Tuesday, May 11, 2010

Istana Kelantan : Petanda pupusnya monarki di Malaysia ?

Banyak negara di dunia yang satu ketika dahulu mengamalkan pemerintahan beraja atau monarki telah lenyap dari peta dunia disebabkan pelbagai faktor.

Kebangkitan rakyat merupakan alasan terbesar kenapa monarki dikatakan mengganggu perjalanan negara dan menerima padahnya.

Krisis istana Kelantan secara terang lagi bersuloh mencerminkan sesuatu biarpun ada negeri yang kemelut dalaman istananya seperti api dalam sekam.

Apakah ini petanda bahawa sistem berkenaan yang sudah berakar umbi dalam politik di Malaysia akan pupus juga ?

Monday, May 10, 2010

Gegaran gempa di Wisma Persekutuan Anak Bukit Kedah


Kakitangan kerajaan di Wisma Persekutuan Bandar Muadzam Shah Anak Bukit Alor Setar dikejutkan dengan gegaran gempa bumi pada skala 7.2 richter yang berlaku di Utara Sumatera pada petang kelmarin.

Penjawat awam terutama sekali dari Jabatan Perangkaan dan beberapa jabatan lain bergegas turun dari bangunan setinggi enam tingkat itu.

Pihak Jabatan Mateorologi mengesahkan perkara ini namun kekuatan gegaran di Anak Bukit dikatakan cuma pada ukuran 2.2 skala richter.

Tiada sebarang kemalangan yang dilaporkan.

Sunday, May 9, 2010

Ibrahim Ali dikira layak nasihat istana Kelantan

Ramai yang berpendapat, Ibrahim Ali sebagai Presiden Perkasa atau presiden orang-orang Melayu Malaysia lebih layak menasihati istana Kelantan.

Siapa tidak kenal Ibrahim.

Macamana ?

Krisis Istana: MB perjelas sebab 'berdiam diri'

Saturday, May 8, 2010

Sekarang bukan zaman tok nenek Musa Hassan

Musa Hassan dok kelentong apa.

Jika tanya, dia memang akan mengaku dia yang terbaik. Lepas tu, dia akan berkata PDRM terbaik. Lebihkurang macam Samy Vellu la...

Satu demi satu cerita rakyat Malaysia menjadi mangsa tembakan polis dok keluaq mai.
Apa cerita Musa ?

La (sekarang) bukan zaman tok nenek Musa. La zaman globalisasi Musa.

Malas nak tulis banyak-banyak. KPN letak jawatan la. Itupun kalau dia ada muka malu.

  1. Suami isteri saman polis, kerajaan RM4.75 juta
  2. LAGI PEMBUNUHAN OLEH ANGGOTA POLIS DIDEDAHKAN
  3. Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis
  4. Kisah Polis Tembak Pemuda di Perlis
  5. Mangsa tembakan polis terkejut, ia berulang kembali
  6. Anggota polis tembak lelaki buru ayam hutan akan didakwa
  7. Mangsa tembak tahun lepas juga akan saman
  8. Anggota polis tembak guna peluru hidup di Batu Buruk wajar didakwa
  9. Wanita dakwa ditembak polis tanpa sebab...

Wednesday, May 5, 2010

Kedah : Dua lagi ADUN nak bebas

Depa dok heboh ada dua lagi ADUN di Kedah nak jadi bebas.

Bermakna selama ini mereka terpenjara. Hat ni bagi Ustaz Azizan bercakap. Betoi ka ?

Tuesday, May 4, 2010

CUEPACS : Takkan teh tarik secawan pun jadi

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kakitangan supaya tidak rmerendah maruah mereka dengan menerima rasuah termasuk sekadar secawan teh tarik.


Permintaan ini dibuat Presiden Cuepacs, Omar Osman.

Berita Harian
28/4/2010

Monday, May 3, 2010

PPUM tawar rawatan jantung tanpa bedah

PETALING JAYA, 3 Mei (Bernama) -- Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini menawarkan rawatan 'extracorporeal shockwave myocardial revascularization' (ESMR) kepada pesakit jantung tanpa mereka perlu menjalani pembedahan.

Ketua Unit Kardiologi PPUM, Prof Dr Wan Azman Wan Ahmad berkata teknik perubatan tersebut adalah untuk pesakit jantung koronari yang tidak sesuai untuk menjalani rawatan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung.

"ESMR adalah satu inovasi baru di mana 'shock wave' (gelombang kejutan) ditujukan kepada otot jantung yang tidak mempunyai cukup pengaliran darah. Rawatan akan merangsang penumbuhan salur-salur darah baru di dalam otot jantung.

