Muhyiddin takutkan Singapura
Ketika menjadi Menteri Besar Johor Muhyiddin Yassin pernah digertak oleh bekas Perdana Menteri republik Singapura pada waktu itu, Lee Kuan Yew.
Itu seperti apa yang didakwa oleh Muhyiddin beberapa hari yang lalu.
Muhyiddin Yassin menjelaskan perkara ini ketika membuat penafian tentang dakwaan kononnya beliau pernah menjual tanah kepada Singapura ketika menjadi Menteri Besar negeri itu.
Muhyiddin berkata beliau tidak pernah menjual seinci tanahpun pada Singapura.
Muhyiddin mengaitkan isu loji pemprosesan air di Sungai Linggiu, Johor berdasarkan perjanjian diantara Johor dan Singapura pada 1961 sebagai syarat yang wajib dipatuhi oleh Johor.
Katanya pada waktu itu, Perdana Menteri Singapura mendesak mahukan bekalan air yang mencukupi untuk Singapura dari Johor.
Tanpa segan silu, Muhyiddin menjelaskan, "Lee berkata pada saya, kalau tidak bekalkan air atau hentikan bekalan air ke Singapura, kita akan berperang dengan Johor. Ini benar"
Rupanya Muhyiddin yang menjadi Menteri Besar selepas pilihanraya ketujuh diantara tahun 1982 hingga 1995 takut kepada Singapura.
Samada dia takut betul-betul takut atau pura-pura takut, itu soal lain.
Kini sebagai Timbalan Perdana Menteri, apakah perasaan takutnya itu masih ada jika ia digertak sekali lagi oleh Lee bahawa bukan sahaja Johor tetapi Malaysia juga akan diserang jika kehendak dan kepentingan Singapura tidak dipenuhi oleh pemimpin negara ini.
Malangnya dalam isu tersebut, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim dipalitkan sama dalam soal yang dikira menjatuhkan maruah Malaysia.
Lebih malang lagi bagi rakyat dan negara Malaysia ialah mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri dari Johor yang boleh dengan mudah digertak dan sangat takut kepada Singapura.
Tetapi apabila di dalam negeri dan dengan rakyatnya, pelbagai ugutan, kecaman dan ancaman dibuat oleh menteri-menteri UMNO yang ‘malu berani, mati takut’ ini.
Mereka sanggup ke negara Cina memohon maaf kes berkaitan bogelkan wanita negara itu tetapi apabila mengetahui ianya wanita Melayu Malaysia, dianggap pula sebagai tiada nilai kemanusiannya.
Layak dan sesuaikah Muhyiddin yang penakut itu menjadi Timbalan Perdana Menteri ?
5 comments:
sehingga saat ini aku tak nampak bagusnya si mudin ......yg aku nampak dulu sebok jatuhkan dolah sebab dia nak jadi tpm....
aku rasa bn bungkus pru13 nanti....hahahaahh
salam atoq
kita jangan silap pilih pemimpin, soal ketinggian agama dan kedaulatan negara akan tergadai.
Tuan,
Knape tuan guna lilin bagi simbol bantah ISA di blog tuan. Gunalah simbol lain.
TK
Saudara
UMNO suka orang macam Muhyiddin . Jual tanah dan rumah di Johor kepada Singapura. Dapat komisyen. Biar rakyat sendiri mampus. Baculnya Muhyiddin, pengkhianat negara. Rupa-rpanya takut dengan Singapura.
salam sdra ano,
tk di atas keprihatinan sdra tentang lilin. dulu api/lampu digunakan sebagai menyambut hari lahir, puasa, raya dan sebagainya. lilin pula diibaratkan berkorban membantu orang lain. maka ada dari kalangan pejuang hak asasi menggunakan falsafah itu untuk membantu rakyat menghapuskan i.s.a. bukannya ada apa-apa saudara. jika dilihat dari segi negatif pula, ianya amalan di kuil dsb. saya anggap macam ni saja - ibarat lilin membakar diri menerangi yang lain. bolehkah ? tapi jika ada ulama kata tak boleh, saya akan buangkan saja.
tk sdra.
II.salam sdra pak lah,
orang kepala batas p.pinangkah?
ada pepatah kata, jika tiada angin masakan pokok bergoyang. jika dengan gertakan negara kecil jadi kecut, macamana nak tadbir negara sendiri?
selamat berpuasa semua!
Post a Comment