Satu juta penjawat awam Malaysia gembira
[ MULAI HARI INI, DI DALAM BLOG INI NAJIB TUN RAZAK AKAN DISEBUT SEBAGAI NAJIB PDRM - NAJIB PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA DAN BUKAN LAGI NAJIB BANGSAWAN KECUALI MELIBATKAN BERITA ]
Penjawat awam gembira sungguh-sungguh apabila harga petrol dinaikkan baru-baru ini.
Mereka meminta Najib Penghisap Darah Rakyat Malaysia [Najib PDRM] menaikkan lagi harga bahan api itu ke tahap RM4.00 satu liter.
Harga bawang putih dahulunya RM1.80 sekilo. Sekarang RM10.00 sekilo. Dicadangkan supaya dinaikkan pada RM18.00 sekilo.
Bawang merah RM1.60 sekilo - sekarang RM4.50 - cadangan RM12.50 sekilo.
Gula masih berada ditahap bahaya. Naikkan pada RM4.80 sekilo.
Tambang bas dan pengangkutan awam dikira rendah berbanding negara yang tamadunnya tinggi. Disyor dinaikkan kadar 40% lagi. Tambang bas RM40.00 naikkan pada RM56.00.
Naikkan kadar tol 45%. Ada negara yang tiada lebuhraya. Malaysia perlu bangga dengan kadar tolnya sendiri.
Tarif elektrik masih rendah dirantau Asia. Naikkan paling kurang 35%. Jika dulu bil elektrik berjumloah RM50.00, boleh jadi RM67.50.
Ayam berharga RM6.00 sekilo. Naikkan pada harga RM14.99 sekilo.
Yuran sekolah sekitar RM100.00. Mana ada sekolah di dunia kenakan yuran sebegitu rendah. Naikkan pada kadar RM888.00 seorang.
Yuran pengajian di universiti. Tak masuk akal langsung dikenakan RM40,000.00 seorang. Naikkan pada kadar yang lebih munasabah iaitu RM90,000.00 seorang.
Beras sekitar RM4.00 sekilo. Tanyalah Ismail Sabri Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - mana ada harga itu sekarang ni ? Naikkan pada harga lebih relevan iaitu RM11.90 sekilo.
Hospital masih kenakan bayaran murah. Ada cadangan sekali rawatan biasa dikenakan RM80.00.
Hampa pi tanya Rosmah Mansor, isteri Rais Yatim, bini Mahdzir Khalid, pi tanya penghuni istana, pi tanya ketua bahagian yang dapat projek berjuta-juta - berapa peratus sudah harga barang-barang melambung di pasaran ?
Depa boleh jawab ?
Minta isteri depa daftarkan laki-laki depa masuk jawi sekali lagi.
UMNO dan BN makan isi, orang kampung dan penjawat awam jilat tulang dan hirup kuah.
6 comments:
kok depa buat betui mampus kita. wooo
Kerajaan yang selalu membandingkan harga barangan negara dengan harga barangan negara jiran dari sudut praktikalnya adalah sebuah "KERAJAAN YANG PALING TIDAK BERTANGGUNGJAWAB".
Jika nak bandingkan harga jadilah seperti pasaraya-pasaraya yang sering membuat perang harga di musim perayaan. Mana mungkin kita nak membeli minyak petrol di negara jiran dan membeli negara jiran seperti kita mengunjungi pasaraya untuk membeli barang-barang.
I menyampah sungguh la dengan Najib ni..Tak faham langsung jiwa kita..
Abang Nuar juga best...Nanti kalau Bang Nuar jadi PM, I nak cium Bang Nuar...
Suka lah! I suka sangat-sangat...
Eh gaji menteri x sebut pun....dicadangkan gaji menteri sejuta sebulan. 24 bulan bole buat banglo macam doktor gigi tempe tu....
salam
kuasa undi kita gunakan dalam pru akan datang. jangan gelabah sdra.
salam kerajaan yptb
harga tinggi di luar negara dibandingkan dengan harga rendah di dalam negara. beribu-ribu harga rendah di luar negara tidak dibandingkan dgn harga tinggi di dalam negara. itulah UMNO dan BN. sentiasa memperbodohkan masyarakat di malaysia.
salam sdri(?) ano
lain macam je..
salam sdri tinta muallimah
masyaallah. terlupa sungguh. itu diantara yg terpenting. gaji wakil rakyat yg menjadikan diri mereka menteri.
bekas mb dr gigi mereka diantara dr gigi terkaya dirantau asia.
tk kerana peringatan itu.
harga keperluan asas naikan sampai 50%, baru patut...
tu pun kira murah dari negara jiran...
PRU13, nyata karam lah Najib bersama penyamun2nya...
Post a Comment