sunday, November 14, 2010

Banjir Kedah : ADUN dan AP BN ambil peruntukan negeri Kedah

Sultan Kedah dikatakan kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat dalam membantu mangsa banjir di Kedah.

Maklumat yang diterima mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan belum menghulurkan apa-apa bantuan secara rasmi di negeri itu.

Malah berlori-lori makanan, sardin, minuman, beras, kopi, gula, tikar, susu, pampers dan lain-lain barang keperluan mangsa yang diangkut oleh pihak YB Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam, Sahlan (wakil PM), YB Bashah Hanipah ADUN Bakar Bata dan beberapa orang ADUN Barisan Nasional dari pusat pemindahan hadapan di daerah-daerah adalah dibeli dari peruntukan kerajaan Negeri Kedah.

Baru hari ini kerajaan persekutuan mengedarkan borang bagi tujuan pemberian bantuan dan dijangka akan dipertimbang untuk bayaran selepas Eidul Adha.

"Takpalah jika ADUN BN pun ambil barang kerajaan negeri Kedah. Semuanya untuk rakyat Kedah. Tapi janganlah pakat dengan wartawan TV3 dan RTM membohongi rakyat mengatakan ianya dari Kerajaan Persekutuan" kata seorang Penghulu.

"Maknanya selama banjir di Kedah, belumlah ada bantuan dari Najib, Muhyiddin dan Kementerian Pembangunan Masyarakat dari KL. Setakat hari ini 14 November 2010 semuanya masih dari Kerajaan Kedah" kata bekas Pegawai Kewangan Negeri Kedah.

Nampaknya wartawan yang membuat liputan di tempat banjir, beritanya didapati palsu bilamana dia mengatakan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi keperluan makanan dan lain-lain dengan menggunakan peruntukkan persekutuan.

Friday, November 12, 2010

Banjir Utara : Tahniah Persatuan Tzu Chi

Lagi cerita tentang banjir di Kedah.

Kasihan 91 penduduk Tamil di Taman Aman Anak Bukit. Depa cerita, "MIC punya orang tarak nampak muka. UMNO pun tarak tolong, MCA pun tarak tolong".

Sapa tolong ? "Welfare (JKM) sama PAS juga kasi tolong. Tapi sikit lambat juga"

Betoika ?

Di Taman Uda dan Jalan Fajar - hanya pada hari kelima nampak sukarelawan UMNO dan PAS dengan bantuan makanan.

"Bawa pi la beras hampa. Ayaq dah surut hampa mai buat apa" jerkah anak perempuan salah seorang pengasas UMNO Kedah pada lori satu Malaysia.

Cuma saya nak bangkitkan satu perkara yang saya lihat sendiri. Persatuan Buddhist Tzu Chi Cawangan Kedah.

Cara mereka bekerja hebat. UMNO, PAS, ABIM, NGO-NGO lain pergilah belajar dengan mereka tentang organisasi, cara bekerja, keutamaan, apa yang perlu disampaikan, di mana, siapa dan sebagainya.

Hari kedua banjir, saya lihat mereka memberikan roti planta/ coklat, biskut, air minuman dan benda-benda makanan ringan kepada mangsa.

Mereka tidak memberikan beras, sardin dan makanan berat kerana mereka tahu dapur di rumah mangsa dimasuki air.

Apabila air mula surut, baru mereka mula memberikan beras, gula, kopi dan sebagainya.

Tadi saya jumpa mereka lagi. Mereka membahagi-bahagikan tuala, berus gigi, biskut, sabun, wang tunai dan keperluan pemulihan.

Lebih hebat, mereka pergi dari rumah ke rumah. Mereka tidak pilih warna politik dan warna kulit.

Hebat ! Lima puluh kali lebih hebat dari persatuan dan parti politik Melayu.

Saya nak cadangkan kepada kerajaan negeri, jemputlah mereka memberikan penerangan bagaimana tersusun dan berkesannya organisasi mereka.

Pada kerajaan persekutuan, saya lontarkan syor yang sama. Belajarlah ilmu yang bermanafaat biar dengan siapapun.

