Kedah : Lantikan Mukhriz melepaskan ular bisa
Pemerhati politik membayangkan bahawa untuk membuang terus Bashah yang mempunyai kelulusan akademik yang rendah dan rentetan perkhidmatannya yang tidak cemerlang dari politik Kedah dikira sebagai menghina diri dan penyokongnya.
Lagipula bukankah Bashah merupakan salah seorang dari 22 ADUN di Kedah yang pernah dipanggil menghadap Dr Mahathir Mohamed di Jabatan Perdana Menteri dalam isu melantik Sanusi Junid sebagai Menteri Besar kelapan.
Apakah Bashah akan membiarkan anak mantan Perdana Menteri itu terlepas ?
Melantik Mukhriz sebagai Timbalan Ketua UMNO Kedah bermakna melepaskan ular-ular tua yang berbisa ke gelanggang pilihanraya ketigabelas.
Jika tidak mematuk sesama sendiri, menggeletek pun memadailah.
Seperti kata Bang Din Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu bahawa Mukhriz terlalu mentah di arena politik.
Shamsudin adalah orang kuat Johari Baharom panglima perang G7 yang berjaya menyahkan Mahathir dari poitik Kedah satu masa dahulu.
Exco Kerajaan Negeri Kedah Abdul Ghani Ahmad menyifatkan pelantikan Mukhriz dibuat hanyalah kerana mengenangkan bapanya.
Sama seperti pelantikan yang dibuat terhadap Najib (pdrm) penghisap darah rakyat Malaysia dan Hishamudin Tun Hussein.
"Dari segi kelayakan lebih ramai ahli UMNO yang mampu mengetuai mereka tetapi bukankah UMNO parti anak beranak" kata Wahab Din penyokong kuat Johari di Jitra.
Ramai penyokong UMNO menuding jari di atas apa yang mereka sifatkan kesilapan Majlis Tertinggi dalam memilih calon. Bahkan Shapie Apdal pun di'sepak' keluar dari peta politik Kedah biarpun Tun Mahathir memberikan sokongan seratus peratus kepada orang Sabah itu.
"Mukhriz masih budak-budak dalam politik. Tidak menonjol berbanding KJ yang lantang. Pelantikannya memberikan isyarat kepada Bashah supaya cari kotak dan bungkuslah barang" marah seorang penyokong Azeez Rahim dari Pulai, Baling.
Pengundi di Megat Dewa dan Jerlun memberitahu, sangat sukar menemui Mukhriz di kawasannya.
Mahfuz Omar pula mengatakan Mukhriz jarang sekali hadir mesyuarat bahagian di Kubang Pasu kerana tidak sebulu dengan beberapa pemimpin di situ
Jika bapanya pernah tinggal di Titi Gajah Jitra, Mukhriz pula sudah berhijrah dan tinggal dibanglo berjuta ringgit di Kuala Lumpur.
Seorang wartawan veteran membayangkan bahawa UMNO tdak mempunyai calon untuk dijadikan Menteri Besar.
Najib pdrm kini sedang menari mengikut rentak Mahathir. Pengaruh Mahathir sudah mula kembali.
"Kita boleh beri markah 9 kepada KJ. Mukhriz yang berahi dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sama seperti bapanya boleh diberi markah 1.5 sahaja" kata Kak Kiah bekas jawatankuasa Wanita Negeri.
Apapun, pilihanraya ketigabelas yang dijangka akan diadakan diantara Mac-Mei 2011 pasti akan mempamerkan kehebatan jaguh-jaguh politikus di Kedah.
Bukan diantara PAS dan UMNO tetapi sesama jaguh-jaguh kampung UMNO.
[pembetulan : sanusi junid sebagai mb kedah yang ke 7 dan bukan ke 8. harap maaf ]