Sunday, August 9, 2009

Hospital lama Alor Setar dibuka sehingga jam 9 malam

Penduduk yang tinggal di sekitar kawasan Alor Setar Kedah boleh menerima rawatan biasa di Hospital lama Alor Setar yang kini dikenali dengan nama Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar mulai jam 5.00 petang sehingga jam 9.00 malam.

Perkhidmatan ini telah diuar-uarkan secara kecil-kecilan dan telah mula diberikan sejak setahun yang lalu.

Kata kakitangan hospital lama yang dihubungi sebentar tadi, semua jenis kes boleh menerima rawatan kecuali kes kecemasan yang diminta ke Hospital Sultanah Bahiyah di Jalan Langgar.

Bermakna para pesakit yang tidak sempat menerima rawatan di waktu pejabat sehingga jam 4.30 petang, mereka boleh ke Hospital lama Alor Setar.

"Perkhidmatan ini diberikan bukan kerana masalah H1N1 tetapi sudah setahun lebih. Ramai penduduk di sini yang kurang menyedari perkara ini" kata kakitangan hospital tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan
Doktornya payah nak jumpa. HA sahaja selalu ada. Apa hal tu ?

Anonymous said...

MA pun baguih pa kadang-kadang pemeriksaan lebih lengkap ...

Dr Jr said...

Minta SPRM tengok-tengok pegawai perubatan di Hospital lama Alor Star yang selalu tidak ada waktu bertugas. Kami yang bawah kena cover line.

AFRAR YUNUS said...

salam semua
saya diberitahu oleh seorang kenalan baru bahawa pada ramadhan yang lepas, lebihkurang jam 6.10 petang dia ke hospital lama alor setar ini. tunggu sampai dekat nak buka puasa. jururawat berkali-kali hubungi doktor di nombor tangannya. ditutup dan tak dijawab. jururawat berleter seorang diri, akhirnya pembantu perubatan yang memeriksa dan memberikan ubat.

2.ini baru satu cerita. kasihan doktor tu. dia pi beli juadah berbuka kot? tinggal kerja tak pa. tak bersahur dia gamaknya. pesakit lain semua tak posa kot? kakitangan lain pun sama apa? doktor tu saja yg posa!

saya setuju sangat jika SPRM tolong cari depa, penyelia, pengarah hospital dan pengarah negeri sama. bagitaulah, gaji depa rakyat bayaq.