Friday, March 13, 2009

Tun M tetap mahu PPSMI

Sebentar tadi, Tun Dr Mahathir Mohamed orang yang berjaya memperkenalkan PPSMI atau sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris mahukan supaya kedua matapelajaran itu diteruskan seperti sekarang.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mahu dasar itu diteruskan demi masa depan generasi muda.

Bekas Perdana Menteri itu berkata negara seperti Korea Selatan dan China kini giat menggalakkan rakyat mereka belajar bahasa Inggeris kerana sedar kepentingan berkomunikasi menjadi asas penting dalam meningkatkan daya saing.

"Saya lihat kebanyakan yang membantah isu ini sendiri berpendidikan Inggeris dan petah berbahasa Inggeris tetapi tidak mahu pula generasi muda kita menguasai ilmu yang sama. Saya tidak faham motif sebenar mereka ini," katanya majlis pembukaan rasmi bangunan baru dan sidang akhbar Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Maktab Sultan Abdul Hamid di sini, hari ini.

"Sebahagian besar persekolahan awal saya sendiri menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Apakah saya menjadi 'kurang' Melayu kerananya, malah saya masih fasih berbahasa Melayu dan menganggap diri saya sebagai nasionalis Melayu," katanya.

Nah ! Berpuloh ribu berhimpun di Masjid Negara pada 7 Mac yang lalu membantahnya.

Tiba-tiba, orang yang memperkenalkannya tetap mahu supaya ia diteruskan.

Apa kata anda ?

5 comments:

Anonymous said...

Salam,
Pada pendapat saya, polisi ini tidak perlu dibatalkan. Saya tidak nampak mengapa PPSMI dikatakan 'mengkhianati bahasa dan bangsa sendiri'. Namun begitu, saya setuju jika dikatakan pelaksanaannya ada kepincangan. Tapi jika semua org ikhlas, penambahbaikan boleh dilakukan, bukan menukar polisi. Ini hanya akan mencelarukan fikiran pelajar-pelajar shj. Turun padang dan lihat apa sebenarnya berlaku di sekolah di kpg2. Jika polisi ini krg berjaya, dimana kepincangan sebenarnya?
Isu begini tak elok dipolitikkan. Walau byk yg menafikan, tuan dan saya pun tahu ia memang telah dipolitikkan. Jadi, oleh kerana tuan bertanya apa kata saya, saya kata ia patut diteruskan dengan dilakukan penambahbaikan. Saya juga ada mengulas isu ini dlm blog saya.
Terima kasih.

Anonymous said...

Rakyat China dan Jepun tu belajar bahasa inggeris,bukannya belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.Hujah yang lapuk dan "obsolete".

Anonymous said...

Saudara
Tun M kaki wayang. Sama naik dengan anak dia Mukhriz. Cuba jadi dalang pentadbiran Najib.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra ano 9.07pm
saya setuju benar dengan pandangan sdra. jika ppsmi ditolak kerajaan, tamparan yang hebat lah kepada yg memperkenalkannya.
2.dulu sebelum tahun 1971, ada sekolah dua aliran. aliran melayu dan inggeris. ada dua pilihan. yg ni nak tempek dua matapelajaran saja ke inggeris. cikgunya pun tak faham. pelajar lagi serabut.

II.salam sdra ano 8.28am
soal politik - macam-macam boleh jadi. yg tak syoknya, zaman dah berubah, banyak dasarnya perlu berubah kerana senarionya sudah berlainan. ini tidak, masih mahu pakai fikiran lama. susah la...

Anonymous said...

Kalau nak meningkatkan penguasaan BI dikalangan student, kenapa perlu dilibatkan subjek Sains dan Matematik.. Sepatutnya, buat penambahbaikan kepada subjek BI itu sendiri.. Perkenalkan English for Communication serta galakklan student menggunakan BI dalam segala urusan di sekolah pada hari2 tertentu dalam seminggu.. Student kita terutamanya dr bangsa Melayu bukan lemah BI tetapi kurang menggunakannya selain malu dan sering disindir bila cuba bertutur dalam BI sesama mereka.. Cuba lihat studnt bangsa Cina dan India yg tidak segan silu berkomunikasi dalam BI sesama mereka.. Patut kaji balik hal ni.. Jgn hanya kerana seseorang Menteri itu nak tunjuk bahawa dia mamnpu buat perubahan maka segalanya kita kena ubah.. Berubah itu boleh tetapi biarlah terbukti berkesan.. Selagi ada khilaf dalam hal ni maka ianya tidak boleh dianggap mampu memberi kesan dan dipersetujui oleh semua..