Wednesday, August 19, 2009

Pilihanraya kecil di Kedah ?

Satu lagi pilihanraya kecil di Kedah ?

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dato' Dr Abdul Isa Ismail memaklumkan bahawa ADUN Kota Siputih (N3) Abu Hassan Sharif sudah hilang kelayakan sebagai ADUN apabila dua kali tidak menghadiri sidang DUN itu.

Untuk pengetahuan, Abu Hassan menang dengan majoriti 495 undi. Ia dimenangkan oleh tangan-tangan ahli PAS yang membalas jasa Tun Dr Mahathir Mohamed mantan Perdana Menteri Malaysia.

Masih ingat betapa Ahli Parlimen Jerlun Mukhriz Mahathir diletakkan sebagai calon UMNO oleh partinya pada pilihanraya yang lalu untuk dikorbankan ditangan PAS.

Di Kedah, UMNO dan PAS adalah macam adik beradik...Lebih-lebih lagi di Parlimen Jerlun dimana adanya DUN Kota Siputih.

Jika jadi pilihanraya, sapa nak letak calon. UMNO atau PAS ? Dua-dua boleh diundi ?

Dalam keadaan 'biasa' PAS boleh undi UMNO dan dalam keadaan biasa juga UMNO tidak akan mengundi PAS !

3 comments:

deanz said...

Salam..

pening jugak kepala tu...calon Bebas tak dak ka?

*Satu malaysia..
satu niat...Selamat berpuasa.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra deanz
kita tunggu keputusan SPR pula. merekalah yg paling berkuasa bab pilihanraya. mahkamah pun jadi kuda kayu.

Anonymous said...

Alah angan-angan kosong saja...
tengok, depa masih ulangi sikap undang-undang rimba. Berontak bila keadaan tidak memihak pada mereka... memperjuangkan undang-undang ka macam tu....