Tuesday, March 31, 2009

Dividen Amanah Saham Kedah cukup teruk

Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak sepatutnya memberikan maklumat yang lebih tepat tentang Amanah Saham Kedah.

Tahun kewangan berlalu menyaksikan bahawa dividen yang diumumkan hanyalah satu peratus (1%) sahaja.

Rakyat Kedah ingin tahu samada ASK diuruskan oleh mereka yang berkelayakkan atau mereka yang menjadi 'penumpang' di sana.

Sejak setahun yang lalu PAS dan Pakatan Rakyat memerintah Kedah. Adalah menjadi tanggungjawab Menteri Besar menjelaskan kedudukan sebenarr kewangan dan meredakan kekhuatiran orang ramai terhadap masa depan pelaburan mereka.

Bersediakah kakitangan ASK meletakkan jawatan beramai-ramai kerana anda kelihatan telah membakar semangat bekerja sejak beberapa tahun yang lalu?

Sanggupkah anda membiarkan petani, nelayan, penoreh dan orang kampung lainnya menggigit jari.

Monday, March 30, 2009

Kedah : PA Exco tunggu kekalahan calon PKR ?

Biakpi la.. Takpa la..

Saya penah menulis bahawa PA (Pegawai atau Pembantu Peribadi) Menteri Besar dan Exco-ecxo Kedah hendaklah digantikan dengan yang baru.

Bukan bermakna mereka dibuang kerja atau dipecat. Cuma salurkan mereka ke jabatan-jabatan lain. Tetapi ianya tidak memberikan apa-apa kesan kepada Kerajaan Negeri.

Boleh dikatakan 90% dari PA ini masih dikekalkan. Mereka pernah menjadi PA kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Mahdzir Khalid.

Strategi UMNO sudah bermula di Kedah. Mereka sanggup melakukan apa yang telah mereka lakukan di Perak.

Apa yang mereka tunggu ? Keputusan pilihanraya Bukit Selambau. Jika PKR menang di sini bermakna selamatlah kerajaan PR di Kedah. Jika berlaku di sebaliknya, kita boleh lihat apa peranan yang diberikan kepada PA-PA ini oleh UMNO untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

GLC di Kedah menjadi idaman dan rungutan PA-PA ?

Ada PA Exco Kedah memberitahu, mereka sedang menunggu saat dan ketika kekalahan calon PKR di Bukit Selambau ? Mereka juga memberitahu bahawa mantan Perdana Menteri yang biasa memuji Ustaz Azizan Abd Razak sedang menyusun agendanya.

Biakpi la....PAS masih ada 16 kerusi, BN 14, PKR5 dan DAP1.

Thursday, March 26, 2009

KJ menang dan Tun M berserabut

Khairy Jamaludin akhirnya berjaya mencapai cita-cita politiknya untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan mengalahkan Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

Seperti diduga KJ boleh melepasi halangan pertama itu kerana kewibawaannya berbanding dua calon lain ke jawatan yang sama.

"Kewibawaannya"dalam UMNO dan bukan sesama parti politik yang ada di Malaysia. Jelas maksud saya.

Saya tertarik dengan beberapa pandangan KJ sejak kebelakangan ini. Diantaranya tentang sikap keterbukaannya mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri. Begitu juga dalam isu PPSMI. Termasuk juga isu kebebasan akhbar. Peranan media baru seperti akhbar internet. Tangkapan tanpa bicara dan beberapa isu lain.

Tertarik saya dengan pandangan KJ bukan bermakna saya adalah penyokong kuat parti politik rapohnya.

Khir Toyo pula pernah diberikan amanah oleh rakyat Selangor untuk mentadbir negeri itu. Bukan satu malah berpuloh isu penyelewengan ditimbulkan di sana. Bukan sahaja membabitkan dirinya sebagai menteri besar tetapi juga mempalitkan isterinya sebagai orang kuat Balkis.

Sepanjang pemerintahannya, Khir tidak pernah kelihatan bersih dan tidak juga mencuba membersihkan dirinya sepertimana juga Najib.

'Anak bapa' - wakil rakyat Jerlun, Mukhriz Mahathir masih memberahikan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Undang-undang hutan yang sudah lapok dan manusia yang tidak bertamadun sahaja masih menyanyangi akta 'chipanzi' ini.

Bayang-bayang bapanya tidak memberikan apa-apa kelebihan kepada Mukhriz dalam pemilihan kali ini sebagai Ketua Pemuda.

Ucapan KJ selepas terpilih sebagai Ketua mendesak pemuda memberikan sokongan padu kepada Najib seolah-olah Mukhriz dan Mahathir tidak serapat KJ dan Najib.

Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Samada KJ bersandiwara menyokong Najib atau Najib bersandiwara dan menunjukkan belang sebenar untuk tidak mahu menurut kata Mahathir. Semuanya adalah serba mungkin.

Dari hal rasuah pula, tiada siapa dalam UMNO yang dilihat bersih dari palitan najis ini. Apakah menuduh KJ terlibat dalam rasuah dan membuangnya dari senarai calon boleh membuatkan UMNO dikira hebat dan sudah dapat membersihkan parti politik yang terkotor itu.

Tidak. Rasuah adalah pakaian UMNO. Rasuah sudah menjadi adat dan budaya UMNO. Membuang rasuah UMNO bermakna, ianya ditelanjang dan dibogelkan. Bermakna juga sudah memalukan parti itu - menanggalkan 'kemaluan' ahli-ahlinya.

Tidak kira apa sayap yang seseorang itu menjadi ahli. Baik pemudanya, wanitanya, puterinya atau veterannya - semua memerlukan pakaian itu.

Kita tunggu dan lihat episod perbalahan KJ dan Tun Mahathir. Apakah Tun akan disambut untuk menjadi ahli UMNO oleh ketua pemuda yang baru itu.

Sanggup dan mampukah Tun mengejar stamina KJ untuk menghalang pemuda itu dari mengetuk pintu teratak Perdana Menteri ?

Najib sudah tentu akan tersepit dalam babak-babak mendatang partinya. Pengarah-pengarah parti tidak akan mendiamkan diri.

Apa yang pasti, di luar parti UMNO, Najib sudah terperangkap dengan pelbagai isu yang menghantuinya dimana sahaja ia berada.

Cita-cita politik KJ tidak berhenti setakat itu. Berserabut Mahathir dan Najib akan dibuatnya.

Apapun, buat masa ini KJ kelihatan lebih berwibawa dari Khir Toyo dan Mukhriz baik dari segi pemikiran dan keterbukaannya.

Monday, March 23, 2009

SPRM : Melesenkan rasuah ?

Saya tidak terkejut dengan kenyataan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Dato' Ahmad Said Hamdan bahawa rasuah etika bukanlah jenayah.

Hamdan berkata demikian ketika mengulas laporan yang dibuat terhadap Mohd Ali Rustam agar ianya disiasat ekoran keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang mengatakan Ali terlibat dalam rasuah.

Islam Hadhari Abdullah Ahmad sudah membenarkan beberapa kegiatan 'haram' dari segi agama dan moral menjalankan perkhidmatan mereka setelah ianya dilesenkan.

Itu sebabnya di Malaysia ada pelacuran yang haram dan ada kegiatan pelacur yang dihalalkan di rumah-rumah urut yang dilesenkan.

Adapun arak, ada yang haram dan ada arak yang halal setelah bahan itu dilesenkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Judi pun begitu juga. Judi tidak boleh diamalkan di Malaysia kerana ia merupakan satu kesalahan apabila disabitkan.

Walaupun begitu, jika Kementerian berkenaan di Malaysia memberikan lesen supaya judi dihalalkan, maka ia akan dibenarkan untuk diamalkan tanpa menjadi kesalahan lagi.

Rasuah pun nampaknya mirip kearah itu.

Mungkin tidak lama lagi akan ada rasuah yang tidak dibolehkan dan akan ada rasuah yang dilesenkan oleh SPRM.

Lesen tidak semestinya ada hitam putih. Tutup mata sebelah juga merupakan lesen.

Sesungguhnya jika ini boleh berlaku, pastinya merupakan berita yang menggembirakan perasuah-perasuah.

Ramai yang menyuarakan pandangan mereka kepada Ahmad Said Hamdan. "Kalau hang tak malu kepada Allah dan manusia lain, hang malulah kepada isteri dan anak-anak hang ketika membuat kenyataan seolah-olah hang tak dak asas didikan yang sempurna".

Usahlah kerana mengejar sesuatu, tabiat normal kemanusiaan ditelanjangkan.

Saturday, March 21, 2009

Kakitangan RTM tidak mahu KP Penyiaran

Kakitangan RTM memprotes perlantikan Dato' Ibrahim Yahaya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran yang baru .

Omar Osman Presiden CUEPACS telah diminta untuk campur tangan menyelesaikan kemelut kakitangan RTM yang enggan menerima Ibrahim.

KUALA LUMPUR: RTM staff members are against the appointment of Datuk Ibrahim Yahaya as the Broadcasting Department director-general.

