Sains dan Matematik : Gapena hangat-hangat tahi ayam ?
Seronok mendengar apa yang dicakapkan oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) melalui Ketua Duanya Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.
Inilah dikatakan ada kejantanan. Jika tidak, asyik-asyik Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Dong Jiao Zong sahaja yang bersuara.
Hishamuddin Tun Hussein sudah diberi kata dua oleh Latiff. Samada memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau tunggu sahaja tindakan mahkamah dari Gapena.
Katanya lagi, zaman Dr Mahathir semua orang takut bercakap. Sekarang ada sedikit kebebasan dan beliau turut mengambil kesempatan itu untuk bersuara.
Kita tunggu tindakan yang bakal diambil Gapena. Harap-harap tu ianya bukan kata-kata hangat-hangat tahi ayam.
Buktikan kepada kerajaan terutama sekali kepada Kementerian Pelajaran bahawa persatuan-persatuan Melayu terutama sekali seperti Gapena bukanlah ibarat daun yang kering. Boleh ditiup dan dihembus ikut suka orang politik.
8 comments:
Orang Melayu mesti bersatu dlm PPSMI, ini melibatkan nasib anak bangsa kita.Yg menjadi angkasawan negara itu pun belajar dlm bahasa kebangsaan.Saya tak lihat ada cacat-celanya.Dulu sebelum bahasa penghantar ditukar,sedikit benar budak Melayu yg mendapat keputusan yg cemerlang dlm sains& maths.Tetapi selepas itu berlambak-lambak budak Melayu yg cerdik pandai,Nur Amelina contohnya.Kenapa pula kita harus mengundur sedangkan kita sudah berada di landasan yg betul.Tun M tak tau permasalahan sebenar org Melayu di luarbandar kerana dia membesar di bandar.Berkawan dengan orang bandar.Anak-anaknya bersekolah di mana?Di Ulu Tembeling?Jabor?Gua Musangke?Pandangan Prof Diraja Pak Ungku Aziz harus diambil kira.Beliau telah melakukan kaji-selidik mengenai sosio-ekonomi dan kemiskinan orang Melayu ini.Beliau berkata kita harus belajar dalam bahasa yg kita gunakan untuk berfikir.Tun M boleh menggunakan BM dan BI untuk berfikir,jadi dia fikir semua orang boleh berfikir sepertinya,itulah kesilapannya,tidak merujuk kepada orang yg cerdik pandai sebelum membuat satu keputusan.Dan kabinet pula penuh dgn menteri yg malas berfikir dan hanya jadi 'yes man','ok', 'alright' sahaja.Anak-anak mereka ni bersekolah di SK ke?Rasanya tidak.Jadi perkara yg tidak kena pada batang hidung mereka,jangan harap mereka nak peduli.
Salam Tuan,
Setuju! Memang seronok membaca berita sebegini. Harap bukanlah seperti tajuk kerana takutkan anak-anak kita, BM entah ke mana, BI pun hancur. Tanpa bahasa yang mencerminkan identiti kita, hilanglah Melayu di Tanah Semenanjung Melayu ini (nama itu pun telah dipadamkan kini).
Assalammualaikum wbr
Mantan PM Dr Mahathir adalah pencetus idea ini. Saya sokong tetapi biarlah semuanya didalam bahasa Inggeris. Kenapa sains dan matematik sahaja?
Salam Saudara
Guru-guru pun tidak berapa mahir dalam penggunaan bahasa inggeris tersebut. Beberapa orang kawan memberitahu, prestasi pelajar kurang memuaskan. Cuma retorik kerajaan sahaja.
DUA2NYA PENTING. BI DAN BM.
Tuan
Orang politik kita terutama sekali dari parti BN bijak pandai. Kita kena follow mereka. Tak perlu dipertikai syor mereka. Jika banyak sangat bijak pandai, negara akan hancur.
salam Tuan:
Bahasa Inggeris penting juga tapi jangan jadikan Bahasa Melayu sebagai pasar borong. Pernah suatu ketika saya berkomunikasi dengan seorang bangsa Cina yg umurnya sudah menjangkau 40an. Bermakna dia lahir dinegara ini dalam tahun 60an selepas merdeka dan perlembagaan negara menyatakan Bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu... tapi alangkah terperangjkatnya saya bila dia kurang fasih dan tidak tahu prosa bahasa Melayu yang mudah. Agak malang dia menjadi Warga Malaysia yang telah merdeka hampr 50 tahun.
salam patahsayap,
dr m adalah dari keluarga yang berpendidikan. bapanya bekas guru besar. mengamalkan bahasa inggeris dalam pertuturan hariannya. dr m dapat berfikir dan meluahkan pandangannya dalam bahasa itu. mudah baginya bermakna tidaklah semudah bagi orang tasik di keroh yang bercakap bahasa siam, tidak semudah orang kuala nerang yang berbahasa melayu ala siam, tidaklah semudah orang tanah merah kelantan yg berbahasa melayu apatah lagi berbahasa inggeris. tidak semua...saya akui tetapi jika mahu juga bahasa inggeris, wujudkan sekolah dua aliran seperti dahulu atau bahasa inggeriskan kesemuanya.
salam sdra shah,
malang di malaysia apabila pemimpin melayu itu sendiri cuba merendahkan martabat mereka. minda mereka perlu berubah mengikut senario. jika jumud seperti sekarang, malaysia akan ketinggalan dan rakyatnya akan terus kekal majoriti sebagai rakyat kelas ketiga.
salam prof rafidah,
keputusan muktamad masih belum dibuat oleh kerajaan. kita tunggu dan lihat samada sains dan matematik terus kekal dlm b.inggeris atau dikembalikan kepada b.melayu. untuk mewujudkan b.inggeris kesemuanya, dirasakan belum boleh. tk.
sdra anonymous 10.57,
beberapa hari yang lalu saya saya bersama kawan membuat soal selidik secara tak rasmi di bandar alor star. apa yang mengejutkan dibeberapa sekolah ternama di alor star, guru-gurunya mengaku masih belum dapat menguasai b.inggeris sebagai bahasa mendidik. mereka juga bersetuju, ini banyak menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar.
salam sdra azmirul,
kedua-dua bahasa adalah penting tetapi biarlah bahasa yang boleh ditonjolkan sebagai bahasa ilmu diutamakan. bahasa ilmu yang mana?
salam sdra anonymous 5.10,
apabila saidina omar yang berkata, "perbetulkanlah aku jika aku tidak betul" maka tidak ada was-was lagi seorang manusia yg bernama pemimpin terlepas dari kekalutan dan kesilapan. lebih-lebih lagi orang politik. terutamanya pemimpin dari kalangan umno dan bn yang menjadikan undang-undang reid sebagai ikutan.
sdra,
kelemahan manusia boleh dibetulkan jika ada iltizam.
salam sdra kl,
saya tertarik dengan contoh yg diberikan sdra.bukan sahaja malang rakyat itu, tetapi sesuatu yang menyedihkan kita sebagai rakyat malaysia. jika usianya 60 tahun dan ke atas, bolehlah dimaafkan. tetapi usia kemerdekaan yang digalasnya, bukan sahaja memalukan dirinya sendiri tetapi mengaibkan kita semua. tergagap, tercungap-cungap, dan memberikan jawapan atau berkomunikasi dalam bahasa rojak - bagi mereka yang lahir selepas kemerdekaan di malaysia, ibarat pengemis tamadun dan budaya.
tk.
Post a Comment