Kedah : Tau dah exco yang hina Sultan
Exco Kedah yang mana hina Sultan Kedah ? Depa tau dah. Cuba baca.
Mestilah Dato’ Phahrolrazi dan Taulan Rasul. Depa orang lama. Depa taulah cerita istana.
Ketua Pemuda Kedah kata bukan. Kalau bukan ini mesti kerja Amiruddin Hamzah yang baru dapat Dato’ tu. Dia ni bekaih kakitangan MADA. Habeh rahsia exco dan istana dok dalam poket dia.
Pemuda Kedah yang buat hingaq satu negara nafikan juga. Kalau lagutu, sapa dia ? Mesti Hj hamdan dan Ustazah Ashah Exco Kebajikan tu. Depa ni haji dan hajjah. Cakap-cakap depa macam baling batu sorok tangan. Bukanka?
Bukan juga kata pemuda Kedah yang UMNO tu.
Tau dah. Confirm dah. Hj Abdullah dan Dr Ismail. Dua oghang ni tak banyak cakap. Tapi kalau buka mulut, tentu bahaya punya. Macam buaya dalam air tenang. Orang pendiam jaga-jaga oii.
UMNO Kedah kata depa pun bukan. Habeh hak mana satu ?
Mohamed Radzi dan Tan Wei Shu. Shahih lagu tu. Depa lagi diam. Tak mengaku kata bukan depa. Maknanya depalah.
Rawi jeneral pemuda UMNO kata yang dia tau bukan dua oghang ni. Depa dua ni tak ambek peduli kat oghang. La..kalau lagu tu, ada soghang lagi. Aru yang pencen awai. Takkanlah dia kot?
Wajib dia. Mesti Rawi mengaku punya la. Zam zam Alla Kazam… Rupa-rupanya Ustaz Azizan Razak. Dulu Ustaz ni exco kanan. Hubungan Ustaz yang dok di Jalan Sultanah ni dengan kerajaan dan istana cukup ngam. Mana ada oghang lain dah.
Rawi kena habaq kat polis. Kalau boleh panggil Musa Hassan turun sekali. Tangkap dan gari Ustaz Azizan ni. Boh dia di lokap Bukit Aman barang dua minggu.
Rawi dan Pemuda UMNO yang tarak kerja tu kata bukan jugak . Haghu dan sighu.
Hampa cakap biak betoi. Kalau semua tu bukan, sapa?
Ha…. Kata pemuda UMNO yang depa jumpa dok berak tepi jalan, “Exco sebelum pilihanraya kedua belas dulu gamaknya”.
Pulakkk.
3 comments:
Salam Tuan,
Depa kata UMNO ambil surat layang jadikan kes. Merapu betul depa ni.
juak umno nie
jumpa kertas lap buntut pon depa kata berharga....
dasar mereka dah gile meroyan...
salam,
jumpa kertas apa pun, disaat terdesak seperti sekarang, akan digunakan sebagai bahan kes. samada hakimnya, rakyat seperti kita, mahu terima atau tidak, itu yg lebih utama.
bila dah panas sangat, silap-silap kertas lap buntot diguna sebagai tisu lap muka pula. ia tak?
Post a Comment