Samakah blogger Dato' Ibrahim Yahaya ini.

Dihari permulaan sudah bermasalah, bagaimana mahu meneruskannya.

Friday, March 20, 2009

Kondom Menteri Kesihatan bukan selesai masalah

Pope Benedict XVI menyatakan bahawa pengagihan kondom kepada penduduk Afrika bukanlah peneyelesai masalah HIV.

Malah kata Pope, ia menambahkan lagi masalah sedia ada.

Dianggarkan 22 juta penduduk Afrika dijangkiti HIV, virus yang membawa kepada penyakit AIDS.

Di Malaysia baru-baru ini ada pihak yang cukup gembira dan berasa bahagia dengan idea membahagikan kondom kepada penduduknya.

Jangan jadi seperti PPSMI sudahlah. Rumah siap pahat pun berbunyi. Kondom diedar, masalah sosial bertambah berkali ganda.

Apa ?

Menteri Kesihatan dulu-dulupun menggunakan kondom dan viagra percuma ?

Entahlah !

Thursday, March 19, 2009

Tun M : Ali letak jawatan KM, Muhammad tak tahu BI

Ali Rustam patut meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka manakala Muhammad Muhd Taib tidak boleh bercakap dan membaca dalam Bahasa Inggeris.

Itu pandangan Tun Mahathir Mohamed.

"Pilihan saya ialah Muhyiddin" kata Tun Mahathir bekas Perdana Menteri yang kini tidak menjadi ahli kepada mana-mana parti politik.

Sudah tentu ada percaturan politik. Mahathir seperti gila talak. Sekejap mengatakan Najib penakut, sekejap mahukan Najib, sekejap mengatakan Najib tidak boleh membawa perubahan dan bermacam-macam lagi.

Ramai ahli UMNO mengungkit sejarah Muhyiddin Yassin bekas Menteri Besar Johor itu. Tanya mereka, "bukankah dia yang hampir menggadaikan Johor kepada Singapura ketika masih dikerusi kuasanya?"

Apa nak jadi dengan UMNO ? Semua pemimpinnya bermasalah.

Muhammad pula dikaitkan dengan pantun ini :

Apa guna menggali perigi,

Air masin bilakan tawar,

Apa guna bernikah lari,

Nama baik jadi tercemar.


Wah! Hebat-hebat belaka. Budak-budak muda peguam UMNO dalam Lembaga Disiplinnya lagi hebat.

Keputusan mereka dibaca di sana dan dicerca di sini-sana oleh ahli-ahli mereka sendiri.

Wednesday, March 18, 2009

Telaga kotor di Malaysia mengalirkan air bersih

Politik Malaysia akan berubah wajah. Dari telaga yang kotor, akan ada air yang bersih mengalir.

Itulah apa yang akan berlaku apabila Abdullah Ahmad Perdana Menteri sekarang menyerahkan warisan kepimpinan tertinggi negara kepada anak Melayu bangsawan yang tidak pernah mengenal erti kepayahan hidup.

Dalam posting saya yang lepas, saya sengaja tuliskan bahawa Najib Tun Razak perlu kelihatan bersih kerana segala tuduhan ke atasnya hanya bersifat dakwaan sahaja. Tiada siapa dapat membuktikannya.

Penarik Beca mempunyai alasannya. Sila lihat whitewashing Najib. Najib mahu membersihkan UMNO ?

Ajaib! Perasuah dalam UMNO masih dibenarkan mentadbir negeri Melaka ? Dulu Melaka juga terkenal dengan pemimpin yang memengandungkan cucu 'mak cik Pendek'. Bukankah begitu ?

Perasuah dalam UMNO ibarat apa ya ? Orang Melaka sudah tidak ada 'deria' agaknya.

Ah apa sahaja. Tunggulah telaga kotor yang akan mengalirkan air sebersih-bersihnya. Air demokrasi tulin.


Tuesday, March 17, 2009

Itu pemimpin najis dan babi rasuah

Lantaran pemilihan dalam UMNO, banyak sangat kedengaran rasuah di sana-sini. Sehingga ada yang mencadangkan agar rasuah itu disinonimkan dengan 'najis' dan 'babi'.

Dalam mana-mana negara berdaulat, sesuatu cadangan dan keputusan rakyat yang diterima atau ditolak hanya akan dihebahkan oleh kerajaan.

Walaupun diketahui sejarah ada membuktikan bahawa banyak kerajaan yang gagal mengikut kehendak rakyat pernah tersungkur dan menyembah bumi.

