Friday, December 3, 2010

Syarikat air Israel baik untuk bangsanya

Di England, seorang pekerja yang makan gaji secara bulanan boleh membeli satu set komputer peribadi dengan satu pertiga gaji bulannya.


Pekerja biasa di Malaysia terpaksa menggunakan tiga bulan gajinya untuk membeli sebuah komputer.

NUBE (Kesatuan Sekerja Bank Malaysia) pula berkata, jurang perbezaan gaji eksekutif bank dan kakitangan biasanya di Malaysia sangat ketara.

Di Selangor jumlah penduduk negeri itu adalah 4,850,000 orang. Ada yang bekerja sebagai nelayan, petani, penternak, operator kilang, penjawat awam, pekerja pelbagai kategori swasta dan sebagainya.

Perkhidmatan pembekalan air di Selangor disediakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang ditubuhkan pada tahun 1996 demi untuk kesejahteraan penduduknya.

Namun apa yang kelihatan dan didengar adalah disebaliknya.

Keperitan hidup masyarakat pengguna seperti ini hanya dapat dirasakan oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat dan bukan oleh ketua-ketua parti politik dan pengampu mereka.

Yahudi di Israel yang memerintah negara kecil itu tidak pernah menzalimi bangsanya. Tidak pernah menekan dan membunuh zuriatnya. Tidak melakukan penganiayaan terhadap bangsa mereka biar di atas nama penderitaan, kemiskinan atau perkhidmatan.

Khabarnya, Rozali Ismail Pengerusi Eksekutif SYABAS menerima gaji RM425,000.00 sebulan.

Dia boleh membeli 141 buah komputer sebulan dengan gaji sebanyak itu berbanding penduduk biasa atau pekerja biasa yang hanya mampu membeli sebuah komputer dengan tiga kali bayaran (tiga bulan).

Jurang prestasi sejauh itu sudah menimbulkan tandatanya masyarakat di Malaysia.

Apakah Rozali Ismail dilahirkan oleh UMNO untuk terus bermaharajalela sebagai dewa berkelulusan fantastik dari dunia misteri semata-mata bagi menekan 4.85 juta pengguna air di Selangor.

Jika 4.85 juta penduduk khabarnya tidak gembira dengan kerja-kerja berkarat Rozali dan SYABAS, salahkah kita mengatakan Yahudi lebih baik untuk bangsa dan negaranya berbanding anak Melayu bernama Rozali dari Syarikat SYABAS.

Berbaloi dan berkatkah jumlah RM425,000.00 itu ?

6 comments:

Anonymous said...

apa kerajaan kedah juga boleh disamakan saperti israel juga,,,mengapa syabas bagitu beria2 pr tentangi tapi kedah yg sudah diriba kerajaan pr sendiri di kopratkan,,,apa kah sada lebeh bagus dari sysbas,,,,,,politik boleh dimain tapi jangan sampai raayat sengsara

Anonymous said...

bukankah kerajaan kedah juga kurang ajaq bagi naik harga air. kenapa tak samakan dengan yahudi.

Azlan said...

ksian kat 2 ekor anonymous atas, berita dari tv3 suku, utusan melayau dan berita hairan yg dia dok dengar... ksian2! media yg membodohkan rakyat!

Anonymous said...

buat apa tgok tv3 n utusan....tgok la janji pilihanraya pas bila tadbir negeri kedah.....turunkan tarif air....so sekarang dah naik...jadi amek paham la ye....bukan nak kata bagus n bukan nak kata buruk...kalau janji tetap janji....

Azlan said...

ko bagi satu janji pas, aku bagi 17lakhnat yg Umno/BN buat kat malayu/malaysia.. nti ko jawab ok! lepas tu aku hurai plak satu2 siap dgn bukti skali! penjilat!
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya oada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang MAJORITI MELAYU.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani – 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno/BN
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Azlan said...

Woi Anonymous! kalu stakat satu dua fakta yg ko sdri xpasti tepat nak ko boh kat sini baik xyah.. ko pegi jelah jilat jubo umnongok ko tu..