Sunday, December 26, 2010

Kakitangan awam perlu dikurangkan

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kerajaan perlu mengurangkan jumlah pengambilan penjawat awam selain mencari jalan meningkatkan produktiviti kerja golongan itu bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, berdasarkan jumlah rakyat negara ini yang dianggap masih belum terlalu ramai, kadar penjawat awam di negara ini adalah tinggi berbanding kadar di negara maju.

"Malaysia mempunyai 1.2 juta kakitangan awam sedangkan rakyatnya cuma kira-kira 28 juta. Bandingkan pula dengan Korea Selatan yang mempunyai 48 juta rakyat tetapi hanya mempunyai dua juta penjawat awam.

"Begitu juga dengan Jerman yang hanya mempunyai dua juta kakitangan awam untuk 82 juta rakyatnya dan Jepun dengan hanya 4,449,900 penjawat awam berbanding 126,804,433 rakyat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Seminar Pendidikan Sempena Konvensyen Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Ke-25 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Cuepacs, Omar Osman serta dua timbalannya, Azih Muda dan Husain Mohd. Yasin.

Beliau berkata, jika pengurangan kakitangan dan peningkatan produktiviti dilakukan, ia mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan selain mempercepatkan proses kemajuan negara.

"Di negara-negara maju hari ini, kebanyakan rakyatnya rajin bekerja dan melakukan tugas secara 'pelbagai kerja'. Melalui cara itu, kerajaan boleh menjimatkan perbelanjaan walaupun mungkin terpaksa membayar lebih sedikit kepada seseorang kakitangan awam kerana beban kerjanya bertambah.

"Produktiviti pula berkait rapat dengan sikap rakyat itu sendiri. Jika di negara maju, para eksekutifnya hanya akan pulang pada pukul 10 malam sementara profesor dan mahasiswa universiti pula akan pulang selewat 12 malam. Budaya rajin bekerja ini yang perlu kita bentuk," katanya.

(BH 21.1210)

10 comments:

Anonymous said...

kenape mesti nak dibandingkan dgn negara lain?

Anonymous said...

ramai sangat, macam lembu hilang gembala

mack said...

Dasar Prof kangkong...dia sahaja yang nak kerja orang lain menganggur..itu orang buruk siku..

Telok Bakong said...

yang bercakap tu pun kena hantar balik masuk swasta..UM tak juga maju

Pewaris said...

Syok duduk pejabat ramai2 ni. Gossip.

Anonymous said...

suruh gaut tu perbetoi um dan ppum dulu la. bengap punyaq profesor banyak di situ. buang mereka dulu.

Anonymous said...

anak bini prf keje mana?

Anonymous said...

anak bini prof keje mana?

poff mat ya said...

awat burung kakak tua nie berbunyi....
tak perenah dengaq pun belum nie...
bagi idea pun....idea busuk....

kalu nak bodek pun....cari laa idea bagaimana nak upgrade prestasi mu tu....bukan bila dah tau gov dok ratib tak dak duit,,,,hang bagi idea gila nie....nak makan sorang ke...

idea busuk....

Kamal Sanusi said...

Penjawat awam ni kebanyakannya adalah bangsa melayu. Dengan tahap skill yg anak bangsa melayu ada, mereka hanya layak bekerja di sektor awam saja.

Kalo dikurangkan pengambilan penjawat awam bermakna ramailah anak bangsa melayu yang akan menganggur.

Itu satu. Yg keduanya...

Di Korea, Jerman, tahap komitmen kerja penjawat awam mereka tersangatlah jauh di hadapan berbanding ngan penjawat awam melayu yang semakin jauh kebelakang. Ada 1.2juta pun mcm tak der org, punyalah lembab. Tak kira rasuah lagi tu.


Wakakakakakakaka............