Satu demi satu pemimpin dalam UMNO dan Barisan Nasional dituduh terbabit dalam 'najis rasuah' atau 'babi rasuah' jika diandaikan istilah yang dicadangkan masyarakat diterima kerajaan.

Boleh dan perlukah kerajaan menerima cadangan rakyat ini ?

Pertama, sukar bagi kerajaan yang tidak telus seperti UMNO dan BN untuk menerima bahawa parti mereka adalah parti najis rasuah atau parti babi rasuah.

Kedua, mana mungkin pemimpin UMNO dan BN mahu rakyat melabelkan mereka sebagai Timbalan Presiden najis rasuah atau Timbalan Presiden babi rasuah. Atau, Presiden dan Ketua Pemuda najis rasuah dan babi rasuah.

Ketiga, pegawai tertinggi kerajaan yang menyokong dan menurut arahan kerajaan yang najis rasuah dan babi rasuah juga akan dikenali sebagai pegawai najis rasuah dan pegawai babi rasuah.

Keempat, bolehkan masyarakat berfikiran waras menerima bahawa Ali Rustam sebagai contohnya adalah najis dan babi rasuah dalam UMNO tetapi dia juga adalah bermoral dan berakhlak sebagai Ketua Menteri Melaka.

Kelima, hendak samakan 'najis dadah' yang diterima rakyat dan kerajaan dengan si Anu 'najis rasuah' atau 'babi rasuah' pastinya akan membawa natijah kepada kebanyakkan pemimpin kerajaan yang dilihat banyak terlibat dalam kes-kes seperti ini.

Jika diterima istilah atau pengenalan ini, ramai dalam UMNO dan BN akan dikenali sebagai najis rasuah dan babi rasuah.

Sudah tentu bukan sahaja mereka, parti dan kepimpinan tertinggi mereka juga akan dikenali orang sebagai parti, presiden, perdana menteri dan negara najis rausah dan babi rasuah.

Tak malukah bila orang bertanya. Siapa?

Itu Presiden dan Ketua Pemuda parti najis rasuah atau babi rasuah dan itu Perdana Menteri negara najis rasuah dan Perdana Menteri dari negara babi rasuah.

Sudah tentu dari tuduhan pemimpin yang terlibat dengan najis rasuah atau pemimpin yang terlibat dengan babi rasuah akan menjadikannya dikenali sebagai pemimpin najis rasuah atau pemimpin babi rasuah.

Saturday, March 14, 2009

Dr M : Peralihan kuasa di Perak tidak ikut undang-undang


Setelah mendiamkan diri lebih sebulan Tun Dr Mahathir memberikan pandangannya tentang 'rampasan kuasa' di Perak:

Dr M says Perak grab unlawful (The Malaysian Insider)

By Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, March 14 — More than a month after Barisan Nasional ousted Pakatan Rakyat from Perak, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today said the takeover was not done according to the law.

He said mistakes, bad strategy and carelessness in the Feb 5 power grab, orchestrated by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had led to the current crisis in the state.

"You cannot topple a menteri besar or a prime minister without a no-confidence vote in the assembly. There is no other provision," he said at a function organised by Mubarak, the association for former elected representatives.

"Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar," he said, referring to Sultan Azlan Shah's decision to ask Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign.

"As far as I know, there is no such provision in the Perak or Federal Constitution," he said.

Dr Mahathir said that BN should have done it properly and not "be in conflict with the law" as the courts may now rule that the Sultan has no right to sack a menteri besar.

He added that a Sultan could only reject a candidate for one of his choice after an election but even this candidate could be defeated in the assembly by a vote.

The veteran politician said BN should have "followed the laws of the country, especially the constitution."

"Because this may be in conflict with the law, we find that people will not comply. Because we started on the wrong foot, people are now against us," said Dr Mahathir, who quit Umno last year in a long-running feud with his successor Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

The Perak power grab is now mired in a series of lawsuits, with both sides claiming to be the legitimate government.

Six people have also been charged with insulting the Perak Ruler after he backed BN to govern the state. One has pleaded guilty and was fined RM10,000 yesterday while five others claimed trial.

Umno has said those who opposed the Sultan's decision are committing treason.

(Foto Mstar)

Sudahlah Khir Toyo

Apa nak jadi dengan bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo tu?

Kata orang utara, beberapa minggu yang sudah dia asyik dok tibai Kerajaan Selangor yang sedia ada.

Dari isu Elizabeth Wong, isu lembu korban, isu RTM dan bemacam-macam lagi.

"Ni baru padan muka dengan dia" kata Cik Gu Zul orang kuat Mike Tyson yang ditemui di Batang Kali.