"Ia akan menambahkan pengaliran darah kepada otot jantung dan sekaligus mengurangkan kesakitan jantung dan seterusnya dapat mengurangkan simptom pesakit," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran dan penyerahan alat ESMR kepada PPUM, di sini Isnin.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Prof Datuk Ghauth Jasmon.

Wan Azman berkata rawatan ESMR diberikan dari luar badan pesakit di mana setiap sesi rawatan mengambil masa satu jam sebanyak tiga kali seminggu.

"Pesakit tidak perlu tinggal di PPUM. Selepas menjalani rawatan selama seminggu, pesakit direhatkan untuk tiga minggu sebelum rawatan seterusnya. Pesakit perlu menjalani rawatan sebanyak sembilan kali," katanya.

Beliau berkata kos bagi rawatan ESMR adalah kira-kira RM2,500.

Katanya PPUM akan menggunakan peralatan ESMR mulai esok yang diperolehi dengan kos RM2.8 juta.
BERNAMA

Parkinson's : Penyakit Saraf Yang Mencelarukan

Lutfi semakin sihat

Keadaan kesihatan Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman semakin baik sejak melakukan pembedahan bypass di Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) pada 26 April 2010 yang lalu.

Beberapa rakan sekolah Lutfi ketika di Sekolah Menengah Teknik (Lebuhraya) Alor Setar yang menziarahinya melahirkan rasa syukur melihat keadaan Lutfi.

Dr Syed Halim yang menghantar sms menulis, "semasa saya ke wad HUKM beberapa hari yang sudah, Lutfi sudah boleh bersembang dan mula bangun dari katilnya".

Seorang lagi rakan sekelas Lutfi di UTM, Mohd Zamri B Md Dali memberitahu saya tadi bahawa Ketua Pengarang Harakah itu berharap akan dibenarkan keluar dari wad pada hari ini.

"Bersyukur dan semoga dia dapat menjalankan tugas dengan lebih bersemangat nanti" kata Zamri.

Sunday, May 2, 2010

Rosmah puas, semua pemimpin mahu jumpa Najib

Rosmah Mansor sekali lagi sepatutnya diberi peluang berbanggga dan berpuas hati dengan stamina suaminya Najib Razak.

Pemimpin-pemimpin besar dunia teringin sangat berjumpa Najib. Tidak ketinggalan Obama dari Amerika.

Najib memberitahu media, beliau tidak tunduk kepada Obama seperti yang didakwa pembangkang.

Jika begitu, sudah tentu dakwaan pembangkang lagi meleset bilamana mereka mengatakan Najib tunduk kepada Rosmah.

Lee Kuan Yew terasa sesuatu yang luar biasa ada pada diri Rosmah. Lee juga tidak melepaskan peluang berjumpa Rosmah ketika di Malaysia beberapa bulan yang lalu.

Penduduk Mongolia menaruh harapan yang tinggi agar dapat bersalam dengan Najib dan Rosmah. Hebat !

Puteri mereka Altantunya pernah dikaitkan dengan Malaysia.


Najib: Obama yang mahu berjumpa saya

Saturday, May 1, 2010

Ibrahim Ali perasan MB Kelantan ?

Kelmarin, Ibrahim Ali mewakili rakyat Kelantan memohon maaf kepada Sultan Selangor.


Katanya beliau berbuat demikian setelah Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan enggan berbuat demikian ekoran mempertikaikan titah Sultan melarang masjid digunakan sebagai pentas politik.

Ibrahim merasakan dirinya seolah-olah berada ditempat Menteri Besar Kelantan.

Dia lupa diri bahawa kerusi Pasir Mas yang sedang didudukinya kini pun adalah ihsan dari parti PAS. Jika bertanding sekali lagi di situ, entah boleh menang atau tidak.

Orang macam Ibrahim perlu ada di dalam politik Melayu. Jika tidak sunyi kenduri-kendara orang Melayu lebih-lebih lagi politik Melayu UMNO.

Dia pemimpin Melayu Malaysia. Mendapat sokongan pemimpin 'Melayu' seperti Tun Mahathir Mohamed. Dia jugalah pernah berbohong kepada orang Melayu bahawa akan mencium buntut Mahathir jika dia masuk semula kedalam UMNO.

Cakap berdegar-degarnya ketika itu telah mempengaruhi ramai orang Melayu nasionalis.

Sayang dalam hal mencium buntut, tidak ada siapapun dari kalangan orang Melayu termasuk Perkasa yang mahu mewakilinya mencium buntut Mahathir sepertimana ia cuba mewakili orang Kelantan memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Ada kawan-kawannya berkata bab mencium buntut itu cuma lawak jenaka Ibrahim dalam politik.

Boleh percaya lagikah cakap berdegar-degarnya itu sekarang jika semuanya dianggap lawak ?