Najib dituduh sahaja dan belum dibuktikan
Najib bangsawan Melayu yang tidak pernah melalui kesusahan dan kepayahan ekonomi di dalam keluarganya menjadi mangsa lawan politiknya.
Sampai hari ini, tidak ada seorangpun yang dapat membuktikan bahawa Najib terlibat dalam komisyen pembelian kapal selam, terlibat dalam skandal bersama wanita di Port Dickson, ada memainkan peranan dalam melepaskan C4, terlibat dalam pembunuhan Altantunya wanita Mongolia, berperanan menculik ADUN di Perak dan berpuloh dakwaan lain yang dibuat terhadap anak kesayangan Tun Razak dan suami yang dipuja Rosmah.
Malah, pendedahan Arnaud Dubus wartawan akhbar Peranchis yang menggemparkan seluruh dunia dianggap sebagai 'bukan perlu dibimbangkan' oleh Najib.
Pecinta Najib mengandaikan segala tuduhan termasuk dari parti pembangkang di Malaysia terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia keenam itu sebagai karut sahaja.
Di Parlimen kelmarin, Gobind Singh Ahli Parlimen Kepong menuduh Najib sebagai pembunuh.
Walaupun Najib seperti diikat dan dijahit mulutnya untuk menjawab Gobind, ia masih boleh berbangga dan rasa dirinya selamat kerana kekebalan yang dianugerahkan oleh Abdullah Ahmad, Polis dan SPRM kepadanya.
Drama semalam dan hari ini menjulang dan meletakkan Najib sebagai hero. Esok belum tentu lagi di mana tempatnya.
Biar apapun diperkatakan, Najib masih dituduh dan tiada siapa yang dapat membuktikan apa-apa setakat ini.
Anwar Ibrahim, Ustaz Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, NGO dan individi-individu lain hanya berteriak sahaja mengatakan Najib akan memalu dan merosakkan negara apabila diberi peluang memerintah.
Oleh itu, biar apa orang lain kata, Najib masih kelihatan bersih dan perlu kelihatan bersih lebih-lebih lagi di mata Rosmah.
Tak begitu ?
4 comments:
Salam
Bodek sakan Najib. Dapat projek apa?
Betull..
tengoklah muka dia, putih bersih berkilat disambut dengan bibir merah merekah bila tersenyum bak limau mandarin dikupas.
sama naiklah dengan pengikut2 setia yang mukanya pun putih bersih berkilat umpama si khir anak toyo.
orang melayu kata keikhlasan hati dan kebaikan budi akan terserlah dimuka. itulah yang orang umno nampak dimuka2 najib lakibini, si khir lakibini, dan lain2 yang sewaktu.
putih, bersih, berkilat, sesuci salju gamaknya..
hmm.. tak kuasa aku...
salam sdra ano 4.56pm
saja nak test the market. bukan bodek. najib nak bagi projek? kat kroni dia, percayalah. kita bukan kroni. awat, ada line clear ka?
salam sdra ano 2.28am
tu dia eh..bibir merah bak kupas lmau mandarin. betoi, itu sebabnya rosmah tak mahu jauh dari najib. alahai...
si khir dengan tempe-tempenya..
Post a Comment