Saya ada menulis di sini, nasib baik bukan gambak bini Khir Toyo. Jika tidak bolehlah tengok berok politik di Selangor melompat.

Kini baru ADUN Sg Panjang tu dapat rasakan bahang panas politik korek mengorek.

Depa kata lembu korban MB Selangor tu diberi pada orang kampung. Bukan Khaled, bini dia ka, kaum kerabat dia yang hentam makan.

Lain pula halnya dengan apa yang Khir Toyo kena. Khir ni calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bukan calang-calang orang. Baru calon. Bukan Ketua Pemuda lagi.

RM349,134 dibelanjakan untuk naik kapai terbang. Tu tak kegha makan, minum dan tempat tinggai.

Zaharah Kechik isteri dia yang di tuduh alihkan harta Balkis sejurus selepas pilihanraya kedua belas yang lalu, dituduh lagi. Kali ni depa habaq Zaharah guna aset kerajaan negeri untuk tujuan peribadinya. Bukan beli lembu bagi orang makan ?

Tu dia . Betoi ka? Atau Azmin dan Saari saja buat cerita.

Ibarat kata, depa beli lembu, depa sembelih, depa makan, depa bagi kat kroni. Orang kampung dapat apa ? Hak tu kena tanya Najib sama. RM60 billion punya ransangan ekonomi, orang kampung buleh apa ?

Saari kata lagi, Range Rover, kereta berharga RM500,000.00 yang dibeli dengan harta kerajaan yakni wang rakyat Selangor diguna oleh Zaharah bini Khir Toyo tu.

Tu belum lagi cerita anak Toyo dapat jam bernilai RM150.000.00. Ada orang kasihan kat dia, bagi macam hadiah la konon.

Belum lagi cerita Balkis pi Disneyland, Tokyo dan Hong Kong.Berapa juta habeh di situ. Depa pi caghi apa ?

Rumah RM8 juta di Arab saudi depa beli bayaq RM25 juta. Habeh tera la tu.

Orang UMNO negeri utagha tanya, "Khir, hang kena bersih nama hang. Kalau tidak, muka lagu ni nak jadi Ketua Pemuda UMNO. Kami tau la UMNO tu tarak harga diri dan korup. Mai dengan hang lagi seghabut.."

Sudahlah hang!!!

Friday, March 13, 2009

Tun M tetap mahu PPSMI

Sebentar tadi, Tun Dr Mahathir Mohamed orang yang berjaya memperkenalkan PPSMI atau sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris mahukan supaya kedua matapelajaran itu diteruskan seperti sekarang.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertanggungjawab memperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mahu dasar itu diteruskan demi masa depan generasi muda.

Bekas Perdana Menteri itu berkata negara seperti Korea Selatan dan China kini giat menggalakkan rakyat mereka belajar bahasa Inggeris kerana sedar kepentingan berkomunikasi menjadi asas penting dalam meningkatkan daya saing.

"Saya lihat kebanyakan yang membantah isu ini sendiri berpendidikan Inggeris dan petah berbahasa Inggeris tetapi tidak mahu pula generasi muda kita menguasai ilmu yang sama. Saya tidak faham motif sebenar mereka ini," katanya majlis pembukaan rasmi bangunan baru dan sidang akhbar Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Maktab Sultan Abdul Hamid di sini, hari ini.

"Sebahagian besar persekolahan awal saya sendiri menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.

Apakah saya menjadi 'kurang' Melayu kerananya, malah saya masih fasih berbahasa Melayu dan menganggap diri saya sebagai nasionalis Melayu," katanya.

Nah ! Berpuloh ribu berhimpun di Masjid Negara pada 7 Mac yang lalu membantahnya.

Tiba-tiba, orang yang memperkenalkannya tetap mahu supaya ia diteruskan.

Apa kata anda ?

Najib dituduh sahaja dan belum dibuktikan

Najib bangsawan Melayu yang tidak pernah melalui kesusahan dan kepayahan ekonomi di dalam keluarganya menjadi mangsa lawan politiknya.

Sampai hari ini, tidak ada seorangpun yang dapat membuktikan bahawa Najib terlibat dalam komisyen pembelian kapal selam, terlibat dalam skandal bersama wanita di Port Dickson, ada memainkan peranan dalam melepaskan C4, terlibat dalam pembunuhan Altantunya wanita Mongolia, berperanan menculik ADUN di Perak dan berpuloh dakwaan lain yang dibuat terhadap anak kesayangan Tun Razak dan suami yang dipuja Rosmah.

