Sunday, December 19, 2010

Jika PR menang peringkat persekutuan, 10 insentif menanti

KEPALA BATAS, 19 Dis — Pakatan Rakyat (PR) menawarkan Program 100 Hari yang terdiri daripada 10 insentif jika pihaknya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  • Mengarahkan Khazanah Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat
  • Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan
  • Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa Bandar
  • Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman
  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah
(Dari TMI)

5 comments:

Anonymous said...

aku dok setuju bro, royalti minyak kalu nak naikan naikkan semua negeri 20% setiap negeri yang mengeluarkan minyak, kalau dok Ganu akan kalah lagie,,,apsal guru jer dpt RM500, sedangkan guru ler malun UMno yng paling kuat, org gomen lain tak der ke yang sokong umno, nak bagi pun bior ler semua penjawat awam rasa, lum jd kerajaan dah tunjuk bodoh bangang

Anonymous said...

Salam,
teruk sangat ke guru la ni yg sampai demo tu aje nak dpt RM500. ambo setuju dgn ano (9:46) - nampak sgt PR tak cerdik (tak pandai/tak tahu). hok mudaah pun dah tak betul - kara lain apo tah lagi. ataupun saja nak kata (hanya janji aje).

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ani 1 dan ano 2,
betul la. guru lah yg paling ramai penyokong kerajaan, selalu keluar berparti politik dan mendapat layanan istimewa. entah apa-apalah satu dari 10 insentif ni. masyarakat kena bantah. saya setuju sangat.

Anonymous said...

Apa bila Pakatan buat tawaran Demikian lah tawaran dari PR maka nerucap lah lidah biawak UMNO "bertentangan Rialiti lah" Hanya janji lah"...Bukan Kah PAS pernah buat Janji pada PRU 1999 dulu mengenai TOl di Teranggnu dulu.Dan apabila PAS menang saja TOL dah tiada...nampak sangat UMNO/BN dengki dengan tawan tersebut.SYABAS Pakatan inilah yang di tunggu tunggu Rakyat.

Anonymous said...

kekkkeee..golongan guru paling ramai dalam sektor perkhidmatan awam....cantiklerr macam ni...pengorbanan guru diambilkira...yg lain jangan gelabahh