Friday, March 19, 2010

CUEPACS : Kaji punca penjawat awam rasuah

KUALA LUMPUR: Cuepacs semalam menggesa kerajaan menjalankan satu kajian bagi mencari punca penjawat awam, terutama mereka yang berada dalam kumpulan sokongan, terbabit dalam rasuah.

Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata, pemerhatian Cuepacs sejak beberapa tahun lalu mendapati skala gaji rendah dan kos sara hidup tinggi mungkin menjadi antara faktor penjawat awam terbabit rasuah.

Beliau berkata, mungkin banyak lagi faktor lain menyebabkan berlaku rasuah dalam perkhidmatan awam dan penting bagi kerajaan mencari punca sebenar gejala ini dan mengambil langkah mengatasinya dengan segera.

"Cuepacs tidak pernah menyokong amalan rasuah dan sentiasa menasihatkan penjawat awam supaya melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing sekiranya mereka ditawar dengan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Zakaria Jaafar, bahawa penjawat awam adalah kumpulan tertinggi yang terbabit dengan rasuah pada tahun lalu. Daripada 191 penjawat awam yang disyaki terbabit, 160 daripadanya adalah daripada kumpulan sokongan.

Ahmad Shah berkata, pemerhatian mendapati skala gaji penjawat awam, terutama dalam kumpulan "petugas penguatkuasaan" dalam negara amat rendah berbanding negara lain. Beliau memberi contoh, seorang konstabel di Taiwan dibayar gaji RM14,000 sebulan, berbanding RM800 hingga RM1,200 di Malaysia. – BERNAMA

Thursday, March 18, 2010

Najib dan Rosmah masuk kubur kambus sendiri

Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia mengambil kesempatan memasukkan 'kepujian' untuk dirinya dan juga untuk isterinya Rosmah Mansur ketika ucapan tersebut dibaca oleh Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan persidangan parlimen dua hari yang lalu.

Orang kampung pun berkata, "Najib dan Rosmah hebat. Agong puji mereka".

Masuk bakul angkat sendiri, masuk lift tekan sendiri, masuk kubur kambus sendiri.

Begitukah ? TAHNIAH Najib dan Rosmah !

Sunday, March 14, 2010

Mahathir puji Azizan, Mukhriz kata tiada kemajuan

Sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar Kedah kesepuluh, Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri pernah memuji Ustaz Azizan.

Tadi, anak Tun yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, membayangkan bahawa di bawah pentadbiran Ustaz Azizan selama dua tahun ini, tidak ada sebarang kemajuan.

Saya tak tambah atau kata apa-apa. Cuma teringat Shafie Apdal kata benda yang sama beberapa bulan yang lalu.

Nak tunggu pula komen YB ADUN Sg Limau. Adakah betoi Mukhriz kata lagu tu Ustaz ?

Atau, saja dok lawak adik beradik...

Jika rajin, bolehlah baca :

Apabila Tun M puji MB Kedah

Pembangunan Kedah Di Bawah Pakatan Rakyat Mengecewakan - Mukhriz

Mukhriz MB Kedah kesebelas ?

Sumbangan untuk Lutfi





Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman akan menjalani pembedahan jantung angioplasti, kali ketiga dalam waktu terdekat sebaik cukup dana.
Bagi mereka yang ingin memberi sumbangan untuk membiayai kos rawatan Ahmad Lutfi Othman, boleh menyalurkan bantuan melalui akaun anak beliau


Maybank Ahmad Luqman
Hakim 162179670906
(Diambil Dari Detikdaily)

Saturday, March 13, 2010

Samy goyang JPA

Hanya Samy Vellu sahaja boleh ajar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Saya puji pemuda Gerakan, Devamany-MIC dan Datuk Murugaiah-PPP. Mereka kelihatan ada buat kerja.

Dalam banyak hal, saya kura
ng bersetuju dengan Samy Vellu. Tapi dalam isu seperti ini saya menyokongnya.

Wakil rakyat UMNO ada yang bersuara ?. Harapkan menjadi pejuang palsu Melayu bolehlah.

Pelajar IPT terpaksa ikat perut, harga barang naik, tabung haji naik, tambang pengangkutan awam naik dan bermacam-macam lagi. Ada dengar wakil rakyat UMNO bersuara ?

Syabas Samy. Kasi goyang itu JPA !

Mana ada pejuang Melayu dari UMNO

Dari Penarek Beca : Klik gambar lihat anak panah
Saya bukan benci orang Cina.