Malah, pendedahan Arnaud Dubus wartawan akhbar Peranchis yang menggemparkan seluruh dunia dianggap sebagai 'bukan perlu dibimbangkan' oleh Najib.

Pecinta Najib mengandaikan segala tuduhan termasuk dari parti pembangkang di Malaysia terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia keenam itu sebagai karut sahaja.

Di Parlimen kelmarin, Gobind Singh Ahli Parlimen Kepong menuduh Najib sebagai pembunuh.

Walaupun Najib seperti diikat dan dijahit mulutnya untuk menjawab Gobind, ia masih boleh berbangga dan rasa dirinya selamat kerana kekebalan yang dianugerahkan oleh Abdullah Ahmad, Polis dan SPRM kepadanya.

Drama semalam dan hari ini menjulang dan meletakkan Najib sebagai hero. Esok belum tentu lagi di mana tempatnya.

Biar apapun diperkatakan, Najib masih dituduh dan tiada siapa yang dapat membuktikan apa-apa setakat ini.

Anwar Ibrahim, Ustaz Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, NGO dan individi-individu lain hanya berteriak sahaja mengatakan Najib akan memalu dan merosakkan negara apabila diberi peluang memerintah.

Oleh itu, biar apa orang lain kata, Najib masih kelihatan bersih dan perlu kelihatan bersih lebih-lebih lagi di mata Rosmah.

Tak begitu ?

Wednesday, March 11, 2009

Mati kerana kecuaian hospital adalah qada dan qadar

PPSMI berjaya ditangani secara baik. Tahniah kerana perhimpunan yang dirancang berjaya diadakan seperti agenda.

Nampaknya kesedaran rakyat tentang masa hadapan persekolahan anak-anak mereka sudah mula berada pada tahap yang tinggi.

Namun di Malaysia, masyarakatnya masih belum disedarkan tentang bahayanya pegawai-pegawai perubatan di hospital-hospital seluruh negara.

Saban hari ada sahaja pesakit yang menjadi mangsa hospital-hospital. Lihat apa yang terjadi kepada kes ini di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

Ada tiga perkara pokok yang perlu diberi keutamaan dalam menangani isu seperti ini.

Pertama, jawatankuasa siasatan dari kalangan orang awam hendaklah diwujudkan segera di setiap daerah di mana hospital-hospital didirikan supaya memudahkan penyiasatan yang telus.

Kedua, pegawai perubatan atau kakitangan yang didapati cuai sehingga memangsakan pesakit hendaklah diambil tindakan hatta membuang dari perkhidmatan.

Ketiga, masyarakat Islam di negara ini terlalu taksub dengan qada dan qadar sehingga membuatkan mereka percaya bahawa setiap yang berlaku sudah tertulis. Tiada yang dapat mengubah apa yang sudah direncanakan.

Manusia hanya boleh berikhtiar.

Saya tidak menafikan perkara tersebut tetapi biarlah akal dan iman dapat menerimanya. Saya bimbang satu hari nanti, masyarakat ini juga akan mempercayai bahawa mereka tidak perlu mencari rezeki dan menyuap nasi kerana qada dan qadar telah menentukannya.

Dari mana hendak dimulakan ?

Friday, March 6, 2009

PPSMI - Kegagalan Dasar Pendidikan Negara

TERKINI Bedah bisul di Hospital Pusrawi, mati pesakit tersebut? Hospital lagi?

PERHIMPUNAN MEMBANTAH DASAR PENGAJARAN
dan PEMBELAJARAN SAINS dan MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS



SABTU


7 MAC 2009

2.00 Petang
Masjid Negara

Kedah : Tau dah exco yang hina Sultan

Exco Kedah yang mana hina Sultan Kedah ? Depa tau dah. Cuba baca.


Mestilah Dato’ Phahrolrazi dan Taulan Rasul. Depa orang lama. Depa taulah cerita istana.


Ketua Pemuda Kedah kata bukan. Kalau bukan ini mesti kerja Amiruddin Hamzah yang baru dapat Dato’ tu. Dia ni bekaih kakitangan MADA. Habeh rahsia exco dan istana dok dalam poket dia.


Pemuda Kedah yang buat hingaq satu negara nafikan juga. Kalau lagutu, sapa dia ? Mesti Hj hamdan dan Ustazah Ashah Exco Kebajikan tu. Depa ni haji dan hajjah. Cakap-cakap depa macam baling batu sorok tangan. Bukanka?


Bukan juga kata pemuda Kedah yang UMNO tu.


Tau dah. Confirm dah. Hj Abdullah dan Dr Ismail. Dua oghang ni tak banyak cakap. Tapi kalau buka mulut, tentu bahaya punya. Macam buaya dalam air tenang. Orang pendiam jaga-jaga oii.