Saya tidak pasti objektif penubuhan Tzu Chi. Tetapi apa yang saya yakin matlamat mereka membantu mangsa banjir dengan menyampaikan bantuan terus kepada mangsa tercapai dan berjaya.

Ketika menghubungi mereka sebentar tadi, saya difahamkan cawangan mereka di Alor Setar telah wujud sejak 1997 lagi.

Tahniah Tzu Chi.

Thursday, November 11, 2010

Banjir di Kedah : Belum ada bantuan rasmi Persekutuan

Difahamkan setakat ke hari ini - hari kelapan, kerajaan persekutuan belum memberikan apa-apa sumbangan atau bantuan secara rasmi kepada mangsa banjir di Kedah.

Beberapa badan kebajikan sukarela ada memberikan sumbangan termasuk dari Persatuan Cina, parti PAS, UMNO dan NGO lain.

Shahrizat Abd Jalil Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga tersasul ketika ditanya wartawan tentang perkara ini.

Difahamkan beliau akan datang semula ke Kedah pada minggu hadapan untuk tujuan pemberian bantuan ini setelah disedarkan oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Betullah seperti apa yang dikata oleh Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah. Wang berjumlah hampir RM2juta yang disalurkan kepada mangsa banjir di Kedah setakat hari ini adalah peruntukan Kerajaan Negeri Kedah yang diberikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah.

JKM adalah agensi di bawah senarai bersama (concurrent list) di mana peruntukannya adalah dari dua sumber iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Menurut pihak Jabatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin adalah pemangku Pengerusi Bencana Alam Negara.

Tetapi Muhyiddin dikatakan sedang berseronok dengan kemenangan pilihanraya kecil Bukit Sapi dan Galas. Selepas itu dijemput pula ke majlis Deepavali dan dia kenyang dengan tose dan murku sehingga lupa bahawa Pengerusi Bencana Alam Negara sedang sakit dan secara automatik dialah penggantinya.

Atau sengaja dia nak pekena Najib Bangsawan ?

Wednesday, November 10, 2010

Banjir di Kedah dan Perlis : Kenapa takut dgn Thailand ?

11.11.10-12.44am: Ada dakwaan kuat-Syarikat Gamuda, milik anak Sultan Perak yang membina landasan keretapi berkembar merupakan juga faktor penyumbang banjir besar di Kedah ? Kami akan dapatkan pandangan pelbagai pihak.

Jika setiap lima tahun sekali Thailand dibenarkan melepaskan air empangan di negaranya dengan memusnahkan harta benda penduduk di negara ini dan merelakan kematian rakyatnya, di mana kejantanan Perdana Menteri dan ahli kabinet kita.

Majlis Raja-raja sepatutnya memanggil menghadap Perdana Menteri dan ahli kabinet Malaysia meminta penjelasan kenapa negara jiran di utara itu begitu berani bertindak sedemikian dan agar kekhuatiran rakyat di Perlis dan Kedah yang menjadi mangsa banjir tidak berulang.

Kenyataan media perdana bahawa hujan lebat di dua negeri ini adalah tidak berasas. Hujan yang sedikit tidak akan membawa bencana sebesar yang berlaku.

Pada tahun 2005, banjir yang sama berlaku akibat empangan Thailand dibuka dan airnya melimpah masuk ke negara ini.

Namun rata-rata penduduk berpendapat banjir 2010 lebih teruk dari banjir 2005.

Kenapa ada rasa takut yang amat sangat dengan tindakan Thailand ini. Orang lain pandai membina dan mengurus empangan tetapi Thailand pandai membina tetapi tidak bijak mengurus.

Kerajaan Malaysia sepatutnya mendakwa kerajaan Thailand di mahkamah antarabangsa menuntut ganti rugi kerugian hampir 80,000 penduduknya.

Hubungan antarabangsa seperti yang diamalkan Malaysia merugikan penduduknya.

Penduduk di negeri-negeri yang terlibat wajib diberi penjelasan punca sebenar berlakunya banjir tahun 2010 ini.