Mati kerana kecuaian hospital adalah qada dan qadar
PPSMI berjaya ditangani secara baik. Tahniah kerana perhimpunan yang dirancang berjaya diadakan seperti agenda.
Nampaknya kesedaran rakyat tentang masa hadapan persekolahan anak-anak mereka sudah mula berada pada tahap yang tinggi.
Namun di Malaysia, masyarakatnya masih belum disedarkan tentang bahayanya pegawai-pegawai perubatan di hospital-hospital seluruh negara.
Saban hari ada sahaja pesakit yang menjadi mangsa hospital-hospital. Lihat apa yang terjadi kepada kes ini di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
Ada tiga perkara pokok yang perlu diberi keutamaan dalam menangani isu seperti ini.
Pertama, jawatankuasa siasatan dari kalangan orang awam hendaklah diwujudkan segera di setiap daerah di mana hospital-hospital didirikan supaya memudahkan penyiasatan yang telus.
Kedua, pegawai perubatan atau kakitangan yang didapati cuai sehingga memangsakan pesakit hendaklah diambil tindakan hatta membuang dari perkhidmatan.
Ketiga, masyarakat Islam di negara ini terlalu taksub dengan qada dan qadar sehingga membuatkan mereka percaya bahawa setiap yang berlaku sudah tertulis. Tiada yang dapat mengubah apa yang sudah direncanakan.
Manusia hanya boleh berikhtiar.
Saya tidak menafikan perkara tersebut tetapi biarlah akal dan iman dapat menerimanya. Saya bimbang satu hari nanti, masyarakat ini juga akan mempercayai bahawa mereka tidak perlu mencari rezeki dan menyuap nasi kerana qada dan qadar telah menentukannya.
Dari mana hendak dimulakan ?
No comments:
Post a Comment