UMNO Kedah kata depa pun bukan. Habeh hak mana satu ?


Mohamed Radzi dan Tan Wei Shu. Shahih lagu tu. Depa lagi diam. Tak mengaku kata bukan depa. Maknanya depalah.


Rawi jeneral pemuda UMNO kata yang dia tau bukan dua oghang ni. Depa dua ni tak ambek peduli kat oghang. La..kalau lagu tu, ada soghang lagi. Aru yang pencen awai. Takkanlah dia kot?


Wajib dia. Mesti Rawi mengaku punya la. Zam zam Alla Kazam… Rupa-rupanya Ustaz Azizan Razak. Dulu Ustaz ni exco kanan. Hubungan Ustaz yang dok di Jalan Sultanah ni dengan kerajaan dan istana cukup ngam. Mana ada oghang lain dah.


Rawi kena habaq kat polis. Kalau boleh panggil Musa Hassan turun sekali. Tangkap dan gari Ustaz Azizan ni. Boh dia di lokap Bukit Aman barang dua minggu.


Rawi dan Pemuda UMNO yang tarak kerja tu kata bukan jugak . Haghu dan sighu.

Hampa cakap biak betoi. Kalau semua tu bukan, sapa?


Ha…. Kata pemuda UMNO yang depa jumpa dok berak tepi jalan, “Exco sebelum pilihanraya kedua belas dulu gamaknya”.


Pulakkk.

Bicarakan Hospital Serdang

Dua badan satu jiwa seperti kisah percintaan Laila Majnun. Satu yang lumrah dan biasa didengar untuk kisah-kisah dan falsafah percintaan.

Biasakah terjadi fizikal satu badan menceritakan pelbagai hasil laporan perubatan? Itu belum lagi masalah dalaman.

Bukan sahaja kes Kugan. Beberapa hari yang lalu, akhbar Sinar Harian memaparkan kisah bagaimana seorang mak cik tidak puas hati dengan sejarah kematian anaknya.

Di hospital mana ? Serdang juga !

Apa hal dengan pentadbiran Hospital Serdang ini. Professionalkah mereka?

Wajib bagi Menteri Kesihatan, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah Hospital Serdang mencadangkan kepada kerajaan agar menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk melakukan penyiasatan tentang apakah yang sedang berlaku di hospital itu.

Jika tidak, bicarakan mereka di mahkamah terbuka. Pakar Patologi yang melakukan bedah siasat keatas mayat Kugan di Hospital Serdang mempunyai kelayakkan yang mencukupikah untuk bekerja di situ ?

Bagai nak termuntah dengan alasan 'bangang' yang diberikan oleh Pengarah Hospital Serdang, Dr Mohd Norzi Ghazali.

Katanya, mayat Kugan telah diganggu sehingga menyukarkan bedah siasat lanjut dibuat oleh pakarnya.

Berapa kalikah bedah siasat dibuat. Satu hari sekali. Satu hari dua puloh empat kali. Atau simpan berbulan untuk melakukan setiap satu bedah siasat sehari selama beberapa bulan ?

Kita mahu jawatankuasa bebas dan bicarakan kesemua mereka termasuk polis yang berurusan dengan hospital dalam kes ini.

Selagi tiada Jawatankuasa bebas dari kalangan orang awam yang mengendalikan aduan awam hospital-hospital di setiap daerah, tidak salah masyarakat mengandaikan pegawai perubatan menggunakan kedudukan mereka untuk 'mematikan orang'.

Jika tidak, kenapa tidak telus ?

Apabila ia berlaku di negara lain dan ketelusan penyiasatan tidak ada, rakyat akan bangun dan meminta Menteri, KSU, KP, Pengarah dan mereka yang terlibat, meletakkan jawatan.

Di Malaysia - kakitangan hospitalnya ada kekebalan ?

Thursday, March 5, 2009

Sultan UMNO dan Sultan Rakyat ?

Rakyat Perak perlu menerima hakikat bahawa krisis politik yang dijanakan di negeri itu sekarang ibarat bola yang dimainkan tanpa pengadil dan penjaga garisan.

Kelmarin beberapa orang penduduk di Keroh memberitahu, mereka kecewa dengan peranan pembaling batu sorok tangan di negeri perlombongan satu ketika dahulu.

Pemisahan Kuasa diantara tiga badan tertinggi sudah tidak kelihatan. Kehakiman, eksekutif dan legislatif seperti sudah bersatu.

