Kelmarin berlangsungnya dialog Perpaduan Melayu bertajuk "Cabaran dan Realiti" di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihadiri oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.Dari percakapannya ada beberapa perkara berikut boleh diambil sebagai intipati penting:
PAS bersikap angkuh dengan menolak syor Sultan dan Muft iagar dibentuk kerajaan campuran Melayu di negeri itu pada tahun 2008 iaitu selepas keputusan pilihanraya yang kedua belas
Harussani diberi kepercayaan oleh Sultan Perak untuk menjadi orang tengah
Harussani kecewa apabila PAS menolak hasrat Sultan Perak menggabungkan PAS-UMNO dan menolak orang Cina dalam menerajui kerajaan Perak
Katanya, Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
Mufti itu bertanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu dia ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Harussani berkata jika BN ini zalim, dia tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah
Mufti itu telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan yang pada awalnya tidak bersetuju tetapi akhirnya berkata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi telah hubungi Harussani dan bersetuju dengan cadangan itu.Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad).
Mufti ini juga telah menghubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju
PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
Kesimpulannya dari kenyataan Harussani menampakkan bahawa Sultan Perak, UMNO dan Harussani sendiri tidak mahu orang Cina bergabung sebagai kerajaan di Perak biarpun ada kerajaan seumpama itu di Pulau Pinang di bawah Gerakan.
Bermaksud juga sebelum cadangan pembentukan kerajaan dan sebelum nama Nizar dikemukakan kepada Sultan, sudah ada perbincangan belakang tabir.Malah Harussani sendiri menawarkan jawatan Menteri Besar kepada PAS.
Bukankah ini menunjukkan konspirasi sejak dari awal lagi ? Jika di atas nama dan kepentingan Melayu, kenapa di Pulau Pinang dihalalkan pemerintahan Cina Gerakan sejak berpuluh tahun yang lalu ?
Apabila KJ bercakap tentang bilangan majoriti yang berkurangan dan keperluan meletakkan jawatan, maka ada sesuatu yang tidak kena.
Katanya Anwar menerima kepercayaan yang agak luar biasa dari PAS dan DAP untuk mengetuai tugasnya sebagai Ketua Pembangkang di parlimen biarpun ia (Anwar) kehilangan tiga anggota parlimen dari PKR.
Mungkin KJ bermaksud, Anwar yang partinya peroleh majoriti pun sebelum ini, boleh menang tetapi tidak diberikan apa-apa jawatan. Itukan lebih cantik.
Tidak akan mengundang masalah kepada sesiapa. Ludah ke atas tak semestinya kena di muka sendiri.
Seperti KJ juga. Menang ketua pemuda mengalahkan Mukhriz dan Khir Toyo tetapi tidak diberikan jawatan kabinet seperti kebiasaannya. Tak begitu KJ !
Musa Hassan Ketua Polis Negara yang masih disambungkan kontrak perkhidmatanya seolah-olah anggota Polis di bawahnya bangang, tiada calon dan sukar menggantikannya, mungkin percaya bahawa dirinya itu bukanlah penipu biar apa persepsi orang lain terhadapnya.
Mungkin baginya, setiap kali dia bercakap apa yang melibatkan kepimpinan negara dan parti politik, maka masyarakat kena 'telan' dan wajib percaya bahawa Musa Hassan seorang penjawat awam yang wara'.
Kata-kata dan pandangannya adalah peraturan dan undang-undang.
Tetapi malang, ramai pecinta demokrasi di Malaysia geli dan nak termuntah sebaik sahaja mendengar namanya.
Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin bukan setakat mengingatkan tetapi memberi amaran kepada pembangkang bahawa jangan cuba menjolok sarang tebuan.
Pembangkang kena ibarat diri Fairus itu sebagai tebuan yang ganas dari spesis UMNO yang mengelupok seperti cacing kepanasan ketika berada dalam Pakatan Rakyat.
Agaknya racunnya sama bisa seperti bisanya penyengat Tok Pa dan penyengat Awang Adek terhadap rakyat Kelantan.
Bisa semakin menjadi-jadi gamaknya jika tidak diberi makan benda pelik-pelik.
Habis satu Penang akan ditelanjangkannya lalu ia akan kembali sebagai juara tebuan.
