Thursday, December 25, 2008

Hari Krismas : Mat Sabu contohkan Khomeini









"Sudah sampai masanya kita hidup dengan pemikiran tenang dan matang"
. Itu diantara isi ucapan Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, parti Islam terbesar di Malaysia.

Beliau mahukan semua penganut agama menghormati agama masing-masing dan agama penganut lain.

Sempena Hari Natal, kata Mohamad Sabu lagi, sikap pemimpin Revolusi Islam Iran, Imam Khomeini yang pernah menghantar mesej kepada penganut agama Kristian perlu dijadikan contoh.

Di Malaysia, sejak merdeka lagi, budaya menakutkan bangsa dan agama, budaya mengungkit sejarah, budaya menghunus keris, budaya temberang, budaya tanpa integriti, budaya mengisi tembolok pemimpin parti pemerintah dan budaya 'akulah yang lebih' menjadikan budaya-budaya ini satu adat yang sukar pula dikikiskan.

Kenapa begitu ?

Almarhum Imam Khomeini - pada dirinya ada kepimpinan melalui teladan. Khomeini tidak pernah 'menyapu' harta negara, tidak pernah kelihatan terlibat dengan rasuah, tidak pernah mengandungkan anak-anak luar nikah, tidak terlibat dalam memamah hak dan kedaulatan rakyat Iran dan padanya ada contoh-contoh yang boleh diikut dan diamalkan.

Sahabat dan musuh menyanjung tinggi keperibadiannya. Khomeini mempunyai jiwa pejuang. Khomeini seorang ulamak yang memimpin revolusi Iran menentang kezaliman pemerintah Iran yang terdahulu.

Ilmu dan semangat yang ditiupkannya ke dalam sanubari rakyat Iran beserta dengan contoh kepimpinannya menjadikan dirinya bukan sahaja dihormati dan diikuti oleh rakyatnya tetapi juga menggentarkan musuh-musuh besar seperti Amerika dan lain-lain negara barat.

Jauh bezanya Khomeini dengan pemimpin negara kita sekarang. Ibarat jauhnya matahari dari manusia.

Jika saranan Mohamad Sabu supaya Khomeni dijadikan contoh dapat dituruti, nescaya bukan sahaja mereka yang bukan Islam, malah pemimpin-pemimpin dalam Umnolah orang yang pertama tidak lagi akan mempertikaikan hudud.
(Foto:Dari blog ?)

6 comments:

THE PUREHADHARIST said...

BUKAN HANYA DAP PENGHALANG TERLAKSANANNYA HUDUD, ANWAR IBRAHIM JUGA !sudilah layari http://pure-hadharist.blogspot.com

kulatlapok said...

Salam Tuan:

Nabi Muhammad sebenarnya adalah contoh yang terbaik dan tidak ada yg terbaik selain Baginda Rasulullah dimana Bagindalah yang Dapat menyatu-padukan manusia yang berbagai-bagai etnik, puak, kaum, bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya. Bahkan dapat menanamkan kasih-sayang satu sama lain di kalangan manusia. Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya. Berjaya melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya. Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa. Berjaya menjadikan setiap orang rasa berpuas hati naungan pimpinannya sekalipun yang bukan Islam. Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh makhluk sekalipun binatang. Wallahualam

Anonymous said...

Salam Saudara,
Susah untuk membandingkan Khoemini dengan Pak Lah. Lebih baik bandingkan dengan Ahmadenijad yang masih hidup. Ramai anak-anak muda tidak kenal Khoemini.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra pure hadharist,
kita mendoakan yg terbaik untuk beliau dan untuk diri kita. semoga allah swt memberkati kita.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra kl,
sesungguh dan sebenarnya tiadalah yang lain dari allah swt dan rasulnya yang dilayakkan menjadi contoh. namun sdra, sesama manusia adakalanya, yg terbaik dan terdekat itu dijadikan contoh tanpa ada niat untuk merendahkan allah dan rasulnya. terimakasih diatas ingatan itu.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra (anonymous),
insyaallah kita baca dan kenal mereka melalui sejarah. dan pastikan sejarah yang datang dari sumber yang terbaik. tk.