Monday, December 15, 2008

Bush dibaling kasut oleh wartawan Iraq

Tinggal beberapa hari lagi sahaja sebelum 20 Januari 2009, hari-hari terakhir Presiden Bush untuk meninggalkan rumah putih.

Sesungguhnya lawatannya ke Iraq kelmarin pasti meninggalkan kenangan pahit dalam kehidupannya.

Ketika bersama Perdana Menteri Iraq di Baghdad pada satu sidang akhbar kelmarin, Bush dibaling kasut oleh wartawan Iraq.

Kasut pertama kata wartawan Iraq itu adalah daripada penduduk Iraq untuk "Bush-anjing". Dan kasut kedua yang dibaling ke arah Bush itu dikatakan daripada balu dan penduduk Iraq yang terkorban.

Itulah nasib Bush yang menganggap dirinya sebagai Ketua Polis Dunia.

Sahabat baiknya Bush poodle pergi meninggalkan England pada 27 Jun 2007.
(Foto AFP)

6 comments:

cakapaje said...

Salam,

Nasib baik cuma kasut. Kalau Bush dilontar ngan peluru perpandu yang digunakan terhadap Afghanistan, Libya dan Iraq, baru padan muka dia.

AFRAR YUNUS said...

salam shah,
saya dengar pengawal peribadi presiden amerika hebat-hebat. tapi bila wartawan iraq itu sempat baling sepasang kasut kearah bush tanpa dapat dibuat apa-apa oleh pengawal terhebat dunia, percayalah jika pistol berada ditempat kasut itu, 'bush'sudah menjadi mendiang. apatah lagi apabila peluru berpandu menggantikan kasut itu.

cakapaje said...

Salam Tuan,

Itu lah, dikapit bodyguard ramai mana pun, kalau dah tiba ajal, sembunyi dalam besi pun (kereta kebal) tak bermakna.

Anonymous said...

Salam Saudara Afrar,
Jika Pengawal Peribadi Bush bekerja betul-betul, tentulah Presiden itu tidak dapat diapa-apakan. Seperti kata Dr Mahathir, kita hendak lawan menggunakan air liur sedangkan Amerika bangga dengan kecanggihan senjatanya. Apa komen ?

AFRAR YUNUS said...

salam PakciQue, tk diatas alert tersebut. telah mencubanya. seronok. jika dapat baling yang asli, sudah tentu mendapat kepuasan seperti muntazer zaidi.

AFRAR YUNUS said...

salam sdra saddam,
nama sdra sudah melantunkan satu semangat.
presiden amerika kennedy mati ditembak di dallas pada tahun 1963.ketika itu ramai pengawal peribadi yang berada bersamanya. kamal ataturk dari turki akhirnya mati juga. gaza dan sinai menyaksikan pembunuhan sadat. gandhi juga terbunuh angkara pengawalnya sendiri.
sdra, hidup mati telah ditentukan. ianya berada diluar kawalan pengawal peribadi presiden amerika.
tk