Monday, December 29, 2008

Gaza menangis diambang Muharram

Berapa tahun lagikah diperlukan untuk memartabatkan pemimpin bangsa Arab ?

Beberapa tahun yang lalu Shabra dan Shatila telah menyaksikan peyembelihan bangsa mereka. Kini, lebih dua ratus dikhuatiri mati di Gaza di dalam perang yang baru dua hari dilancarkan Israel negara 'terkuat' dirantau Asia Barat itu.

Ramai yang beranggapan OIC hanya akan bermesyuarat sahaja untuk menyelesaikan kemelut tersebut. Entah bagaimana, tiba-tiba Gaddafi dari Libya bersuara mahukan tindakan segera diambil terhadap Israel.

Saya teringat apa yang dikatakan kepada saya oleh Saiyad seorang dari beratus pemuda Afghanistan yang berniaga di Kota Makkah. "Bangsa ini otaknya terletak dilutut. Bangsa yang kaya tetapi bodoh dan sombong".

Jika beberapa hari yang lalu ada karikatur dalam blog AdibahAhmad yang menunjukkan wajah Rasulullah berpakaian jubah dan melakarkan sesuatu yang tidak dapat diterima masyarakat Islam, begitulah apa yang ditunjukkan oleh seorang peniaga Arab kepada kami lima belas tahun yang lalu.

Menunjukkan kemaluannya yang sedang tegang dalam jubahnya sambil menunjuk kearah ibu-ibu, kakak-kakak dan adik-adik dari Malaysia yang sedang membeli-belah dikedainya.

Bukan semua bangsa Arab begitu. Tapi itulah paparan sejarah yang sering ditonjolkan oleh masyarakat bukan Islam ketika bangsa Arab berada di Thailand dan lain-lain negara untuk bercuti.

Berita kelmarin, cucu Raja Kuwait yang menyewa kereta Ferrari di England pada kadar melebihi RM7000.00 seminggu telah menjahanamkan kereta tersebut. Ini baru soal menyewa kereta. Belum bab akidah, ego dan status sosialnya. Kekayaan material mereka digunakan untuk keseronokkan dan berfoya-foya.

Bak tulisan Prof Shahnon Ahmad Sasterawan Negara beberapa tahun yang lampau. Jika ditakdirkan Allah swt mengangkat atau mencabut Kaabah dari bumi Arab, nescaya tidak ada sesiapa lagi yang akan berpijak ke tanah arab itu.

Betapa rendahnya tahap pemikiran bangsa Arab. Lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin di negara mereka seperti yang diungkapkan Saiyad kepada saya, "otak mereka terletak dilutut".

Untuk memimpin bangsa Arab bukanlah kerja mudah. Betapa Allah swt menurunkan Rasulnya untuk tujuan tersebut seribu empat ratus tahun yang lalu.

Tetapi, selagi pemimpin bangsa Arab tidak dipimpin, selagi itulah banyak lagi Gaza akan menangis dan penghuninya akan disembelih.

Siapakah yang bertuah itu dapat kembalikan bangsa arab ke jalan yang lurus ?

4 comments:

cakapaje said...

Salam Na'al Hijrah Tuan,

InsyAllah, kita berjumpa esok di kedutaan US.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra shah,
du'a saya semoga allah swt memberkati segala usaha murni ini.

Anonymous said...

Salam~

Janganlah menunding ke arah orang Arab sahaja tapi lupa diri sendiri. Pada saya yang bermasalah bukan sahaja buat orang Arab sahaja, tetapi meliputi lain-lain bangsa Ajam termasuk di negeri Malaya ini.

Sebenarnya kebanyakan orang Arab pada saya membenci penindasan dan kezaliman. Malangnya, di negara2 Timur Tengah, sistem politik mereka berbentuk autokratik dan orang Arab yang memegang kekuasaan inilah yang punya masalah.

Kalaulah orang Arab punya kebebasan untuk memilih, barangkali sudah lama puak-puak ketua Arab feudal ini sudah lama tumbang dan roboh. Contohnya, bila rakyat Palestin diberi kebebasan memilih, mereka memilih Hamas dan menumbangkan PLO lambang puak feudal dan nasionali Arab yang korup dan bobrok.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra j
banyak yg perlu dilakukan oleh bangsa arab. apabila ada pro dan kontra tentang kiamat sudah hampir, bangsa arab membiarkan diri mereka dihina sebegitu rupa. negara sekecil israel dibiarkan bermaharajalela. kebebasan untuk memilih pemimpin perlu dilakukan oleh mereka sendiri. tiada siapa dapat mengubah nasib mereka kecuali mereka sendiri. tk