Saya nak tergelak apabila ada orang UMNO berkata dia adalah pejuang Melayu. Dengan menobatkan dirinya sendiri sebagai pejuang, maka dia bersekongkol dengan orang Cina dalam semua aktiviti demi memperbodohkan bangsanya yang saban kali pilihanraya memberikan undi kepada mereka (pejuang bangsa konon).

Kemudian dia menuding jari ke arah Pakatan Rakyat yang berbaik dengan Lim Guan Eng.

Baca juga Dari Celah kangkang Cina pejuang palsu menjerit.

Manakala pejuang Melayu Penang kelihatan menjerit dari dalam kain isteri masing-masing.

Wah ! Hebat.

Mereka adalah pejuang-pejuang palsu. Hidup mati mereka adalah dengan taukeh-taukeh. Mereka hidup untuk "makan apa saja". Hatta darah bangsa mereka sendiri dihirupnya.

Jika mereka makan untuk hidup, nescaya sudah terbela bukan sahaja kaum Melayu di Malaysia tetapi juga Cina, India, Siam, Kadazan, Murut, Dayak dan sebagainya.

Adakah 52 tahun itu singkat masanya. Ya bagi mereka yang belum puas mengaut khazanah negara.

Ada yang berkata, jika UMNO boleh menjadi pejuang bangsanya bermakna kiamat sudah hampir tiba.

Buat masa ini mana ada pejuang Melayu dari UMNO untuk membela rakyat Malaysia. Itu cuma indah khabar dari rupa sahaja.

Thursday, March 11, 2010

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan


Syabas wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Berapa ramai wakil rakyat UMNO ke hospital kerajaan untuk menerima rawatan. Siapa biasa nampak ?

Jika adapun dikatakan melalui pintu belakang. Biar masyarakat tunggu dan melalui kerenah birokrasi.

Wakil rakyat UMNO adalah dari kalangan yang mendapat projek berjuta-juta. Dia tak mainlah hospital kerajaan.

Hampa yang dok pi sokong depa la, tunggu giliran berjam-jam dan ada yang sampai meninggal dunia.

Ada tak wakil rakyat BN dan UMNO yang melawat seperti Sivakumar dan memberikan cadangan untuk memperbaiki kelemahan di hospital-hospital kerajaan ?

Biasa dengaq ?

Menteri Kesihatan MCA dok sibuk berpolitik. Tak habis-habis. Ketua Pengarah dah berusia 62 tahun. Macam la tak dak orang lain nak gantikan dia.

Siapa menjadi mangsa. Hampa yang dok pi pangkah UMNO la. Tulang belakang BN.

Esok ditakdirkan Pakatan Rakyat menang persekutuan, maka akan timbullah segala kelemahan mak nenek di hospital-hospital kerajaan.

Sesuatu perlu dilakukan. Wajibkan semua yang bergelar wakil rakyat termasuk wakil-wakil rakyat UMNO dan BN ke hospital-hospital kerajaan dahulu dan selepas itu dia nak ke hospital swasta atau ke Amerika, Jerman, Singapura, Thailand atau mana saja, terpulang pada dia.

Adakah nak boleh...

Wednesday, March 10, 2010

Mufti kelihatan gincu dibibir UMNO

Tidak semestinya siapa yang ada lesen boleh buat kerja, tahu buat kerja atau kerjanya betul.

Ada polis bohong, rogol dan rompak. Ada guru liwat murid. Ada doktor matikan pesakit. Ada peguam kelentong anak guamnya. Ada paderi meniduri pelajarnya. Ada tok imam ditangkap berkhalwat. Ada pegawai SPRM merasuah. Ada jambatan runtuh kerana arkitek. Macam-macam berlaku.

Ada pula ulama termasuk mufti apabila bercakap tidak ikut Quran dan hadis.

Bercakap ikut sedap mulut, ikut sedap rasa, ikut kederasan angin politik ,ikut pula kroni dan sebagainya. Sejarah telah menghamparkan beribu kisah tentang itu.

Pengamal arak ditangkap ketika meminumnya kerana kata mufti, itu menyalahi agama. Tuan punya saham terbesar kilang arak yang mengeluarkan produk itu untuk edaran pengamal arak dibolehkan pula oleh mufti yang sama.

Saya teringat kisah sewaktu saya kecil-kecil dulu. Kisah penembak anjing dari Jabatan Haiwan di kampung saya Pekan Keroh.

