H1N1 ke peringkat bahaya
Influenza A(H1N1)
Dari utara semenanjung sehinggalah ke Sabah dan Sarawak, isu 'selsema babi' diperkatakan masyarakat.
Heboh bagai nak kiamat. Masing-masing bimbang akan keselamatan nyawa mereka dan nyawa ahli keluarga.
15 kes bukan membanggakan - Malaysia Boleh.
Semuanya dilihat kegagalan Kementerian Kesihatan, Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarahnya.
Ketua Pengarah yang sibuk dan berahi memberikan taklimat setiap hari dilihat sebagai tidak mempunyai kerja dan gila publisiti.
Sewaktu isu SARS, dia telah diberi amanah untuk membuat kenyataan oleh ketuanya, tetapi hari ini dia juga kelihatan di media-media memberikan publisiti. Seperti tidak ada orang lain.
15 kes kematian bukan sedikit.
Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan di Malaysia sepatutnya sudah meletakkan jawatan.
Banyak negara miskin dan negara membangun lebih baik tindakan mereka dalam menangani masalah Influenza A (H1N1) berbanding negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment