Tuesday, March 31, 2009

Dividen Amanah Saham Kedah cukup teruk

Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak sepatutnya memberikan maklumat yang lebih tepat tentang Amanah Saham Kedah.

Tahun kewangan berlalu menyaksikan bahawa dividen yang diumumkan hanyalah satu peratus (1%) sahaja.

Rakyat Kedah ingin tahu samada ASK diuruskan oleh mereka yang berkelayakkan atau mereka yang menjadi 'penumpang' di sana.

Sejak setahun yang lalu PAS dan Pakatan Rakyat memerintah Kedah. Adalah menjadi tanggungjawab Menteri Besar menjelaskan kedudukan sebenarr kewangan dan meredakan kekhuatiran orang ramai terhadap masa depan pelaburan mereka.

Bersediakah kakitangan ASK meletakkan jawatan beramai-ramai kerana anda kelihatan telah membakar semangat bekerja sejak beberapa tahun yang lalu?

Sanggupkah anda membiarkan petani, nelayan, penoreh dan orang kampung lainnya menggigit jari.

2 comments:

ALAM said...

adakah pelabur ask sejahtera setelah mendengar kabar dividen ask?

AFRAR YUNUS said...

salam sdra alam,
johor dan selangor telah adakan skim pulangkan wang rakyatnya dollar to dollar. sejahtera tak sejahtera, orang kampung dok pening dah.