Oleh kerana penduduk di Keroh ramai juga Cina, India dan Siam, maka ketika itu banyaklah anjing-anjing yang dibela oleh mereka di atas pelbagai sebab.

Tidak hairanlah bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa pun kerap menjadi mangsa anjing-anjing itu.

Jabatan Haiwan mengambil inisiatif menyuntik anjing-anjing itu dan selepas suntikan, dikalungkan lesen aluminium di leher anjing-anjing berkenaan. Kata pegawai berkenaan jika anjing menggigit selepas itu, tidak perlu bimbang akan bisa atau racunnya.

Pada suatu hari, kawan saya ditokak seekor anjing dari banyak-banyak anjing yang berkeliaran berhampiran rumahnya. Setelah ditinjau didapati anjing yang menokak itu dari gerombolan yang ada lesen.

Faham-fahamlah pekan Keroh itu kecil. Boleh dikatakan kita kenal satu sama lain. Saya pun bertanya kepada pegawai berkenaan, "Pak Cik, kenapa kawan saya itu perlu disuntik ubat walaupun anjing berkenaan sudah ada suntikan dan lesen".

Katanya, "walaupun anjing itu ada suntikan dan lesen, tetapi kita perlu waspada kemungkinan penyakit merbahaya tetap ada".

Maksudnya lebih kurang penyakit campak, rubella dan sepertinya. Biarpun disuntik vaksin semasa kecil, kebrangkalian ianya ada lagi tidak boleh ditidakkan.

Adakah saya nak kaitkan kisah ini dengan ulama atau mufti yang ada lesen ?

Bukan. Pertamanya, nostalgia bunyi tembakan anjing seperti itu sudah tidak kedengaran lagi di Keroh.

Keduanya, masyarakat Malaysia termasuk di Keroh sudah semakin cerdik. Kata mereka, ada lesen bukan bermakna tidak ada kemalangan.

Contoh ketika memandu. Ada yang cuai, lalai, mabuk, ada lesen kopi, tidak cukup tidur dan sebagainya.

Cuma ada yang tertanya-tanya. Apakah perhiasan seperti bau-bauan, berpegang pegangan, bertepuk, bercium, angkat mengangkat, puji memuji dan yang seperti itu menjadi salah satu dari faktor penyebab kemalangan juga.

Seperti dakwaan sesetengah orang, kelihatan ada mufti cuba mahu menjadi gincu dibibir UMNO.

Bukankah itu juga faktor yang boleh menyebabkan kemalangan politik ?

Mufti kemalangan dilebuhraya politik ! Lebuhraya yang memisahkan agama darinya.

Exco baru Kedah

Dua Exco baru di negeri Kedah. ADUN Ayer Hitam Abd Ghani Ahmad (PAS) dan ADUN Sidam Tan Show Kang (PKR).

Selamat bertugas.

Dua yang digugurkan Abdullah Jusoh Pantai Merdeka dan Tan Wei Shu Bakar Arang.

Tuesday, March 9, 2010

Erdogan : Palestin adalah isu kami

Selasa , 09/03/2010 – Perdana Menteri Turki, Receb Tayyib Erdogan mengisytiharkan Palestin adalah ‘isu kami’ dan ia tidak pernah dan tidak akan gugur daripada ‘senarai agenda kami’.

Beliau juga menuntut agar sekatan yang dikenakan terhadap Gaza ditamatkan segera sebagai memenuhi ‘tanggungjawab kemanusiaan’ sebelum menunaikan ‘tanggungjawab keislaman’.

Dalam satu pertemuan dengan satu delegasi wartawan Palestin pada hari Ahad (7/3), beliau berkata, “Luka anda adalah luka kami. Sudah tiba masanya luka tersebut sembuh.”

Beliau menambah, “Hubungan kita amat rapat. Tetapi kita mahu meneguhkan lagi hubungan tersebut dengan menghalang sebarang perpecahan dan perselisihan pada masa akan datang sehingga kita benar-benar menjadi seperti satu jasad. Kesengsaran yang menimpa anda akibat perang terhadap Gaza menjadikan kami marah. Seluruh rakyat Turki keluar bagi menyokong perjuangan anda"

Beliau juga menambah “Saya ingin menegaskan bahawa isu Palestin adalah isu Timur Tengah, dan isu Timur Tengah adalah isu dunia keseluruhannya. Faktor yang menyebabkan isu ini tidak dapat diselesaikan adalah kerana ada beberapa pihak yang mengeksploitasi isu tersebut bagi kepentingan sendiri.”

Sumber : Palestinkini.info