Sejak beberapa hari kebelakangan ini nampaknya isu pengamal media terutama sekali blogger di negeri Kedah yang tidak mendapat perhatian dan kerjasama yang sepatutnya dari kerajaan negeri dibangkitkan oleh para blogger.
Pada 8 Mac 2010 ini genaplah dua tahun kerajaan PAS memerintah Kedah. Rata-rata blogger yang memberikan liputan tentang berita di Kedah diabaikan oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Azizan Abdul Razak.
AFRAR YUNUS dari blog alkerohi menghubungi YB Dr Hj Hamdan B Mohamed Khalib Exco Penerangan Kedah merangkap ADUN Tanjung Dawai untuk mendapatkan komen beliau tentang perkara ini.
Adakah YB sedar akan perkara yang dibangkitkan dalam blog-blog terutama sekali blogger Kedah sepanjang beberapa hari ini tentang kerjasama dan peranan media dan blogger di Kedah.
Ya sebenarnya saya menyedari perkara ini. Kita dalam sektor kerajaan terpaksa melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, kami telah lama berikhtiar untuk menjadikan ianya sebagai kenyataan iaitu dengan mewujudkan sebuah urusetia penerangan yang kukuh pada peringkat negeri.
Ada apa-apa masalahkah YB
Ialah, kita terpaksa melalui banyak halangan-halangan. Saya memang berhajat hendak berjumpa dengan media dan blogger di seluruh negeri Kedah. Lagipun jawatan ini baru saya pegang dan ini pula kedengaran ada rombakan dalam barisan exco. Tapi percayalah samada saya kekal atau tidak, InsyaAllah perkara ini saya akan lakukan sendiri atau sampaikan kepada pengganti baru nanti.
Urusetia macamana yang YB maksudkan
Satu urusetia sebagai pengganti kepada peranan yang dimainkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan RTM yang mana buat masa ini kita tidak ada. Supaya ia boleh menyampaikan segala perancangan dan aktiviti kerajaan negeri kepada rakyat.
Apa harapan YB kepada bloggers sebagai penyampai media baru
Kami berharap sangat kerjasama para blogger dan pengamal media memberikan idea kepada kerajaan negeri. Bloggers memang penting dan saya tidak menafikan ini. Saya berharap agar kita dapat mengolah satu hubungan kerjasama yang lebih erat.
YB mungkin ada maklumat bahawa bloggers Perak telah mengadakan mesyuarat pada 19 haribulan yang lalu di bawah seliaan ADUN Titi Serong YB Idham Lim ?
Ya saya mendapat tahu tentang perkara itu dan saya berharap kita akan mengadakan seumpamanya di Kedah.
Ramai yang tidak setuju CUEPACS terlibat sama dalam pakatan 76 NGO seperti di atas.
Senarai penuh NGO berkenaan juga tidak disiarkan.
Apa hal CUEPACS cari nahas ?
Ada orang kata dimana ada Ibrahim Ali di situ ada was-was, dan dimana ada was-was di situ pasti ada Ibrahim Ali. Betulkah ?
Ada juga orang kata, dimana UMNO dipijak dan kelihatan hilang kuasa, langsung tidak sama dengan ungkapan "Melayu dan Islam dipijak dan kelihatan hilang kuasa".
Sebelum susah payah mendapat kerajaan, terlalu banyak idea PAS.
Pulau Pinang sudah lama adakan wi-fi dikebanyakkan tempat di negeri itu. Guan Eng dibanding dengan Azizan Razak, jauh bezanya.
Ada orang kata jika Hadi Awang di Terengganu dulu, 'seroma' Abdullah Badawi, maka Azizan Razak adalah seroma tetapi di Kedah.
Jika ada tingkat empat di Putra Jaya, ada pula tingkat dua di Wisma Darul Aman. Bezanya, budak-budak tingkat empat tu hyperactive, budak-budak tingkat dua ni 'mengeser'.
Patutlah ada yang habaq, nak jumpa Azizan pun, terketak-ketak macam nak tercabut kepala lutut.
Ni bukan zaman Hitler la..
Maka tak heranlah apabila Shahanim mahu Puteri terjaui blog dan Bashah sudah adakan wi-fi di Bahagian Alor Setar.