Bible dalam BM : Apa kata KJ dan Mukhriz
Abdullah Ahmad Perdana Menteri Malaysia kelima bukanlah ahli parti PAS atau Keadilan. Abdullah adalah legasi Umno yang dipilih oleh Mahathir Mohamed menggantikannya sebagai Perdana Menteri.
Hatta Abdullah tidak pernah dipilih oleh ahli-ahli partinya sendiri untuk mengepalai Umno.
Ramai yang mengatakan Abdullah adalah seorang yang lembik. Banyak menerima tunjuk ajar daripada budak-budak 'hingusan politik' yang berada di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri.
Begitu juga menerima nasihat daripada wartawan Hadhari yang tiada pengalaman dan minat politik terhadap Umno.
Di zaman Dr Mahathir, ramai yang menggelar mantan Perdana Menteri itu sebagai Maha Firauan, mamak, diktator, penghalang kebebasan media, perosak demokrasi dan bermacam-macam lagi. Terbaru seperti kata orang nombor dua Gapena - di zaman Mahathir, ramai yang takut untuk bersuara.
Apapun, kedua-dua politikus ini adalah 'hasil' dari acuan yang sama iaitu Umno.
Entah betul atau tidak, ramai pengkritik Mahathir mengatakan bahawa Abdullah lebih liberal dari Mahathir. Diatas sikap terbukanya itu sekarang, Timbalan Pengerusi Persatuan Kristian Malaysia Dr Eu Hong Seng mahukan kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang terbuka seperti Abdullah membenarkan Bible ditulis atau dicetak dalam bahasa Malaysia.
Eu mencadangkan perkara ini ketika Abdullah hadir di rumah terbuka hari Krismas persatuan itu kelmarin.
Eu juga mengucapkan terimakasih kepada Abdullah kerana membenarkan ruang demokrasi yang lebih luas termasuk kebebasan untuk bersuara.
Pilihanraya Kuala Terengganu tidak berapa hari sahaja lagi. Ramai yang mahu mendengar apa kata Khairy Jamaludin dan Mukhriz Mahathir tentang permintaan persatuan Kristian Malaysia ini.
Kedua-dua mereka adalah waris Perdana Menteri dan waris bekas Perdana Menteri. Kebetulan juga, kedua-dua mereka adalah calon Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Jika bersetuju katakan ya, jika tidak katakan tidak.
2 comments:
Alkerohi
Dua-dua pemuda tidak berani menyatakan pandangan kerana jaga periok nasi.
salam sdra,
ada benarnya. ini soal politik. sama seperti isu menjual ijn. tunggulah selepas pilihanraya kuala terengganu, kita bakal menasaksikan babak baru dalam soal itu. begitu juga, soal bible dalam bahasa melayu.
Post a Comment