Tuesday, August 11, 2009

Dera kanak-kanak : Manusia bertopeng

Teringat kisah beberapa tahun yang lalu, ketika bertugas di Ipoh Perak.


Tersentak melihat bagaimana dua kanak-kanak perempuan didera dengan teruknya oleh ibu kandung dan lelaki simpanannya.

Sebagai pekerja sosial, kami didatangi jiran kepada keluarga ini memaklumkan bahawa dua kanak-kanak dipukul di kepala dengan pecahan botol.


Ketika sampai di tempat kejadian, darah yang banyak mengalir. Basah juga pakaian mereka. Ada kesan cucuhan rokok, kesan dirotan, lebam dan cubitan.


Kanak-kanak ditinggalkan. Ibu dan lelaki simpanannya tidak ada di tempat kejadian.

Bersama jiran tadi telah membawa kedua mereka ke Hospital Besar Ipoh.


Keesokkan paginya menerima panggilan telefon dari hospital tersebut mengatakan bahawa salah seorang kanak-kanak telahpun meninggal dunia.


Ketika menunggu untuk dibedah siasat, saya bersama beberapa kakitangan ke bilik tempat terbujur kakunya jasad anak kecil berusia lingkungan lapan tahun itu.


Baru semalam berbual memujuknya, mententeramkan kedua mereka – hari ini sudah tiada.

Takdir Allah menentukan semuanya tetapi cara ia terbunuh dengan kejam, seperti tidak dapat diterima.


Pengalaman secara terus berjumpa binatang bertopengkan manusia beberapa minggu selepas kejadian merealisasikan bahawa ibu mereka adalah seorang penagih dadah.


Teman lelakinya serupa malah seorang yang gila seks. Dua kanak-kanak menjadi mangsa kejam.


Saya dapat bayangkan apa yang dilalui oleh saudara kandung si mati selepas mengetahui kematian darah dagingnya yang cuma berbeza usia dua tahun dengannya.



[ Sila hubungi talian 15999 untuk melaporkan kes-kes penderaan di tempat anda, jika ada ]


No comments: