Monday, May 18, 2009

Aku dapat bintang kerana Sultan kenal aku

Di dalam posting di sini, saya pernah menulis tentang kegemaran sesetengah individu mengutip bintang dan pingat. Manusia memang pelik. Ada yang gemar mengumpul stem, ada yang gemar memburu, ada yang gemar bersukan, ada yang gemar mengutip botol, ada yang suka jika diberi pingat dan bermacam-macam lagi.

Jasa kepada masyarakat dan negara tidak ada. Tetapi kerana baik dengan orang tertentu, boleh ambil borang ‘anugerah’ dan mengisi sendiri, lalu meminta orang tertentu itu mentandatanganinya.

Saya tertarik dengan tulisan Dato’ A Kadir Jasin. Kata beliau, “Maaf cakaplah. Macam sesetengah gelaran diraja, gelaran kehormat universiti pun, kata orang putih, sudah jadi ‘a dime a dozen’ atau dalam loghat Kedah, sedozen sekupang”.

“Di sesetengah negeri, gelaran diraja (termasuk oleh Gabenor) sudah jadi macam lawak. Budak 20-an tahun pun boleh dapat asalkan bapanya jutawan yang pemurah dengan ‘derma’ dan ‘sedekah’” katanya lagi.

“Sejak empat lima tahun kebelakangan ini, ada pengarang media massa yang dapat lima atau enam gelaran Datuk daripada negeri dan wilayah. Tak cukup dengan gelaran Datuk, diberikan pula gelaran Datuk Seri” tulis Dato’ Kadir lagi.

“Kalau di Malaysia, sang isteri akan mengatakan suaminya layak dianugerahkan itu dan ini” tambah beliau.

Saudara Syed Imran atau Pak Tuan pula menulis, “saya diberitahu bahawa seorang kenalan lama semasa di Kelawai, Pulau Pinang akan bergelar Tan Sri dalam tempoh terdekat ini”


“Bukankah gelaran seperti itu sudah tidak dihairankan orang?”tulis Pak Tuan lagi.


“Saya mendapat tahu bahawa nama kawan saya itu dikatakan dikemuka dan disokong oleh mantan perdana menteri sebelum dia melepaskan jawatannya itu”


Cuma seronok kerana ada orang seronok mengutip bintang sahaja. Untuk membantu orang tidak pula kecuali jika ada media membuat liputan. Apabila ditanya, katanya “sultan kenal aku, itu sebab dapat bintang. Bukan diminta membantu orang”.

Jasa apa orang seperti ini ? Seperti kera mendapat bunga.

Rasanya, tindakan orang yang memberi bintang kepada manusia seperti ini seolah-olah 'mencurahkan air didaun keladi'.

Saturday, May 16, 2009

Apa Daud Iraqi mahu

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang mahukan jawatan nombor satu dan dua dalam PAS diterajui oleh ulama' kini berhadapan pula dengan kenyataannya sendiri bahawa 'ada unsur-unsur rasuah' dalam pemilihan parti.

Cakap kena satu macam. Sekejap cakap rasuah, sekejap kata kemungkinan... jangan-jangan ada ahli PAS yang percaya, ' dalam politik, memang ulama' kena cakap macam tu'.

Friday, May 15, 2009

Perak : Diantara raja dan rakyat ada tembok ?

Taman Tasek Keroh


Penduduk Keroh atau nama barunya Pengkalan Hulu sangat prihatin tentang politik Perak.

Rata-rata mereka khuatir dan bimbang akan masa hadapan negeri yang pernah menjadi pengeluar bijih itu.

Kata mereka, "negeri kita kaya. Pemimpin kita juga kaya. Dari ahli politik sehinggalah ke istananya, tetapi rakyat kampung masih tidak banyak berubah".

Kemelut siasah Perak kini banyak menimbulkan tanda tanya kepada mereka dari menampakkan jalan penyelesaian.

Banyak pihak mengatakan diantara istana Perak dan rakyatnya ada dinding seperti tembok Berlin.

"Kami tidak pernah melihat tembok ini" kata Ismail Ahmad. "Adakah" kalut Ahmad lagi.

"Ada yang mengatakan tembok itu adalah tembok projek yang dianugerahkan oleh kerajaan Wan Malaysia" tanya Arumugam.

Adakah seperti itu ?

Apapun, pemimpin datang dan pergi, rakyat Perak tetap akan berada di bumi bertuahnya.

Wednesday, May 13, 2009

Zambry sama dengan Mandela dan Ghandi


Masuk bakul dan angkat sendiri. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Itulah Nelson Mandela dan Mahatma Ghandi Perak, Zambry Nelson Ghandi.

Buat masa ini 'air basuhan kaki' Nelson
Mandela dan Mahatma Ghandi difikirkan tidak dapat disamakan dengan apa yang ada pada Zambry. Jasa dan sumbangan tidaklah seberapa.

Zambry, hang rasa apa benda yang hang buat boleh disamakan dengan yang pernah dibuat oleh Mandela dan Ghandi ?

Rakyat Perak nak tau.

Tuesday, May 12, 2009

Razaleigh : Sultan dan sistem beraja tanggung malu


Semuanya kelihatan seperti drama bersiri yang belum ditetapkan bilangan episod terakhirnya. Pengarahnya terlalu ramai.

Kelmarin apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistiharkan Mohd Nizar Jamaludin masih sebagai Menteri Besar Perak yang sah, terlalu banyak komen termasuk daripada politikus veteran mengatakan, "demokrasi telah dikembalikan" dengan keputusan tunggal hakim berkenaan.

Bagi saya, adalah terlalu awal untuk mencerminkan demokrasi, kebebasan
kehakiman, ketelusan kerajaan, kewibawaan institusi istana dan sebagainya hanya dengan satu penghakiman yang dilihat sebagai "mewakili suara majoriti rakyat".

Biar mulut Zambry Abdul Kadir bertasbih beribu kali mengatakan, "kita terima keputusan mahkamah", namun tindak-tanduk awalan Abdullah Ahmad, Najib Abd Razak dan Zambry sendiri telah mencontengkan arang ke muka pengadilan dan demokrasi itu sendiri.

Muhyiddin Yassin mengatakan bahawa, "kita bimbang tiada penyelesaian. Perkara ini perlu dilihat dari perspektif rakyat" ketika mengulas kemelut di Perak.

Malah, isu penculikan V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri biar hanya untuk seketika merealisasikan kebiadaban penggubal undang-undang yang dilihat sebagai tidak beretika dan tidak bermoral.

Sudahlah perlantikannya Speaker baru datang dari satu kumpulan yang tidak sah, tanpa upacara mengangkat sumpah seperti lazimnya dan tindakan mereka 'mengkatunkan' DUN yang sebelum ini dikira mulia, sangat-sangat mencemar dan memalukan rakyatnya.

Mei 7 pasti meninggalkan kenangan pahit dan manis. Perak masih menangis sesudah Gaza.

Anak raja Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah berpandangan bahawa peristiwa ini bukan sahaja telah membelit Perak, malah merosakkan keluhuran undang-undangnya, mencalarkan badan kehakiman, polis dan pentadbiran awamnya serta mencemarkan sistem beraja di mata umum.

Tegas Razaleigh lagi, "sultan dan sistem beraja itu sendiri menanggung malu dengan babak ini".

Ahli-ahli politik dari Gerakan, Pakatan Rakyat, pakar perlembagaan, Suhakam, NGO, mereka yang berminat dengan politik dan undang-undang, pemerhati politik, penulis, mahasiswa, pekerja, individu dan rakyat bukan sahaja dari Perak hatta seluruh Malaysia mengharapkan agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan supaya hak rakyat dikembalikan ke tangan mereka.

Mahkamah tidaklah merupakan institusi terbaik. Ia bertindak seperti "muzium". Tiada roh di dalam undang-undang buatan manusianya.

Dewan Undangan Negeri telah dicemarkan dengan kerakusan politikus, polis dan senjata, dan banyak 'binatang betopengkan manusia' di dalamnya baru-baru ini.

Sistem monarkinya sentiasa menegaskan bahawa mereka bukanlah bisu dan pekak. Tetapi tidak ke mana jua tindakan mereka.

Kuasa hebat yang ada hanyalah pada rakyat. Makkal shakti sahaja dapat merubah keadaan. Bukan sahaja mahkamah, DUN dan monarkinya malah kepimpinan yang buta boleh digantikan dengan kuasa hebat ini.

Tengku Razaleigh menambah, "kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri".

Jangan jadi macam, "hidung sudah rampung, masih mahu diatur orang".

Monday, May 11, 2009

Perak : Zambry MB tidak sah

Zambry Kadir diistihar Mahkamah Tinggi sebagai MB Perak yang tidak sah.

Sultan Perak tidak mempunyai kuasa mengarahkan MB Nizar meletak jawatan.

Berita akan menyusuli.

Saturday, May 9, 2009

Siapa arah Raja Nazrin tunggu ?

Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah sepatutnya berucap marasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada jam 10.00 pagi 7 Mei 2009.

Ramai yang terkejut dan hairan, siapa pula yang 'mengarahkan' Raja Nazrin untuk tunggu sehingga jam tiga petang di bangunan SUK Perak itu.

Adakah permintaan dari parti politik UMNO atau arahan ayahandanya sendiri atau di atas inisiatif sendiri ?

Adakah arahan seperti itu ? Lazimkah keadaan seperti ini?

Rakyat kebingungan dan semakin bercelaru.

Thursday, May 7, 2009

Perak : Demokrasinya


Kelihatan bercahaya ialah wilayah, rakyat dan kedaulatan rakyat.
Kegelapan itu adalah kerajaan yang dipayungi.
(foto flickr.com)

Hospital cuai dan dera lagi

Hospital lagi ? Kali ini kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Buang saja dari kerja pegawai perubatan tersebut.

[Mana ahli jawatankuasa siasatan awam setiap daerah untuk menyiasat kecuaian dan penderaan kakitangan hospital terhadap orang awam ? ]

Harapkan Kementerian Kesihatan ?

Apa khabar Ismail Merican dan Hospital Serdang ?

Mati kerana kecuaian hospital di Malaysia adalah qada dan qadar!


Monday, May 4, 2009

Nik Aziz : PAS Penang, jangan kacaulah...


Nasihat daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada pemuda PAS Pulau Pinang.

Mursyidul Am itu berkata PAS perlu berpegang kepada janji yang dibuat dengan PKR berkaitan pengagihan kerusi di Penanti.

Bawa-bawa bersabarlah Hafiz.

Penamaan calon pada 23 Mei dan hari mengundi 31 Mei. Tak berapa hari lagi saja.