Friday, December 12, 2008

Sains dan matematik :Persatuan Melayu sebagai daun kering

Isu mengajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris masih belum menampakkan noktahnya. Terlalu ramai yang mempolemikkan yang akhirnya menjadikan kanak-kanak di sekolah sebagai mangsanya.

Terbaru, Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Dong Jiao Zong memberikan kata dua kepada kerajaan. Mereka akan melancarkan protes jika dua matapelajaran tersebut terus diajar di dalam Bahasa Inggeris.

Jika selama ini persatuan-persatuan Melayu yang melahirkan bantahan tetapi tidak mendapat respon dari kerajaan, maka tunggulah apa yang akan diputuskan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein setelah adanya desakan dari persatuan-persatuan Cina.

Menurut Dong Jiao Zong, polisi sekarang merupakan satu ancaman kepada sistem pendidikan Cina.

Saya begitu hairan dan terkejut kerana sistem ini dilaksanakan tanpa perancangan yang baik. Guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar masih kurang mendalami bahasa Inggeris sebagai bahasa mengajar.

Begitu juga, majoriti pelajar melahirkan kurang keyakinan berkomunikasi dan menjawab dalam bahasa tersebut.

Hanya kerana permintaan dan desakan dari sekerat dua pemimpin politik yang mahukan matapelajaran tersebut diajar didalam bahasa Inggeris, maka kerajaan Barisan Nasional masih bermati-matian mempertahankan dasar itu.

Bagi saya, jika mahu juga bahasa tersebut, eloklah diwujudkan semula sekolah dua aliran seperti sebelum tahun 1970. Sudah tentu keberkesanannya akan lebih bermutu.

Jika tidak, tunggulah keputusan kerajaan Malaysia. Setelah adanya desakan dari persatuan-persatuan dan parti politik bukan Melayu, sudah tentu akan ada perubahan.

Kerajaan sekarang yang Umno menjadi tulang belakangnya, menganggap persatuan-persatuan Melayu dan desakan mereka sebagai 'daun kering yang ditiup angin' sahaja.

5 comments:

Anonymous said...

Salam. Saya memang dari awal lagi tak setuju Sn Mat dlm BI ... merosakkan bangsa Malaysia.

Afrar mai join Tikedah @yahoogroup
ni moderator dia ... prof.fauzi ghani kamar 5
emel
pauziir@msn.com

drpd ZBO

AFRAR YUNUS said...

salam fauzi,
lama tak jumpa. dalam dok sibuk pun fauzi masih dapat mengendalikan TIKedah. insyaallah, saya juga menaruh harapan untuk bersama. selamat menjalankan tugas.

ALI MAIDIN said...

http://isubahasamelayu.blogspot.com/

AKAN DIMASUKKAN DALAM BLOG NI YE

AFRAR YUNUS said...

sdra ali,
saya tiada apa-apa tegahan. kita memperjuangkan isu yg sama. matlamatnya untuk anak cucu atau generasi akan datang.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra zbo 14 dis.
terimakasih diatas pelawaan sdra. saya sentiasa mengikuti perekmbangan blog TI. tk dan selamat bertugas.