"Ditambah pula dengan peranan pelakon-pelakon dari mahligai" kata Jamal penduduk dari Kampung Kuak Hulu.

"Aku bimbang. Ada orang sudah mula mengatakan ini sultan UMNO dan itu sultan rakyat. Malah ada yang sudah mengungkit sejarah kewujudan mereka" kata Jamal lagi.

"Teori sahaja tidak berguna" kata Arumugam. "Belajar tinggipun, ada yang pernah ditangkap menjadi perompak" merungutnya lagi.

Insan-insan yang merindui demokrasi menuding jari ke arah perlembagaan yang tidak dapat memberikan kata pemutus. Mereka menganggap drama di Perak sebagai kelemahan undang-undang buatan manusia.

Perisai yang tidak dapat membantu apa-apa di kala ianya diperlukan. Ibarat, sudah digadai dan dilacurkan maruah perlembagaan yang tidak dapat mempertahankan moral apatah lagi roh kebebasan rakyatnya sendiri.

Apapun, adakah sultan UMNO dan sultan rakyat seperti yang dikeluhkan itu ?
(Gambar : Flickr)

Sunday, March 1, 2009

Maaf, gangguan sementara

Maaf. Gangguan sementara.

Bersihkan Guantanamo Malaysia

Guantanamo Malaysia


Sejak adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beribu orang telah dijadikan penghuni di Kem Tahanan Kamunting Taiping Perak.


Undang-Undang ISA memilih mangsa mengikut kehendak nafsu dan kerakusan kerajaan biarpun perisik asing, dadah, Jamaah Islah, senjata dan sebagainya dijadikan alasan tahanan.


Akta yang dirangka RH Hickling pada tahun 1960 adalah lanjutan dari Ordinan Darurat 1948.


Akta ini memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia menahan ‘mangsa’ selama 60 hari dan kemudian dari itu selama dua tahun dan boleh berterusan bertahun-tahun tanpa dibicarakan.


Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai undang-undang, namun kerajaan persekutuan yang ada sekarang takut dan gagal memanafaatkan akta-akta yang sedia ada dan dikira lebih demokratik.


Mereka yang pernah ditahan mengadu didera secara fizikal dan mental. Pelbagai ancaman, pukulan, deraan, ditahan di bilik kecil tanpa cahaya dan udara, dinafi dan dihadkan lawatan keluarga dan pelbagai kaedah ganas dan zalim digunakan di Guantanamo Malaysia itu.


Bukan sahaja parti politik seperti PAS, Keadilan dan DAP memperjuangkan sejak sekian lama supaya akta dracula ini dimansuhkan hatta badan kebajikan sukarela seperti Aliran, ABIM, JIM dan berpuloh pertubuhan lain bangun menyuarakan hasrat yang sama.


Malah sejak kebelakangan ini parti komponen BN seperti MCA, PPP, MIC dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak juga melaungkan kehendak yang sama.


Sejak dahulu lagi, Malaysia dikritik oleh negara-negara dunia agar memansuhkan ISA.


Apa guna bercakap soal demokrasi, Negara Islam dan sebagainya jika diri sendiri terpalit dengan kekejaman terhadap rakyat sendiri.


Selepas krisis UMNO, pada tahun 1988 Abdullah Ahmad pernah mengatakan bahawa , "Jika kita semua hendak menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr Mahathir mesti dibuang. Dia menggunakan undang-undang kejam ISA untuk mendiamkan pengkritiknya."


Tetapi Abdullah sama seperti manusia lain. Apabila telah mendapat tempat sebagai Perdana Menteri dan setelah adanya kuasa, ia berfatwa pula, ISA adalah "undang-undang yang perlu".


Media arus perdana termasuk Utusan Malaysia pada 10.12.08 melaporkan masih terdapat 64 orang tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting sehingga 30 Jun 2008.


Ada yang ditahan melebihi tujuh tahun tanpa bicara.


Pernah seorang penghuni di Kamunting, Shahrial Sirin, tidak sempat menemui anaknya kerana lewat dibenarkan menziarahi ahli keluarganya yang sakit tenat itu.

Selain dari Abdullah Ahmad, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan ahli kabinet Malaysia adalah mereka yang bertanggungjawab dalam pungutan saham Guantanamo ini.

Satu masa dahulu Kamunting terkenal kerana sejarah perlombongannya.

Namun ia bakal mencatatkan sejarah modennya dengan penderaan, penyiksaan dan kezaliman terhadap penduduk pribuminya.

Sampai bila lagi Guantanamo Malaysia.

Lalang yang dtanam, takkan mengharapkan padi yang tumbuh ?