KJ menang dan Tun M berserabut
Khairy Jamaludin akhirnya berjaya mencapai cita-cita politiknya untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan mengalahkan Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.
Seperti diduga KJ boleh melepasi halangan pertama itu kerana kewibawaannya berbanding dua calon lain ke jawatan yang sama.
"Kewibawaannya"dalam UMNO dan bukan sesama parti politik yang ada di Malaysia. Jelas maksud saya.
Saya tertarik dengan beberapa pandangan KJ sejak kebelakangan ini. Diantaranya tentang sikap keterbukaannya mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri. Begitu juga dalam isu PPSMI. Termasuk juga isu kebebasan akhbar. Peranan media baru seperti akhbar internet. Tangkapan tanpa bicara dan beberapa isu lain.
Tertarik saya dengan pandangan KJ bukan bermakna saya adalah penyokong kuat parti politik rapohnya.
Khir Toyo pula pernah diberikan amanah oleh rakyat Selangor untuk mentadbir negeri itu. Bukan satu malah berpuloh isu penyelewengan ditimbulkan di sana. Bukan sahaja membabitkan dirinya sebagai menteri besar tetapi juga mempalitkan isterinya sebagai orang kuat Balkis.
Sepanjang pemerintahannya, Khir tidak pernah kelihatan bersih dan tidak juga mencuba membersihkan dirinya sepertimana juga Najib.
'Anak bapa' - wakil rakyat Jerlun, Mukhriz Mahathir masih memberahikan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Undang-undang hutan yang sudah lapok dan manusia yang tidak bertamadun sahaja masih menyanyangi akta 'chipanzi' ini.
Bayang-bayang bapanya tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada Mukhriz dalam pemilihan kali ini sebagai Ketua Pemuda.
Ucapan KJ selepas terpilih sebagai Ketua mendesak pemuda memberikan sokongan padu kepada Najib seolah-olah Mukhriz dan Mahathir tidak serapat KJ dan Najib.
Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Samada KJ bersandiwara menyokong Najib atau Najib bersandiwara dan menunjukkan belang sebenar untuk tidak mahu menurut kata Mahathir. Semuanya adalah serba mungkin.
Dari hal rasuah pula, tiada siapa dalam UMNO yang dilihat bersih dari palitan najis ini. Apakah menuduh KJ terlibat dalam rasuah dan membuangnya dari senarai calon boleh membuatkan UMNO dikira hebat dan sudah dapat membersihkan parti politik yang terkotor itu.
Tidak. Rasuah adalah pakaian UMNO. Rasuah sudah menjadi adat dan budaya UMNO. Membuang rasuah UMNO bermakna, ianya ditelanjang dan dibogelkan. Bermakna juga sudah memalukan parti itu - menanggalkan 'kemaluan' ahli-ahlinya.
Tidak kira apa sayap yang seseorang itu menjadi ahli. Baik pemudanya, wanitanya, puterinya atau veterannya - semua memerlukan pakaian itu.
Kita tunggu dan lihat episod perbalahan KJ dan Tun Mahathir. Apakah Tun akan disambut untuk menjadi ahli UMNO oleh ketua pemuda yang baru itu.
Sanggup dan mampukah Tun mengejar stamina KJ untuk menghalang pemuda itu dari mengetuk pintu teratak Perdana Menteri ?
Najib sudah tentu akan tersepit dalam babak-babak mendatang partinya. Pengarah-pengarah parti tidak akan mendiamkan diri.
Apa yang pasti, di luar parti UMNO, Najib sudah terperangkap dengan pelbagai isu yang menghantuinya dimana sahaja ia berada.
Cita-cita politik KJ tidak berhenti setakat itu. Berserabut Mahathir dan Najib akan dibuatnya.
Apapun, buat masa ini KJ kelihatan lebih berwibawa dari Khir Toyo dan Mukhriz baik dari segi pemikiran dan keterbukaannya.
1 comment:
kerajaan perpaduan sheikh....
Post a Comment